Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210975   





Tindakan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyantuni seorang pemandu teksi yang pernah membawanya ke pertandingan Bintang HMI suatu ketika dahulu itu mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tahun ini juga lebih bermakna apabila penyanyi itu menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Nurjiwa bersama masyarakat setempat, di samping menyampaikan sumbangan secara langsung kepada golongan yang memerlukan.

Menerusi satu perkongsian oleh @Yayasan.nurjiwa di media sosial, ia memaparkan pertemuan semula Siti Nurhaliza dengan pemandu teksi veteran baru-baru ini di Kuala Lipis.

“Momen yang cukup mengharukan, pak cik inilah yang pernah memandu teksi membawa Datuk Siti Nurhaliza ketika beliau menyertai pertandingan Bintang HMI suatu ketika dahulu,” kata Yayasan Nurjiwa.

Jelasnya, pada hari Siti dinobatkan sebagai juara, beliau pulang ke kampung bersama kedua ibu bapanya menaiki teksi pak cik ini dengan membawa pulang sebuah televisyen besar hasil kemenangan tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak apabila mengetahui pemandu teksi berkenaan bukan sahaja saksi perjuangan, malah individu yang membawa pulang kejayaan pertama Siti ke Kuala Lipis.

“Terima kasih pak cik, sanggup terima permintaan dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur, semoga pak cik sihat selalu,” ujar pengguna Amirul Ashraf.

Sementara itu, seorang pengguna turut memuji Siti Nurhaliza kerana sentiasa menyantuni sesiapa yang pernah berjasa padanya.

“Tokti tidak pernah lupa siapa yang bantu dia dulu,” ujar pengguna Abyad_79.

Sumber - KOSMO! ONLINE
2593 Views
36 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


hyie Lv.15 2#

Gladiator | Credits 39005   
ada tak acikpor yang satu batch dengan ctdk? masa sekolah

Paiya Lv.8 3#

Honour | Credits 2601   
kalaulah biduanita ini tak pernah jadi pelakor
confirm dialah satu-satunya  insan seni
yang baik budi pekerti.....

LadyCarefree Lv.16 4#

Conqueror | Credits 49230   
Quote: Paiya replied at 6-3-2026 03:44 PM
kalaulah biduanita ini tak pernah jadi pelakor
confirm dialah satu-satunya  insan seni
yang baik bud ...

Bila masa dia menyondol?
Follow Us

Paiya Lv.8 5#

Honour | Credits 2601   
Quote: LadyCarefree replied at 6-3-2026 05:03 PM
Bila masa dia menyondol?

google ada




Paiya Lv.8 6#

Honour | Credits 2601   
aku tu cuma cakap
kalaulahhh...
sebab sekarang tu semua dah jadi sejarah
biduanita dan wanita yang dia lukai tu
dah jadi teman tapi mesra

arffa Lv.9 7#

Adventurer | Credits 4376   
Quote: hyie replied at 6-3-2026 04:40 PM
ada tak acikpor yang satu batch dengan ctdk? masa sekolah

Officemate satu sekolah satu kelas dengan siti. Memang budak baik dan aktif di sekolah. Setakat ni officemate saya tak pernah keluarkan kata - kata kejian terhadap siti.

ADVERTISEMENT


arffa Lv.9 8#

Adventurer | Credits 4376   
Quote: LadyCarefree replied at 6-3-2026 05:03 PM
Bila masa dia menyondol?

Kemas dalam lipatan sejarah.

becir Lv.12 9#

Defender | Credits 14619   
Quote: Paiya replied at 6-3-2026 05:35 PM
aku tu cuma cakap
kalaulahhh...
sebab sekarang tu semua dah jadi sejarah

mcm debbie reynolds and elizabeth taylor..hujung2 hayat jadi bestie balik sudahnya wpun acik lizzy menyondol laki debbie

pocongkiutss Lv.14 10#

Fighter | Credits 27143   
Quote: LadyCarefree replied at 6-3-2026 05:03 PM
Bila masa dia menyondol?

