CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1612|Reply: 1

[Tempatan] AMK cadang kerajaan laksana WFH bersasar, kurangkan guna bahan api

[Copy link]
Post time 12-3-2026 06:59 PM | Show all posts |Read mode
AMK cadang kerajaan laksana WFH bersasar, kurangkan guna bahan api
MUKHRIZ MAT HUSINMUKHRIZ MAT HUSIN
12 Mac 2026 06:31pm
Masa membaca: 2 minit

Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kerajaan disaran mempertimbangkan pelaksanaan dasar kerja dari rumah secara bersasar bagi sektor tertentu susulan harga minyak dunia melonjak akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, langkah itu bertujuan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, menjimatkan kos pengangkutan rakyat dan menyumbang kepada pengurangan penggunaan bahan api dalam keadaan ekonomi masa kini.

“Pelaksanaan dasar ini boleh dimulakan di pejabat kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sebelum diperluaskan kepada sektor swasta yang bersesuaian mengikut keperluan operasi masing-masing.

“Dalam masa sama, langkah tersebut berpotensi membantu kerajaan mengurus perbelanjaan subsidi bahan api dengan lebih berhemah selain mengurangkan beban kos kepada rakyat yang terkesan dengan peningkatan harga minyak dunia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, krisis di Asia Barat bermula apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang Iran pada 28 Februari lalu, mendorong Iran bertindak balas menyerang pangkalan serta bangunan kepentingan AS di rantau tersebut.

Ujar Muhammad Kamil, cadangan tersebut dilihat sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan pergerakan rakyat, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol dan perbelanjaan subsidi bahan api khususnya RON95.

Tambah beliau, saranan pelaksanaan fleksibel seperti beberapa hari bekerja dari rumah dalam seminggu juga boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kesesuaian fungsi jabatan, agensi dan organisasi.

“Pendekatan itu selari dengan usaha meningkatkan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan di samping menyokong agenda kelestarian melalui pengurangan penggunaan kenderaan serta pelepasan karbon,” ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 09:44 PM | Show all posts
Nasib baiyek WFH saja. Nasib baiyek tada cadangan halau kita worangs balik kampung. Hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.280829 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list