CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 220|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Azeem raih perak 100m di Atlanta

[Copy link]
Post time 21-3-2026 11:37 PM | Show all posts |Read mode
Azeem raih perak 100m di Atlanta

Oleh BERNAMA - Mac 21, 2026 @ 12:18pm





Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi. - Foto fail NSTP



KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi meraih tempat kedua acara 100 meter (m) pada kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat (AS), Jumaat waktu tempatan.

Pemegang rekod kebangsaan 100 m itu menamatkan perlumbaan pertamanya bagi acara itu untuk musim ini dengan catatan masa 10.33 saat (s).

Tempat pertama dimenangi wakil tuan rumah Cameron Crump dengan catatan 10.20 s manakala tempat ketiga milik atlet Zimbabwe, Makanakaishe Charamba dengan 10.34 s.

Muhammad Azeem dijangka menyertai kuartet 4x100 m Universiti Auburn pada kejohanan itu, selain mengambil bahagian perlumbaan 200 m yang dijadualkan berlangsung esok. (Sabtu waktu AS).

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2026/03/1523993/azeem-raih-perak-100m-di-atlanta





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.042217 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list