CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 160|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Antonelli konsisten, sambar petak utama lagi

[Copy link]
Post time 28-3-2026 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Antonelli konsisten, sambar petak utama lagi

REUTERS - Mac 28, 2026 @ 6:04pm





Kimi Antonelli mencatat masa sepantas 1 minit 28.778 saat (s) di Litar Suzuka, 0.298s lebih pantas berbanding Russell. Foto: AFP



SUZUKA: Pelumba remaja Itali, Kimi Antonelli terus mencuri tumpuan apabila meraih petak utama kedua berturut-turut pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Jepun, sekali gus memastikan barisan hadapan milik Mercedes bersama rakan sepasukan, George Russell.

Pelumba berusia 19 tahun itu mencatat masa sepantas 1 minit 28.778 saat (s) di Litar Suzuka, 0.298s lebih pantas berbanding Russell.

Pelumba McLaren, Oscar Piastri berada di tempat ketiga diikuti Charles Leclerc dari Ferrari di kedudukan keempat.

Juara bertahan Lando Norris sekadar kelima selepas berdepan masalah jentera ketika sesi latihan, manakala rakan sepasukan Leclerc, Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan di barisan ketiga.

Antonelli yang sebelum ini menukar petak utama pertamanya kepada kemenangan sulung di China, kini berpeluang mencipta satu lagi kejayaan dan sekali gus merampas kedudukan pendahulu kejuaraan daripada Russell yang hanya mendahului empat mata.

"Saya sangat gembira dengan sesi ini.

Ia berjalan lancar dan saya semakin yakin dalam setiap pusingan," kata Antonelli.

Sementara itu, Russell mengakui berdepan masalah cengkaman belakang sepanjang sesi kelayakan, namun tetap lega dapat bermula di barisan hadapan.

"Kami membuat beberapa pertukaran selepas sesi terakhir latihan dan kemudian pada awal kelayakan, kami seperti hilang arah.

Apapun, sangat bertuah kerana sekali lagi berada di petak kedua," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/03/1526487/antonelli-konsisten-sambar-petak-utama-lagi





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Netizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angle’
misszaitunNetizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angl
Views : 2959 Replies : 237
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 1809 Replies : 4
Mak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secret Recipe Ini Buat Netizen Terpinga Pinga
YgBenarMak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secre
Views : 894 Replies : 41
Malaysia catat kebocoran data peribadi tertinggi di Asia - Gogolook
tatodMalaysia catat kebocoran data peribadi t
Views : 40688 Replies : 2
Kenapa Google mintak pelik pelik?
AbukRokokKenapa Google mintak pelik pelik?
Views : 29192 Replies : 16
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 289000 Replies : 1556
Jenis-jenis Teman Wanita!
Van_DetteJenis-jenis Teman Wanita!
Views : 4962 Replies : 16
DUIT OH DUIT...
AyaqMeloSuamDUIT OH DUIT...
Views : 29322 Replies : 157
Korang Kenapa selfie sorang sorang
YgBenarKorang Kenapa selfie sorang sorang
Views : 11916 Replies : 53
V85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BUAT LAKI, DAPAT 2 ANAK AUTISTIC
taliaV85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BU
Views : 306113 Replies : 9901

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046825 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list