Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287443   





Sering dihentam teruk ketika berniaga menerusi sesi siaran langsung dalam media sosial, pelakon Fattah Amin berharap netizen terutama ‘haters’ menggunakan sedikit pertimbangan dan akal sebelum melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya serta isteri, Amira Othman.

Ujar Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 36, ruang siaran langsung tersebut sepatutnya dimanfaatkan untuk berniaga dan berinteraksi bersama peminat, bukannya menjadi medan melepaskan kata-kata tidak wajar.

“Seperti berlaku baru-baru ini, ketika saya sedang membuat siaran langsung untuk menjual produk dan mencari rezeki, tiba-tiba muncul komen tidak sepatutnya.

“Kebanyakannya pula datang daripada akaun palsu. Jadi saya hanya menasihatkan mereka supaya faham tujuan siaran langsung tersebut.

“Ruang itu untuk berniaga dan berinteraksi dengan pelanggan serta peminat, bukannya tempat menulis perkara buruk. Kalau mahu bercakap negatif, carilah ruang lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah bintang drama Hero Seorang Cinderella itu, teguran dibuat secara terus terang agar mesej tersebut difahami semua pihak, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

“Saya bercakap secara terus supaya orang faham. Tambahan pula dalam bulan Ramadan, sepatutnya kita menjaga kata-kata dan hanya menuturkan perkara baik.

“Ada masa kita perlu bercakap secara jelas. Kalau terlalu berkias, ada pula yang tidak faham maksud sebenar.

“Namun jika masih ada menggunakan akaun palsu untuk menulis perkara negatif, itu terpulang kepada mereka. Hal tersebut antara mereka dengan Tuhan. Kita hanya mampu menasihatkan sebaik mungkin,” ujarnya.

Bapa satu anak itu turut mengingatkan setiap perbuatan manusia tidak terlepas daripada pengawasan Tuhan, sekali gus mengajak masyarakat lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

“Setiap perbuatan sebenarnya diperhatikan. Allah Maha Melihat. Sebab itu kita perlu berhati-hati dengan setiap kata dilontarkan.

“Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kami juga terasa dengan kata-kata orang. Namun apa yang mampu dilakukan hanyalah bersabar,” luahnya pada sidang media Program Raya Astro 2026 di sini, semalam.

Paling penting katanya, dia sering menasihati isterinya supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif segelintir individu tidak bertanggungjawab.

“Saya selalu berpesan kepada Amira supaya bersabar. Allah menyukai hamba-Nya yang sabar. Kita tidak perlu membalas perkara buruk dengan keburukan.

“Selagi kita melakukan perkara baik dan tidak membalas dengan perkara negatif, itu sudah memadai. Jika ada perkara melampaui batas, mungkin ada tindakan undang-undang boleh diambil.

“Namun setakat ini Amira tidak sampai menangis atau mengadu berlebihan. Dia manusia biasa seperti saya, kadang-kadang terasa juga, tetapi akhirnya kami reda dan berserah kepada Allah,” kongsinya.

Terdahulu, Fattah dilihat menegur segelintir individu yang cuba menyebarkan aura negatif setiap kali dia dan Amira melakukan siaran langsung dalam media sosial.

Dia secara lantang menegur mana-mana pihak yang berhasrat menulis sesuatu tidak baik supaya menukar niat tersebut kepada perkara lebih positif.

Sumber: – KOSMO! ONLINE
6188 Views
64 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


BoongaKertas Lv.14 2#

Fighter | Credits 22641   
lah, ada suara rupanya si kayu ni...ingtkan bisu.

Kancilkering Lv.12 3#

Defender | Credits 11637   
siapa je lah bengkek ngan teak ni

ada ke org
byar jadik hater ke nk tinggi kan engagement?

