CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hakim Danish bermula dari petak terakhir

[Copy link]
Post time 29-3-2026 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Hakim Danish bermula dari petak terakhir

Oleh Alief Iqbal Saidin - Mac 29, 2026 @ 9:07am





Pelumba Moto3 negara Hakim Danish Ramli akan memulakan perlumbaan Grand Prix AS pagi esok di petak tercorot. – Foto ZK Racing



KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli berdepan detik sukar apabila terjatuh pada sesi kelayakan pertama sekali gus memaksanya memulakan perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat (AS) di petak terakhir, pagi esok.

Hakim tidak sempat mencatat masa terbaik selepas insiden itu menyaksikannya hanya berada di kedudukan ke-25 keseluruhan pada sesi kelayakan di Litar Americas, Austin.

Keputusan itu menyaksikan pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu perlu memulakan saingan dari barisan paling belakang dalam perlumbaan utama Grand Prix AS.

Sesi kelayakan Moto3 menyaksikan pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe mencatat masa terpantas dua minit 12.107 saat untuk menduduki petak pertama diikuti Casey O'Gorman di tempat kedua dengan catatan 2:12.519s.

Tempat ketiga pula menjadi milik Valentin Perrone yang mencatat 2:12.526s.

Walaupun bermula di petak terakhir, Hakim yang berjaya mengutip tujuh mata pada perlumbaan GP Brazil minggu lalu selepas mengakhiri perlumbaan di tangga kesembilan, masih berpeluang untuk mencipta kebangkitan sekiranya berjaya mengawal rentak perlumbaan.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/03/1526598/hakim-danish-bermula-dari-petak-terakhir





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.945639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list