CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 172|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Salah tinggalkan Liverpool, tujuh kelab jadi pilihan

[Copy link]
Post time 26-3-2026 05:21 AM | Show all posts |Read mode
Salah tinggalkan Liverpool, tujuh kelab jadi pilihan

Mac 25, 2026 @ 8:33pm





Salah meraih pelbagai kejayaan sepanjang bersama Liverpool. Foto AFP



LONDON: Mohamed Salah menggemparkan dunia bola sepak apabila mengumumkan akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini.

Selepas hampir sedekad berbakti, penyerang berusia 33 tahun itu bakal mengakhiri era gemilang bersama kelab berkenaan dengan koleksi trofi termasuk dua gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu Liga Juara-Juara.

Dalam satu video emosional di Instagram, Salah mengesahkan keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong di Anfield walaupun masih berbaki setahun dalam kontraknya bernilai 400,000 pound (RM2.12 juta) seminggu.

Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi berpanjangan mengenai masa depannya, dengan beberapa destinasi berpotensi kini menjadi perhatian.

Liga Pro Saudi dilihat antara pilihan utama selepas sebelum ini kelab seperti Al-Ittihad pernah mengemukakan tawaran lumayan, selain kemungkinan bergandingan dengan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.

Selain itu, Liga Bolasepak Amerika Syarikat (MLS) juga berpotensi menjadi destinasi, termasuk peluang bergandingan dengan Lionel Messi di Inter Miami CF.

Salah turut dikaitkan dengan kepulangan ke AS Roma, kelab yang membantu melonjakkan namanya di Eropah sebelum menyertai Liverpool.

Gergasi Eropah lain seperti Paris Saint-Germain, Real Madrid dan FC Barcelona juga dilihat berpotensi mendapatkan khidmatnya, selain AC Milan yang terkenal sebagai destinasi pemain berprofil tinggi di penghujung karier.

Pemergian Salah dijangka menutup satu era paling gemilang dalam sejarah moden Liverpool, selepas muncul antara pemain paling berpengaruh kelab itu sepanjang tempohnya di Anfield. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/03/1525354/salah-tinggalkan-liverpool-tujuh-kelab-jadi-pilihan





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062797 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list