CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1492|Reply: 0

[Tempatan] Struktur pelepasan cukai wajar disemak semula selari kos sara hidup - Pakar

[Copy link]
Post time 12-3-2026 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Struktur pelepasan cukai wajar disemak semula selari kos sara hidup - Pakar
Oleh Nurhanim Osman - Mac 12, 2026 @ 4:40pm

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Struktur pelepasan cukai individu di Malaysia wajar dikaji semula bagi memastikan ia selari dengan peningkatan kos sara hidup rakyat, kata penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.

Beliau memberi contoh, pelepasan cukai bagi anak di bawah 18 tahun masih RM2,000 setahun, manakala bagi pasangan dengan isteri tidak bekerja, pelepasan yang boleh dituntut suami ialah RM4,000 setahun.

"Struktur sedia ada memang rendah berbanding kos sebenar membesarkan anak dan menyara pasangan tidak bekerja, namun kerajaan masih mengekalkan angka berkenaan.

"Walaupun beberapa kategori lain dinaikkan pada Tahun Taksiran 2025, angka RM2,000 dan RM4,000 masih tidak berubah. Dengan inflasi dan kenaikan kos jagaan keluarga, angka ini memang patut dikaji semula," katanya kepada BH, hari ini.

Barjoyai berkata kerajaan sudah mula meningkatkan dan memperluas beberapa kategori pelepasan cukai bagi Tahun Taksiran 2025, khususnya untuk menangani tekanan kos sara hidup.

Antaranya termasuk pelepasan perubatan yang kini merangkumi perbelanjaan untuk datuk dan nenek serta liputan lebih luas bagi pemeriksaan kesihatan, selain peningkatan pelepasan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada RM6,000 kepada RM7,000.

"Langkah ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf bahawa struktur pelepasan lama kurang selari dengan realiti kos sara hidup semasa dan merupakan usaha pembetulan yang wajar," katanya.

Beliau berkata tiada semakan menyeluruh terhadap kadar pelepasan cukai dilakukan sejak sekian lama.

Katanya, walaupun Belanjawan 2025 sudah mengkaji dan menaikkan beberapa kategori pelepasan seperti yuran pendidikan, serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengemas kini kadar pelepasan secara bertahap bagi Tahun Taksiran 2024 dan 2025, semakan berterusan itu tidak meliputi keseluruhan struktur.

"Sudah tiba masanya kerajaan melakukan reformasi menyeluruh kerana banyak kadar asas tidak berubah lebih 10 tahun," katanya.

Barjoyai berkata golongan berpendapatan sederhana (M40) akan menerima kesan langsung sekiranya pelepasan cukai dinaikkan.

"Ia mengurangkan pendapatan bercukai dan menurunkan cukai efektif. Setiap RM1,000 tambahan pelepasan boleh menjimatkan antara RM100 hingga RM300, bergantung kepada kadar cukai individu.

"Peningkatan pelepasan perubatan dan anak OKU turut membantu isi rumah dengan tanggungan lebih besar," katanya.

Berdasarkan ASEAN 6 Tax Guide 2026, beliau berkata Malaysia menawarkan pelbagai kategori pelepasan cukai, namun strukturnya lebih terperinci dan kompleks berbanding negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, yang menggunakan sistem rebate atau potongan lebih ringkas.

Kadar cukai pendapatan individu (PIT) maksimum di Malaysia ialah 30 peratus, lebih tinggi berbanding Singapura (24 peratus) tetapi setara dengan Thailand dan Indonesia (35 peratus).

"Dalam konteks sokongan kepada pembayar cukai, Malaysia tidak ketinggalan, tetapi strukturnya menekankan banyak kategori pelepasan tetapi nilai rendah, manakala negara lain cenderung memberikan pelepasan lebih meluas atau 'broad-based'.

"Sudah tiba masanya kerajaan melakukan reformasi menyeluruh, bukan sekadar tambahan kecil setiap bajet," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039362 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list