Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287443   




Selesa mengunci mulut, pelakon juga pengacara Zulin Aziz kekal dengan prinsip enggan berkongsi kepada umum mengenai punca perceraian dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini pada Disember tahun lalu.

Menurut Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, menjaga aib kedua-dua belah pihak adalah keutamaannya, tambahan pula perpisahan antara mereka berlaku secara baik.

“Saya berpisah secara baik dengan bekas suami. Hubungan kami dengan kedua-dua belah keluarga pun masih baik.

“Saya memang tidak mahu berkongsi apa-apa (punca perceraian) atau buka aib sesiapa, ditambah pula sekarang bulan Ramadan dan mahu menjaga silaturahim kami.

“Kami dah berbincang baik-baik dan sepakat untuk mengunci mulut,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media program Raya Astro 2026 di sini, semalam.

Katanya, dia memilih untuk menyimpan kemas punca perpisahan selepas melihat trend golongan selebriti sering menerima kecaman apabila timbul cerita perceraian.

“Orang cakap senang, kenapa bercerai? Mudah saja orang ramai melabel artis sebegitu seolah-olah bercerai macam beli baju.

“Tapi mereka tidak duduk dalam kasut kita, disebabkan itu saya tak kongsikan punca cerai sebab tiada keperluan pun.

“Saya selesa dengan prinsip ini selepas melihat pengalaman orang lain yang bercerita tentang kisah penceraian mereka. Saya ambil ini sebagai iktibar,” kongsinya.

Berkongsi tentang keadaan emosinya, dia kini sedang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan dan status baharu.

“Saya kini dalam fasa pemulihan terutama secara emosi. Perlahan-lahan, kehidupan saya berjalan macam biasa, gelak ketawa untuk menutup rasa duka.

“Saya tidak suka terlalu emosi, kerja saya pula kena buat lawak. Kalau menangis, biarlah di rumah saja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Zulin mengejutkan ramai apabila mendedahkan selesai idah dan sah bercerai dengan bekas suami pada 18 Disember tahun lalu. Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: – KOSMO! ONLINE
1879 Views
15 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


laksmanabentan Lv.12 2#

Defender | Credits 12374   
okay next

Akalditipumata Lv.7 3#

Revolutioner | Credits 1208   
Mmg tiap Kali raya nk cerai ke cne

becir Lv.12 4#

Defender | Credits 14620   
xpela dik zulin, chuols pun baru 37 kalau kawen lagi masih ada windowframe nak beranak.
Follow Us

riyadhK Lv.10 5#

Survivor | Credits 6505   
Takde sapa tanya. Takde sapa nak tahu. Neexxxttttttttt.

L.U.S.M Lv.12 6#

Defender | Credits 11130   
Dh berisi blk dh

lolipopmanish Lv.10 7#

Survivor | Credits 5573   
Nampak bideo dia kena iv tu, mmg dah berisi semula dahh

ADVERTISEMENT


arffa Lv.9 8#

Adventurer | Credits 4378   
Ada orang Tanya meh? ????

epuepy Lv.11 9#

Highlander | Credits 7144   
Mslah nye, ko top retis ke? Dulu Sama2 naik ngn sherry, tp sherry clean. Takde Gosip murah an Sgt. Tu yg shery msih relevant.
Yg ko sis, dh beku tahap bongkab aisberg

cempakaa Lv.8 10#

Honour | Credits 2194   
Bila cerai ni

MissVixen Lv.13 11#

Challenger | Credits 15581   
Kesian dia ni, lama terdampar. Dah dapat pasangan, jodoh pendek pula. Kalau ada mak bapak dan adik beradik lagi, takde la sunyi lagi si zulin ni.

makadek Lv.12 12#

Defender | Credits 12462   
orang pn tamau tau

menjad Lv.13 13#

Challenger | Credits 15458   
moga ada jodoh yang lain.

kelip2_07 Lv.11 14#

Highlander | Credits 9375   
dlu meratib nk kawin..lps tu kawin kejap cerai..pastu cerai lg

MistrezHermanaz Lv.12 15#

Defender | Credits 11371   
eh bukan dh kurus byk ke dia..kemain dulu jual minuman coklat kurus tu

ADVERTISEMENT


hihanghoheng Lv.3 16#

Senior | Credits 139   
Zulin ni kurus ke gemok ke tetap la x nampak cantik

All contents are displayed