Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287443   





Sering dihentam teruk ketika berniaga menerusi sesi siaran langsung dalam media sosial, pelakon Fattah Amin berharap netizen terutama ‘haters’ menggunakan sedikit pertimbangan dan akal sebelum melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya serta isteri, Amira Othman.

Ujar Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 36, ruang siaran langsung tersebut sepatutnya dimanfaatkan untuk berniaga dan berinteraksi bersama peminat, bukannya menjadi medan melepaskan kata-kata tidak wajar.

“Seperti berlaku baru-baru ini, ketika saya sedang membuat siaran langsung untuk menjual produk dan mencari rezeki, tiba-tiba muncul komen tidak sepatutnya.

“Kebanyakannya pula datang daripada akaun palsu. Jadi saya hanya menasihatkan mereka supaya faham tujuan siaran langsung tersebut.

“Ruang itu untuk berniaga dan berinteraksi dengan pelanggan serta peminat, bukannya tempat menulis perkara buruk. Kalau mahu bercakap negatif, carilah ruang lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah bintang drama Hero Seorang Cinderella itu, teguran dibuat secara terus terang agar mesej tersebut difahami semua pihak, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

“Saya bercakap secara terus supaya orang faham. Tambahan pula dalam bulan Ramadan, sepatutnya kita menjaga kata-kata dan hanya menuturkan perkara baik.

“Ada masa kita perlu bercakap secara jelas. Kalau terlalu berkias, ada pula yang tidak faham maksud sebenar.

“Namun jika masih ada menggunakan akaun palsu untuk menulis perkara negatif, itu terpulang kepada mereka. Hal tersebut antara mereka dengan Tuhan. Kita hanya mampu menasihatkan sebaik mungkin,” ujarnya.

Bapa satu anak itu turut mengingatkan setiap perbuatan manusia tidak terlepas daripada pengawasan Tuhan, sekali gus mengajak masyarakat lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

“Setiap perbuatan sebenarnya diperhatikan. Allah Maha Melihat. Sebab itu kita perlu berhati-hati dengan setiap kata dilontarkan.

“Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kami juga terasa dengan kata-kata orang. Namun apa yang mampu dilakukan hanyalah bersabar,” luahnya pada sidang media Program Raya Astro 2026 di sini, semalam.

Paling penting katanya, dia sering menasihati isterinya supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif segelintir individu tidak bertanggungjawab.

“Saya selalu berpesan kepada Amira supaya bersabar. Allah menyukai hamba-Nya yang sabar. Kita tidak perlu membalas perkara buruk dengan keburukan.

“Selagi kita melakukan perkara baik dan tidak membalas dengan perkara negatif, itu sudah memadai. Jika ada perkara melampaui batas, mungkin ada tindakan undang-undang boleh diambil.

“Namun setakat ini Amira tidak sampai menangis atau mengadu berlebihan. Dia manusia biasa seperti saya, kadang-kadang terasa juga, tetapi akhirnya kami reda dan berserah kepada Allah,” kongsinya.

Terdahulu, Fattah dilihat menegur segelintir individu yang cuba menyebarkan aura negatif setiap kali dia dan Amira melakukan siaran langsung dalam media sosial.

Dia secara lantang menegur mana-mana pihak yang berhasrat menulis sesuatu tidak baik supaya menukar niat tersebut kepada perkara lebih positif.

Sumber: – KOSMO! ONLINE
6617 Views

ADVERTISEMENT


MatDeghem Lv.14 65#

Fighter | Credits 22266   
Quote: MeowPARSI replied at 18-3-2026 02:42 PM
Sampai hari ni terfikir²,,napa panggey bini nya mcm terung




Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

MeowPARSI Lv.7 64#

Revolutioner | Credits 1818   
Quote: MatDeghem replied at 6-3-2026 04:49 PM
mana acik2 yang jantung dagdigduggg bila tengok Attah.....masih lagi dagdigdug tak?



