CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Azeem raih emas 4x100m di Atlanta

[Copy link]
Post time 23-3-2026 02:09 AM | Show all posts |Read mode
Azeem raih emas 4x100m di Atlanta

Oleh Helmi Talkah - Mac 22, 2026 @ 9:31am





Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi. - Foto @AuburnTFXC



KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, terus mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila membantu kuartet 4x100 meter (m) Universiti Auburn meraih pingat emas pada Kejohanan Jemputan Yellow Jacket di Atlanta, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

Azeem yang bergandingan bersama Alejandro Cardenas, Ian Myers dan Tyler Davis mencatat masa 39.75 saat (s) untuk muncul juara acara berkenaan.

Kuartet Universiti Lipscomb yang dibarisi Emery Eckert, Joel Nimoh, Wessel Vandernest dan Justin Davis pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan 41.93s.

Tiada pemenang tempat ketiga direkodkan apabila lima lagi pasukan yang mengambil bahagian gagal menamatkan perlumbaan (DNF) selain ada yang tidak memulakan saingan (DNS).

Kejayaan itu sekali gus menghadiahkan pingat kedua buat Azeem pada kejohanan berkenaan selepas meraih perak dalam acara 100m, semalam.

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2026/03/1524254/azeem-raih-emas-4x100m-di-atlanta





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list