Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210975   





HAMPIR lima tahun tanpa lagu baharu, Anuar Zain akhirnya membawa khabar gembira buat pengikut setianya. Penantian panjang tersebut bakal bernoktah apabila pelantun Lelaki Ini itu mengesahkan sudah menemui karya melekat di hatinya.

Pemilik nama lengkap Shahrul Anuar Zain itu mengakui proses mencari melodi dan lirik yang benar-benar serasi dengan jiwanya bukan satu tugas mudah terutama dalam evolusi muzik moden hari ini.

Dia kini sedang melakukan persiapan rapi untuk merakamkan dua lagu hasil sentuhan komposer dari negara berbeza.

“Sudah bertahun-tahun saya cakap tengah cari lagu. Kali ini saya sahkan akan merakamkan dua lagu.

“Saya ada berbincang dengan seorang komposer dari Malaysia dan seorang lagi dari Singapura. Setakat ini saya suka kedua-dua lagu.

“Macam biasa, konsep lagu saya mesti mengenai percintaan, kasih sayang dan silaturrahim. Semoga dua karya ini mendapat tempat di hati peminat,” katanya kepada HibGlam.

Menjelaskan keraguannya sebelum ini untuk melancarkan album atau single, pelantun lagu Sedetik Lebih itu mengakui kekuatan hati dan keizinan Tuhan menjadi faktor utama dia kembali ke studio.

“Kadang-kadang saya berfikir sama ada nak buat lagu atau album. Namun, semua ini atas kuasa Allah. Sekiranya Allah kuatkan hati kita, akan jadi.

“Tiba-tiba kali ini saya rasa sangat bersemangat berbanding sebelum ini. Insya-Allah, saya akan teruskan niat yang bertahun-tahun asyik tertangguh.

“Sebelum ini saya selalu inginkan karya-karya seperti yang biasa saya nyanyikan. Nak dijadikan cerita, sekarang tak ramai komposer menulis lagu seperti dahulu,” ujarnya.

Anuar, 56, tidak menafikan cabaran terbesar buat dirinya adalah mencari penulisan lagu yang mempunyai jiwa dan daya penarik seperti karya-karya malar segar dendangannya dahulu. Namun, dia kini lebih terbuka untuk menerima sentuhan kreatif generasi baharu.

“Saya bukan terikat dengan masa lalu, saya tahu peminat setia sukakan lagu sebegitu. Maksud saya lagu yang ada daya tarikan kuat dan melekat di hati. Cara muzik itu dibuat, liriknya ada banyak perbezaan daripada dulu. Jadi mungkin ada sedikit kelainan.

“Saya harap pendengar dapat terima dan kita boleh mendengar lagu-lagu ciptaan komposer muda yang tampil dengan pendekatan lebih segar,” katanya yang ditemui ketika rakaman program Citra Reka Busana 2.0 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Angkat budaya tempatan

Bercakap mengenai Citra Reka Busana 2.0, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu berkata, program tersebut bukan sekadar wadah hiburan tetapi satu tanggungjawab sosial dalam memastikan identiti bangsa tidak hanyut ditelan arus kemodenan.

“Seharusnya dari dulu kita mengangkat warisan seni tanah  air. Sejujurnya saya risau melihat generasi muda tidak memahami dan mengetahui akar umbi, muzik, budaya, tradisi serta adat resam kita.

“Justeru kita ada amanah besar iaitu membuka mata hati mereka tentang betapa pentingnya menyelami dan menghargai budaya dan tradisi kita agar tidak lenyap di telan zaman.

“Menerusi program ini, kita sebenarnya mengangkat warisan budaya kita. Koleksi busana yang diketengahkan melambangkan kita rakyat Malaysia,” tutupnya.

Citra Reka Busana 2.0 bakal bersiaran pada 1 April menerusi TV2 dan RTMKlik sempena ulang tahun ke-80 RTM.

Sumber - KOSMO! ONLINE
1453 Views
21 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


dua_chzy Lv.18 2#

Master | Credits 72623   
Lelaki Ini memang masterpiece.

