CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 307|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Azizulhasni, Shah Firdaus tak berlumba di ACC

[Copy link]
Post time 14-3-2026 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Azizulhasni, Shah Firdaus tak berlumba di ACC

Oleh Sukhairi Thani - Mac 14, 2026 @ 1:38pm




Azizulhasni menjuarai acara keirin Siri Pertama Piala Dunia di Perth, Australia baru-baru ini.



KUALA LUMPUR: Juara keirin Siri Pertama Piala Dunia di Perth, Australia, Datuk Azizulhasni Awang dan pemenang gangsa Sukan Komanwel, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak akan menyertai Kejohanan Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina yang dijadual berlangsung dari 25 hingga 31 Mac ini.

Keputusan itu disahkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill yang mahu Azizulhasni menumpukan kepada Siri Ketiga Piala Dunia yang dijadual berlangsung di Velodrom Nilai, bulan depan.

"Kami di PKBM berpendapat, lebih baik sekiranya Datuk Azizulhasni memfokuskan tenaganya kepada Siri Piala Dunia Trek yang akan diadakan di Nilai nanti.

"Apatah lagi ia selepas 25 tahun diadakan di tempat sendiri.

Saya sendiri secara peribadi mahukan Datuk Azizulhasni memberikan tumpuan kepada Siri Piala Dunia Trek Kuala Lumpur.

"Begitu juga dengan Muhammad Shah Firdaus.

Adalah lebih baik beliau memfokuskan perhatian kepada Siri Piala Dunia Trek Kuala Lumpur," kata Amarjit dalam satu kenyataan dikeluarkan PKBM hari ini.

Dengan ketiadaan dua pelumba utama ini, PKBM memberi peluang kepada bakat muda seperti Lau New Joe untuk menonjol di ACC 2026.

"Saya percaya ACC 2026 di Tagaytay boleh menjadi medan ujian dan peluang terbaik untuk pelumba muda yang sedang meningkat naik menguji kekuatan mereka melawan pelumba Asia.

"Saya percaya pelumba muda yang sedang meningkat naik seperti New Joe boleh lakukan kejutan di Tagaytay.

PKBM mestilah berani untuk menggalakkan pelumba muda beraksi pada peringkat tertinggi di pentas trek Asia," kata Amarjit yang juga Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).

Susulan aksi cemerlang di Siri Piala Dunia Trek di Perth, Azizulhasni melonjak 39 anak tangga ke kedudukan ke-18 dunia dalam ranking UCI pecut elit lelaki manakala New Joe meningkat 19 anak tangga ke kedudukan ke-17 dunia.

Amarjit juga menegaskan PKBM turut mensasarkan penyertaan Azizulhasni dan Shah Firdaus di Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland pada Julai dan Ogos ini dan Sukan Asia 2026 di Jepun (September dan Oktober).

Temasya berkenaan dianggap penting menjelang bermulanya pusingan kelayakan mata untuk Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat nanti.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/03/1521230/azizulhasni-shah-firdaus-tak-berlumba-di-acc





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2026 08:25 PM GMT+8 , Processed in 1.117717 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list