Akalditipumata Lv.7 4#

Revolutioner | Credits 1208   
Ok la dh ade bhn cerita...
Follow Us

apedehal Lv.13 5#

Challenger | Credits 15786   
Nasib la...janda mu dlu lg la haters kacau dia nk meniaga. Kesian dah la ibu tunggal tu lah sole periuk nasi dia waktu tu. At this point ken terima la hakikat pakej popular tu bkn dtg dgn benda2 yg  manis2 je

aciksenah Lv.9 6#

Adventurer | Credits 4449   
Quote: BoongaKertas replied at 6-3-2026 02:58 PM
lah, ada suara rupanya si kayu ni...ingtkan bisu.

Bila dia kena kecam..dan dan bersuara ye. Bila anak, isteri kena kecam..boleh pulak keluar ayat, doa yang baik2. Kalau tak betul buat apa nak terasa tu semua??


ituseorangaku Lv.6 7#

Pioneer | Credits 876   
dalam banyak-banyak filem dan drama lakonan Fattah Amin..HSC jugak wartawan petik..

ADVERTISEMENT


miss_strangers Lv.13 8#

Challenger | Credits 19774   
Laaa...nape xsebut bintang filem paling popular wayang kulit.....nampak sgt reputz stuck kat tahun2 sebelum tuuuuu.......

emera Lv.14 9#

Fighter | Credits 21494   
Muka yg layak dibaling tahik.

Paiya Lv.8 10#

Honour | Credits 2601   
napa juga nak cakap negatif kat live dorg?

MatDeghem Lv.14 11#

Fighter | Credits 22248   
mana acik2 yang jantung dagdigduggg bila tengok Attah.....masih lagi dagdigdug tak?



Kayu dah macam pokcik2 uthara. matching dgn binik nya yang macam terong. mana manager nya yang macm timon......



MatDeghem Lv.14 12#

Fighter | Credits 22248   



Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

kalchi Lv.15 13#

Gladiator | Credits 32029   
Quote: MatDeghem replied at 6-3-2026 04:49 PM
mana acik2 yang jantung dagdigduggg bila tengok Attah.....masih lagi dagdigdug tak?



Sapa yang nak ngetaste org da kawen mat oii. Bini dia je la dagdigdug

pujanggacinta Lv.8 14#

Honour | Credits 2582   
terung timun tonggong

zuriey Lv.10 15#

Survivor | Credits 5681   
Ada mulut ada perasaan juga rupanya abdol ni ye
Ingatkan 100% kayu

ADVERTISEMENT


zehra2 Lv.15 16#

Gladiator | Credits 34157   
skrg masa Fazura ... tepi sikit ler kayu..
ko pun sibuk nak masuk frame.  
kita walafaz tkde masa  ler nk masuk live ko.. kita asyik nak tengok Faz di mana mana..

cempakaa Lv.8 17#

Honour | Credits 2194   
Edited by cempakaa at 6-3-2026 11:26 PM

Tersilap login acc?

Anak fa dah besar nanti kalau terbaca uncle yang rapat dengan mak dia ngutuk daddy dia mesti akan terasa hati juga. Tengok je la anak yebby lebihkan ayahnya bila dah besar.
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

jejaka_hensem Lv.12 18#

Defender | Credits 10913   
Quote: cempakaa replied at 6-3-2026 11:24 PM
Tersilap login acc?

Anak fa dah besar nanti kalau terbaca uncle yang rapat dengan mak dia ngu ...

Kalau iols,lagi terasa hati bila bapa sendiri takde backup iols kalau kena maki2 dgn netizen mulut puaka

cempakaa Lv.8 19#

Honour | Credits 2194   
Quote: jejaka_hensem replied at 7-3-2026 04:04 AM
Kalau iols,lagi terasa hati bila bapa sendiri takde backup iols kalau kena maki2 dgn netizen mulut ...

Dia backup la macam mana pun tetaplah netizen dengan mulut puakanya. Tapi hari2 pentaksub sebut isu b4ru4 tu dah serupa mendoakan anak tu pulak jadi macam tu. Gamak nak ulang ayat tu hari2. Sampai kiamat plak tu katanya akan ulang huhu

caprisonne Lv.7 20#

Revolutioner | Credits 1349   
Diamlah kayu
1234Next