Sampai hari ni terfikir²,,napa panggey bini nya mcm terung

burberry99 Lv.4 63#

Keeper | Credits 598   
ye backup isteri sorgawi anak kandung dia tak back up pun...apa punya worang
Follow Us

Paiya Lv.8 62#

Honour | Credits 2670   
Quote: marchikobonzo replied at 16-3-2026 01:55 PM
Ooo..dia hanya boleh back up diri sendiri, mak dia & bini baru je...

dia baru belajar untuk backup bini baru
selepas dikecam tak backup ex bini dan anak

agaknya

marchikobonzo Lv.11 61#

Highlander | Credits 9625   
Ooo..dia hanya boleh back up diri sendiri, mak dia & bini baru je...

lolipopmanish Lv.10 60#

Survivor | Credits 5619   
Quote: iluma replied at 11-3-2026 09:39 AM
ni pada pemerhatian aku la..
jgn kecam erkk
aku tgk FA dah mcm kurang Aura dia

Kurang aura 1, pastu nampak selekeh selepas nikoh bini syurga



ADVERTISEMENT


hihanghoheng Lv.3 59#

Senior | Credits 189   
Quote: zuriey replied at 6-3-2026 09:01 PM
Ada mulut ada perasaan juga rupanya abdol ni ye
Ingatkan 100% kayu

Bedol x bendul

burberry99 Lv.4 58#

Keeper | Credits 598   
Quote: iluma replied at 11-3-2026 09:39 AM
ni pada pemerhatian aku la..
jgn kecam erkk
aku tgk FA dah mcm kurang Aura dia

entahla...dah kurang job kot sejak kawen..in fact laki bini nonstop kerja since nikah day 1. apa yg tak cukup entah. harta dah menimbun2 since bini baru anak old maneyh. LOL

ezacbee Lv.13 57#

Challenger | Credits 17922   
Masa live dia sibuk main hp. Komen berderet tak hirau pun. Ko nak biz ke main hp.???

KamikuP Lv.12 56#

Defender | Credits 11379   
Meolls perasan, mana2 artis pompuan yg rapat ngan FA teruk kene kecam.. kenapa ekk? Tersakiti much kah?

cempakaa Lv.8 55#

Honour | Credits 2200   
Ramainya pentaksub fa dalam ni

iluma Lv.7 54#

Revolutioner | Credits 1920   
Edited by iluma at 11-3-2026 09:49 AM

ni pada pemerhatian aku la..
jgn kecam erkk
aku tgk FA dah mcm kurang Aura dia
3 hari aku scroll TT balik keje ternampak
tgk dia buat live sorang2 menjual handsock inner ibu azizah
sambil ckp sambil packing
masuk2 kakak abang
masuk nnt kita masuk beg kuning
harga mur dah tu.
HAHHAHAHHA struggle betul
dulu zaman ngn faz..masuk live menjual pun kena tarik.
malu2 meow

ihtisyam1 Lv.9 53#

Adventurer | Credits 3064   
lama lama tenggelam la dia ni...

shalalat Lv.9 52#

Adventurer | Credits 4184   
Attah ni mmg satu je ke spec dia?

ADVERTISEMENT


sharlenetexas Lv.19 51#

Emperor | Credits 95568   
Siapa pulak di sebalik mn.


JahLupa Lv.7 50#

Revolutioner | Credits 1232   
Masa janda dia dah naik balik skang ni, tiber ada pulak suara dia. Selama ni diam x berkutik.

hihanghoheng Lv.3 49#

Senior | Credits 189   
Sejak2 ngan mighoh ni pandai lak dia bersuara ye.DUlu dgn faz dia biar je org tu handle sorang2.Dasar kayu

Joysparta Lv.9 48#

Adventurer | Credits 3628   
Forever teak. Dia cakap biasa pun nada tak best. Sejenis tak tau nk ckp caner. Tak best di halwa telinga iollss

boudinniA Lv.7 47#

Revolutioner | Credits 1252   
Quote: Kancilkering replied at 9-3-2026 10:29 PM
X lama lagi dpt adik le nyama

iols teka hari raya nanti mesti theyols buat pengumuman.
1234Next