CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 281|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Tiga beregu negara mara pusingan kedua Terbuka Switzerland

[Copy link]
Post time 12-3-2026 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Tiga beregu negara mara pusingan kedua Terbuka Switzerland

Oleh Alief Iqbal Saidin - Mac 12, 2026 @ 8:17am





Beregu campuran profesional, Jimmy Wong-Lai Pei Jing mengetuai kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Switzerland di Basel. – Foto fail REUTERS



KUALA LUMPUR: Malaysia masih mempunyai wakil dalam saingan beregu Terbuka Switzerland 2026 selepas tiga pasangan negara berjaya melepasi halangan pusingan pertama di Basel.

Dalam acara beregu campuran, gandingan Jimmy Wong-Lai Pei Jing menempah tempat ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Denmark, Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk 21-18, 22-20.

Pasangan negara itu dijadual berdepan pilihan ketiga dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu yang mengungguli rekod pertemuan 1-0.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan Aaron Tai-Kang Kai Xing pula akan menentang pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnado-Bagas Maulana pada pusingan seterusnya.

Satu lagi wakil negara, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong akan bertemu pasangan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul dengan rekod pertemuan memihak kepada mereka 2-1.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/03/1520160/tiga-beregu-negara-mara-pusingan-kedua-terbuka-switzerland





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2026 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.053793 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list