|
View: 5981|Reply: 85
|
Suami pelakon Miera Liyana mengaku tidak bersalah, beri maklumat palsu kepada Bursa Malaysia
[Copy link]
|
|
|
Edited by akuMNdia at 12-3-2026 03:43 PM


ROSLAND Othman
Kuala Lumpur: Bekas pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat itu, lima tahun lalu.
Rosland Othman, 52, yang juga suami kepada pelakon Miera Liyana bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Mengikut pertuduhan, Rosland sebagai pengarah Sarawak Consolidated ketika kejadian, telah menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia, di mana pernyataan itu terkandung dalam "Interim Financial Report on Consolidated Results for the Quarter Ended 30 June 2021".
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia, Exchange Square, Bukit Kewangan, dekat sini, pada 30 September 2021.
Tertuduh didakwa mengikut Perenggan 369(b)(B) dibaca bersama subseksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan
2007 [Akta 671] dan boleh dihukum di bawah seksyen 369 akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan didenda sehingga RM3 juta.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC), Hashley Tajudin tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun sekiranya mahkamah berhasrat menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin.
"Pendakwaan juga memohon syarat tambahan, iaitu pasport tertuduh hendaklah diserahkan kepada mahkamah dan dia dikehendaki melaporkan diri ke ibu pejabat SC sebulan sekali sehingga kes selesai," katanya.
Peguam, S Shastidaran memohon jumlah jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung tujuh anak hasil daripada dua perkahwinan serta dua warga emas iaitu ibu kandung dan ibu mentuanya.
"Anak guam yang telah diisytihar sebagai muflis pada 2023 juga menghidap penyakit kencing manis, glaukoma dan masalah saraf.
"Beliau juga memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan, oleh itu mohon mahkamah membenarkan anak guam diikat jamin dengan jumlah yang rendah dan munasabah sebanyak RM5,000," katanya.
Namun Hashley menyatakan jumlah RM5,000 terlalu rendah dan menyebabkan tertuduh berkemungkinan melarikan diri. Katanya, notis untuk hadir bagi rakaman percakapan kali pertama telah dikeluarkan pada Ogos 2024, namun ditangguh beberapa kali atas pelbagai alasan.
"Pihak siasatan akhirnya berjaya merakam percakapan pada Oktober 2024. Suruhanjaya Sekuriti juga mempunyai pengetahuan bahawa tertuduh telah muflis namun pada pengalaman kami, orang muflis juga masih dapat melakukan perjalanan ke luar negara," katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dengan membenarkan syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan sebelum menetapkan pada 7 Mei ini untuk sebutan semula kes.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
disebabkan nama bini disebut dalam berita ni, maka aku tempek la kat sini yer. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan ditinggal di rumah jagaan nanti ni. Kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apalah agaknya pernyataan palsu tu. Karma sudah marikah ini? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mak mertua jadi pengiring tak utk kes ni? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tudia ni jam semua penyakit pun keluar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak tengok episodes Friends. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah baru 52 macam2 penyakit tapi boleh kawin baru pulak ye. Perform pulak time berbini baru tapi time masuk court tetiba kencing manis  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peguam, S Shastidaran memohon jumlah jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung tujuh anak hasil daripada dua perkahwinan serta dua warga emas iaitu ibu kandung dan ibu mentuanya.
"Anak guam yang telah diisytihar sebagai muflis pada 2023 juga menghidap penyakit kencing manis, glaukoma dan masalah saraf.
Lahhhh...leh tahan berpenyakit. Ramai pulak nak kena tanggung. Miskin pulak tu. Sampai ke ibu mentua nak kena tanggung. Bukan si Miera ni ada abang ke? Awat abang tak tanggung mak sendiri? Menantu yg berpenyakit pulak nak kena tanggung mak mertua tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak lama lagi keluar la cerita serai ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sekali nak diduga bertalu talu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bekas isteri mesti lega, blessings in disguise
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 12-3-2026 04:28 PM
Peguam, S Shastidaran memohon jumlah jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung tujuh anak h ...
Ibu mertua dia macam belum warga emas? Sebaya2 dia je kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau aniaya anak bini, mmg ini makan dia. Dah biasa sgt dah kita tgk, husband buat hal..rezeki akan mula sempit. Mcm2 masalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm membohong je...nk guna taktik wheelchair, bisul dah takleh..guna taktik penyakit pula .tahi |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|