CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8056|Reply: 66

RON95 Kekal RM1.99 Walaupun Harga Minyak Dunia Naik, Bekalan Petroleum Cukup Hingga Mei 2026 - PMX

[Copy link]
Post time 12-3-2026 11:48 AM | Show all posts |Read mode





Ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat telah mendorong kenaikan harga minyak dunia, namun Malaysia mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada paras RM1.99 seliter bagi melindungi rakyat daripada kesan langsung kenaikan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat walaupun harga pasaran global meningkat ketara akibat konflik geopolitik yang menjejaskan pasaran tenaga dunia.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengakui langkah mengekalkan harga petrol tersebut bukan keputusan mudah memandangkan harga sebenar minyak jauh lebih tinggi berbanding harga yang ditetapkan kerajaan.

“Ini satu keputusan yang sukar tapi (RON95) akan dikekalkan pada paras RM1.99 sen seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi dari harga sebenar, apalagi kalau dibanding dengan harga di negara-negara jiran, tiga kali ganda (banding harganya),” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam masa sama, Anwar memberi jaminan bahawa bekalan produk petroleum negara berada pada tahap terkawal walaupun ketegangan di Asia Barat terus berlarutan.

“Pertama, keterjaminan bekalan minyak di Malaysia terkawal. Itu dalam keadaan sangat membanggakan, Alhamdulillah. Bila kita semak dengan PETRONAS, kita dapati bekalan produk petroleum mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.”

“Ini tentunya berbeza daripada keadaan di kebanyakan negara lain. Sebab itu, saya selalu tekankan mengenai isu tatakelola pengurusan yang cekap, beramanah dan profesional,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan kebajikan rakyat serta kestabilan ekonomi negara terus terpelihara.

Anwar berkata beliau juga telah meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan bekalan minyak di pasaran kekal stabil serta mengawal aktiviti penyeludupan.

Selain itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menilai kesan ekonomi semasa secara harian dan melaporkan perkembangan kepada kepimpinan kerajaan.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada langkah melindungi rakyat daripada impak kenaikan harga global sambil memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara kekal stabil.

Sumber : Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 12:16 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 12-3-2026 12:19 PM

kalo resuah n sakau masih berleluasa mcm dulu

gov takkan mampu bagi n menten sabsidi yg besar

sebab fund utk sabsidi yg besar tu masuk poket politikus

cth :

naper dulu Carsosa Seri Negara & Bangunan Sultan Abd Samad tak dibaikpulih atau menten

sbb duit nak baikpulih/ menten tu dah disakau oleh politikus
la ni naper bole baikpulih/ menten?

naper sekolah agama rekyat tetiba dapat RM200 juta under PMX

dulu ada satu PM tu hentikan bantuan ke sekolah agama rekyat

ini pun Walaun masih x paham bahaya resuah n sakau

nak lagi undi Umngok & Bersatu penyakau & resuah

da tua pon bodo
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 12:32 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 12-3-2026 12:16 PM
kalo resuah n sakau masih berleluasa mcm dulu

gov takkan mampu bagi n menten sabsidi yg besar

Taun lepas, bila PM umum budget untuk baikpulih bangunan lama, ada pensokong pembangang kata budget tu nak masuk akaun sakau atau nak pau untuk next pru.Tapi sekarang dah terbukti duit digunakan sebaiknya. Tengok YT, ramai yang buat content Bangunan Sultan Abdul Samad dah cantik, ramai tourists local and luar datang...





Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 12:48 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 12-3-2026 04:16 AM
kalo resuah n sakau masih berleluasa mcm dulu

gov takkan mampu bagi n menten sabsidi yg besar

salam ramadhan abam.. next GE mohon bertanding yerr
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 12:53 PM | Show all posts
so hat jaga border tu mohon jgn lek2 pisyo.. nampak je keta warge singapulah ke telend ke sila saman kau2

so acik2 por kena order keta ev ke sorang satu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 12:59 PM | Show all posts
silance replied at 12-3-2026 12:32 PM
Taun lepas, bila PM umum budget untuk baikpulih bangunan lama, ada pensokong pembangang kata budge ...

kat dalam bangunan sultan abd samad tu ada 5 cafe kalo x silap

tp harga pon bole tahan..

