CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 346|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aaron-Wooi Yik naib juara Seluruh England

[Copy link]
Post time 9-3-2026 02:55 AM | Show all posts |Read mode
Aaron-Wooi Yik naib juara Seluruh England

Oleh Alief Iqbal Saidin - Mac 9, 2026 @ 1:36am




Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada gandingan Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae pada aksi final Kejohanan Badminton Seluruh England di Utilita Arena, Birmingham. - Foto REUTERS



KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik untuk menamatkan penantian 19 tahun Malaysia bagi kejuaraan beregu lelaki di Kejohanan Badminton Seluruh England tidak kesampaian selepas tewas di pentas final di Birmingham, sebentar tadi.

Pasangan nombor dua dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho–Seo Seung-jae yang bangkit mencatat kemenangan 18-21, 21-12, 21-19 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama satu jam tiga minit.

Aaron–Wooi Yik memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila berjaya menguasai set pertama dengan kemenangan 21-18 untuk berada di landasan terbaik memburu gelaran.

Namun pasangan pilihan pertama dari Korea Selatan itu bangkit pada set kedua dengan permainan lebih agresif dan berjaya mengawal tempo perlawanan untuk menang selesa 21-12 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set ketiga berlangsung cukup mendebarkan apabila kedua-dua pasangan saling mengejar mata, namun Kim–Seo berjaya mengekalkan ketenangan pada saat-saat akhir untuk mengesahkan kemenangan 21-19.

Kekalahan itu menyaksikan Aaron–Wooi Yik terlepas peluang menamatkan kemarau hampir dua dekad Malaysia untuk menjulang kejuaraan beregu lelaki di kejohanan badminton tertua dunia itu.

Kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara di Seluruh England adalah menerusi gandingan legenda Koo Kien Keat–Tan Boon Heong pada edisi 2007.

Walaupun gagal membawa pulang trofi, pencapaian Aaron–Wooi Yik mara ke final tetap dianggap membanggakan dan memberi petanda positif terhadap kemampuan mereka untuk terus mencabar kejuaraan besar di pentas antarabangsa.

Kejayaan melangkah sehingga ke pentas akhir juga membuktikan pasangan negara itu masih berada dalam kelompok beregu terbaik dunia dan mampu memberi saingan sengit kepada mana-mana lawan.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/03/1518673/aaron-wooi-yik-naib-juara-seluruh-england





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.042569 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list