LadyCarefree Lv.16 3#

Conqueror | Credits 49262   
Yg ni xsiapa kecam pula radar berbunyi kuat

hyie Lv.15 4#

Gladiator | Credits 39012   
Quote: dua_chzy replied at 6-3-2026 03:54 PM
Lelaki Ini memang masterpiece.

album lelaki ini banyak lagu sedap kan...meols suka Kau Bunga Cintaku ohhh...gichewww
Follow Us

cempakaa Lv.8 5#

Honour | Credits 2194   
Waiting for your new song

chanteksekali Lv.9 6#

Adventurer | Credits 3756   
Cinta takkan berakhir, recent favvvv... telah ku jatuhkan hati kepadamuuuuu selaluuuu selamanyaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaa

cmf_premierleag Lv.19 7#

Emperor | Credits 80089   
Betullah org ckp ...kalo x pernah kawen, mmg menten je muka...sbb no stress..cth mcm kaka nuar ni la

ADVERTISEMENT


dua_chzy Lv.18 8#

Master | Credits 72623   
Edited by dua_chzy at 6-3-2026 10:20 PM
Quote: LadyCarefree replied at 6-3-2026 09:04 AM
Yg ni xsiapa kecam pula radar berbunyi kuat


Zaman dia muda dah puas dikecam, digosip dengan si polan si polan. Yang kecam2 dia dulu pun dah tua, dah malas nak kecam.

dua_chzy Lv.18 9#

Master | Credits 72623   
Quote: hyie replied at 6-3-2026 03:24 PM
album lelaki ini banyak lagu sedap kan...meols suka Kau Bunga Cintaku ohhh...gichewww

Iya, boleh kata the whole album tu memang masterpiece.

Bedak_Carrie Lv.5 10#

Minder | Credits 700   
Betul tu.. Kena lah ada lagu baru at least....

LadyCarefree Lv.16 11#

Conqueror | Credits 49262   
Quote: dua_chzy replied at 7-3-2026 05:16 AM
Zaman dia muda dah puas dikecam, digosip dengan si polan si polan. Yang kecam2 dia dulu pun dah tu ...

Ooooo gitu ya.

Hoola Lv.9 12#

Adventurer | Credits 4366   
been listening keabadian cinta lately
timeless

the living lejen
#ilapUbamNuar

mejaputih Lv.13 13#

Challenger | Credits 16531   
Quote: Hoola replied at 7-3-2026 09:27 AM
been listening keabadian cinta lately
timeless


Keabadian cinta tu my fav...

chandrahusin Lv.12 14#

Defender | Credits 13930   
Kaseehhhkoooo
Koo ammat mencintaiiii kammoooo

Kwn² aku sama steward/stewardess zaman AZ
Ada yg dh meninggal sorang ni
Selalu sembang dgn aku psl AZ

Hoola Lv.9 15#

Adventurer | Credits 4366   
Quote: mejaputih replied at 7-3-2026 09:28 AM
Keabadian cinta tu my fav...



hrpnya lagu baru setara malah lbh hebat lg

ADVERTISEMENT


mejaputih Lv.13 16#

Challenger | Credits 16531   
Quote: chanteksekali replied at 7-3-2026 12:16 AM
Cinta takkan berakhir, recent favvvv... telah ku jatuhkan hati kepadamuuuuu selaluuuu selamanyaaaaaa ...


Iols baru 1st time tengok mv lagu ni...not bad..siap ada sambungan kat satu lg lagu..pelakon budak dlm tu PB kan?

cmf_premierleag Lv.19 17#

Emperor | Credits 80089   
Semoga abang Az terbuka hati utk berhijab sempena bulan puasa ini

ilahaz Lv.7 18#

Revolutioner | Credits 1305   
Teringat kinah dlm mv AZ andainya takdir.. Touchingnya lagu tu

adiwarna Lv.11 19#

Highlander | Credits 7549   
Lagu2 Bang Nuar harusss power ballad, evergreen and timeless

arffa Lv.9 20#

Adventurer | Credits 4378   
Bang Nuar potong le rambut bagi kemas. Aku suka imej masa 1st album dulu.
12Next