Bangunan Sultan Abd Samad ni lebih kurang Bangunan Railway Station Dunedin, NZ


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2026 01:01 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 12-3-2026 12:48 PM
salam ramadhan abam.. next GE mohon bertanding yerr

Salam Ramadhan


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 01:06 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 12-3-2026 01:09 PM

dulu...

bila PMX kata x nak buat bangunan pencakar langit macm KLCC, TRX lagi

ramai walaun kutuk PMX

kalo wat bangunan pencakar baru

bole sakau dari :

kontrak buat bangunan, internal deco, supply furniture, electrical

kalo x caye

tanya anak2 Ton M dapat baper banyak dari KL@C

jahanam duet Petrunes

Merdeko - jahanam duit pelabur AS&

ini pong walaun x bole pikir

da tua pon bodo




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ke dulu dia jg ckp Rega minyak mahal kita jg yg untung? Dah tu duit untung jual myk mahal ko x reti nk maintain subsidi?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 01:43 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 12-3-2026 01:45 PM

aku rasa kebanyakan untung Petronas bagi gov

bukan takat tampung sabsidi minyak

gov banyak belanja lain

SARA, bayar bonus & kenaikan gaji staff gomen
  
lagi pun banyak mana ler production crude oil Mesia tiap hari

kalo x silap

Mesia export minyak keluaran negara

dan Mesia import minyak utk kegunaan domestik

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la ada masa lg utk buat apa yg patut. Harap yg duduk sempadan tu pantau minyak betul2. Jgn bg org luar ambil kang sendiri juga yg nak melolong bila budget jd tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 02:42 PM | Show all posts
instinct meols rasa perang ni lama..lepas 2 bulan nanti apa terjadi? adakah tahun ini tiada sambutan merdeka tengok abam sado askar dan bomba berarak di putrajaya?doomsday is coming?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 12-3-2026 12:16 PM
kalo resuah n sakau masih berleluasa mcm dulu

gov takkan mampu bagi n menten sabsidi yg besar

APA RISAU....Putrajaya tadaq minyak..kita SAKAU kat negeri2 lain tuan2puan2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lega Azam Baki orang dah tak cakap pasal dia....orang cakap pasal harga minyak jer.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman BN dulu melayu selalu kena kutuk bangsa subsidi, bangsa tongkat, now fast forward bila Papa bagi subsidi macam suatu kegembiraan pula seperti kedatangan Messiah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 04:43 PM | Show all posts
Kesilapan Malaysia adalah tidak hapuskan subsidi petrol ni sejak dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 05:39 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 12-3-2026 05:40 PM
Skuau replied at 12-3-2026 02:58 PM
APA RISAU....Putrajaya tadaq minyak..kita SAKAU kat negeri2 lain tuan2puan2.

kalo x silap..

sesaper betulkan kalo salah ya

crude oil produced kat Mesia dieksport

sbb kualiti crude oil Mesia bagus -> bole jual mahal

Mesia import crude oil & refined kat Peninsular

refined oil tu hantaq kat Sebeh & Serewek

ada kos lijistik nak hantaq ke Sebeh & Serewek

tapi Sebeh & Serewek nak harga jualan runcit kat sana sama mcm Peninsular

so...

ada additional sabsidi (tampung kos lojistik) Federal Gov bagi kat pengguna Sebeh & Serewek






Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 05:42 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 12-3-2026 05:43 PM
Skuau replied at 12-3-2026 02:58 PM
APA RISAU....Putrajaya tadaq minyak..kita SAKAU kat negeri2 lain tuan2puan2.

kalo Sebeh x masuk Mesia

Sebeh mgkn masuk pilipin atau Indon

Indon n Pilipin x der sabsidi minyak

--

kalo Sebeh x join mana2..

iaitu Sebeh sebagai sebuah negara

matawang Sebeh akan sama mcm Indon & Pilipin

sebab

korupsi

Sebeh akan mundur

yg kaya politikus

ko sbg rekyat biasa merempat




Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 12-3-2026 01:27 PM
Bkn ke dulu dia jg ckp Rega minyak mahal kita jg yg untung? Dah tu duit untung jual myk mahal ko x r ...

Itu modal zaman menghasut 10 tahun dulu

Sekarang dorang baru sedar duit keuntungan petronas tu bukannya semua masuk dalam poket gomen

Frontal lobe masih belum tumbuh sepenuhnya etc
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 12-3-2026 04:43 PM
Kesilapan Malaysia adalah tidak hapuskan subsidi petrol ni sejak dulu.

Najib dah tarik subsidi minyak 10 tahun lepas

See.. betapa berpandangan jauhnya bossku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2026 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.598376 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list