Biaq betul uols taktau..uols Gen Z ka

Apapun mmg dia berjaya menyucikan diri la ni

Iols takleh brain..acik tu amik dia jadi anak angkat..tup2 disailangnya laki acik tu..dahla tua bermisai

zuriey Lv.10 11#

Survivor | Credits 5666   
Time nak solat boleh pun pakai jubah elok
Hari lain sendat terjojol tetek labuh

LadyCarefree Lv.16 12#

Conqueror | Credits 49230   
Quote: pocongkiutss replied at 6-3-2026 07:09 PM
Biaq betul uols taktau..uols Gen Z ka

Apapun mmg dia berjaya menyucikan diri la ni

Gen Z ke Gen apa ke itu tak penting. Hang tu yang kena stop sebarkan fitnah ni.

cempakaa Lv.8 13#

Honour | Credits 2183   
Berjiwa besar

sleepandream Lv.12 14#

Defender | Credits 10844   
sebabtu lah 30 tahun tokti menten murah rezeki... byk bersedekah...
haterz dpt apa 30 tahun? kumpol dosaaaaaaa

noor2 Lv.20 15#

Legenderer | Credits 164857   
Siti ni salah seorang manusia yg suka merendah diri,  disukai ramai, tidak suka bergaduh dgn  manusia lain, sentiasa tenang dalam menghadapi apa2 tentangan.

ADVERTISEMENT


yusuke22 Lv.6 16#

Pioneer | Credits 900   
Quote: arffa replied at 6-3-2026 06:24 PM
Kemas dalam lipatan sejarah.


Arwh mak aku sampai tahap ckp dkt aku, jgn minat siti dh... Frust dia ms baca kisah ct nk kawen dgn sapa ms tu dlu

yusuke22 Lv.6 17#

Pioneer | Credits 900   
Quote: LadyCarefree replied at 6-3-2026 10:49 PM
Gen Z ke Gen apa ke itu tak penting. Hang tu yang kena stop sebarkan fitnah ni.

Smpi kluar mjlh crita dr sisi si ex dulu..xtaula nak kata fitnah ke x...ingat jugak ada mjlh ex dgn 3ank bujang... Azief kecik lg ms tu.yg sulung msh dkt oversea. Tp tu dh jd sjrh dh..dorg dh bhagia ada khidupan masing2

zasrfikri Lv.10 18#

Survivor | Credits 6246   
Edited by zasrfikri at 7-3-2026 10:41 AM

sebab org luar mcm ko la banyak fitnah berleluasa. masa tu terang terang lagi jelas si laki tu dah cerai pun dan takde istilah sondol pun. si ex bini laki tu okey jew. ko org luar plak sibuk nak claim org tu sondol itu ini.  jijik la org cm ko nie. ko ingat nak cari dia minta maaf kat padang masyhar tu benda main main ke.

zasrfikri Lv.10 19#

Survivor | Credits 6246   
Edited by zasrfikri at 7-3-2026 10:44 AM
Quote: pocongkiutss replied at 6-3-2026 08:09 PM
Biaq betul uols taktau..uols Gen Z ka

Apapun mmg dia berjaya menyucikan diri la ni

ni sorang lg kaki fitnah. sebab org luar mcm ko la banyak fitnah berleluasa. ko mmg suka dapat dosa ke. kelakar ke dapat dpt dosa fitnah org. ko ingat nak cari dia minta maaf kat padang masyhar tu benda main main ke.

ajeajelah Lv.7 20#

Revolutioner | Credits 1160   
Quote: zasrfikri replied at 7-3-2026 10:39 AM
sebab org luar mcm ko la banyak fitnah berleluasa. masa tu terang terang lagi jelas si laki tu dah  ...

Betul. Tz dalam proses penceraian kali kedua dengan dk semasa dk dengan siti. Memang keluar berita tahun akhir tahun 2005/awal tahun 2006. Anak2 muda yang baca fitnah dan percaya fitnah akan forever cop siti penyondol. Tz terang2 beritahu siti bukan penyebab tz dan dk bercerai. Siapa rajin, boleh gali balik berita lama. Berganda2 dosa pemfitnah. Set2 macam ni anggap dosa fitnah terhadap hamba Allah yang lain tu DOSA KECIL.

Bagi aku mudah je, kalau betul siti penyondol, berjuta-juta kali tak mungkin anak2 DK nak rapat dengan siti dan si azif si bongsu tu asyik nak tidur sebilik dengan dk dan siti. Beraya bersama, pergi konsert2 siti as family togetherness, bercuti bersama, any family events disambut bersama. Sangat tak mungkin tz nak rapat kaw2 dengan siti sepanjang 20 tahun perkahwinan siti dengan dk kalau betul siti tu peruntuh rumahtangga tz dan anak2. Tapi tulah, banyak manusia benda mudah macam ni pun tak boleh nak fikir. Aku cakap macam ni nanti dituduh sebagai peminat siti. Tu jelah modal manusia yang suka dan cepat percaya fitnah.
12Next