CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 287|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Iraq redah konflik demi tiket ke Piala Dunia

[Copy link]
Post time 15-3-2026 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Iraq redah konflik demi tiket ke Piala Dunia

Reuters




IRAQ bakal beraksi dalam saingan playoff kelayakan Piala Dunia. FOTO AFP



Baghdad: Skuad bola sepak Iraq tetap akan berlepas ke Mexico hujung minggu ini bagi menghadapi aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2026 walaupun berdepan gangguan perjalanan susulan konflik di Timur Tengah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Iraq, Adnan Dirjal berkata, pasukan itu dijadual menentang sama ada Bolivia atau Suriname di Monterrey pada 31 Mac.

Ruang udara di rantau berkenaan ditutup sejak 28 Februari selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran mencetuskan serangan balas peluru berpandu serta dron di beberapa negara Timur Tengah sehingga menjejaskan banyak penerbangan.

Dirjal dalam kenyataan video yang disiarkan Agensi Berita Iraq berkata, badan induk itu sudah menulis kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi menjelaskan situasi di rantau berkenaan serta kesukaran yang dihadapi skuad kebangsaan.

Menurutnya, FIFA memberikan kerjasama dan membantu menyelesaikan beberapa isu logistik.

Beliau mengesahkan pasukan Iraq sudah memperoleh visa kemasukan dan akan berlepas menggunakan pesawat sewa khas, manakala pemain yang beraksi di Eropah akan menyertai pasukan secara berasingan.

Sebelum ini, ketua jurulatih Iraq, Graham Arnold menggesa FIFA menangguhkan perlawanan itu kerana pasukan mungkin gagal mengumpulkan skuad penuh akibat gangguan perjalanan.

Situasi itu dikhuatiri menjejaskan peluang Iraq untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986.



Disiarkan pada: Mac 15, 2026 @ 12:37pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2026/03/1333955/iraq-redah-konflik-demi-tiket-ke-piala-dunia




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2026 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055855 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list