CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4677|Reply: 55

Kalau Ajai sudi berduet satu lagu, saya terbuka demi peminat – Nourul Wahab

[Copy link]
Post time 6-3-2026 01:06 PM | Show all posts |Read mode





Demi memenuhi permintaan peminat, penyanyi Nourul Wahab sedia kembali berduet dengan bekas suaminya yang juga penyanyi dan komposer, Ajai.

Menurut Nourul atau nama lengkapnya Noorulhuda Ab. Wahab, 49, ramai peminat yang memintanya agar berduet dengan Ajai di Konsert For You Nourul yang akan berlangsung pada 30 Mei depan.

“Pada usia yang sudah matang dan lebih waras ni, kita sudah belajar lebih banyak.

“Dalam perjalanan karier saya, memang ada fasa di mana saya berduet dengan Ajai. Peminat juga yang menyokong dan membeli album duet kami dulu. Mereka menyumbang rezeki dari segi royalti.

“Pada saya sekarang, saya mahu membalas jasa dan memberi penghargaan kepada peminat-peminat yang menyokong saya ketika era itu.

“Jadi jika Ajai sudi untuk berduet walaupun hanya satu lagu, saya terbuka untuk bekerjasama dengannya demi peminat. Bukan untuk saya dan bukan juga untuk dia,” katanya ketika ditemui pada majlis iftar bersama Nourul Wahab, di sini, semalam.

Tambah penyanyi yang kini menetap di Bali itu lagi, dia turut menjemput komposer-komposer yang terlibat dalam albumnya ke konsert itu nanti, dan Ajai merupakan salah seorang komposer yang pernah mencipta lagu untuknya.

“Ajai ialah penerbit album kedua saya. Insya-Allah kalau ada rezeki, adalah persembahan duet kami. Tetapi kalau tidak, idea untuk persembahan pada konsert itu nanti sudah saya siapkan,” jelasnya.

Berkongsi tentang pertukaran tarikh konsert dari 17 April ke 30 Mei 2026, kata Nourul perkara itu terpaksa dilakukan kerana penganjur adalah menarik diri atas sebab peribadi.

“Saya memilih penganjur tersebut pada mulanya kerana suka dengan idea mereka yang segar. Ini adalah kali pertama mereka mahu menganjurkan konsert.

“Tetapi ada masalah yang membuatkan mereka terpaksa menarik diri. Pada mulanya saya fikir mahu batalkan konsert ini. Tetapi sidang media sudah dibuat. Jadi saya hubungi rakan saya iaitu Ayie dan minta pertolongannya untuk menyelesaikan masalah ini.

“Suami juga minta saya teruskan dan sanggup menggunakan wang simpanan masa depan kami demi menjayakan konsert ini. Lagipun sudah ada ratusan peminat yang membeli tiket,” kongsinya.

Bagi peminat yang ingin membeli tiket, layari www.ticket2u.com.my dengan harga bermula RM198 (Sehati Sejiwa), RM298 (Cinta Azali), RM328 (Keliru), RM388 (Kerana Terluka) dan RM6000 (VIP Box).

Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 02:13 PM | Show all posts
nak beli tiket VIP laaa mesti meletoppp
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 02:16 PM | Show all posts
Bukan ke Ajai dah pernah warn dia jangan petik2 nama dia tmasuklah jangan ajak berduet?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:00 PM | Show all posts
Lulu_717 replied at 6-3-2026 06:16 AM
Bukan ke Ajai dah pernah warn dia jangan petik2 nama dia tmasuklah jangan ajak berduet?

serius? kira diorng mmg xde good closure ke chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:03 PM | Show all posts
Lulu_717 replied at 6-3-2026 02:16 PM
Bukan ke Ajai dah pernah warn dia jangan petik2 nama dia tmasuklah jangan ajak berduet?

rasa macam terbalik je situasinya, yang iols pernah dengar n baca la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:32 PM | Show all posts
hyie replied at 6-3-2026 03:03 PM
rasa macam terbalik je situasinya, yang iols pernah dengar n baca la..

Kannn? Rasa mcm dia pernah buat statement taknak jumpa Ajai dah???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2026 03:34 PM | Show all posts
kalo deyols buat full konsert duet harusss iols pergi yach... iols smpai skrg layan lagu2 deyols....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:46 PM | Show all posts
bukan dia ke yang tak nak duet etc dengan ajai before??? kenapa ni uturn? are you ok kak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 03:49 PM | Show all posts
Lulu_717 replied at 6-3-2026 02:16 PM
Bukan ke Ajai dah pernah warn dia jangan petik2 nama dia tmasuklah jangan ajak berduet?

ya mcm pernah baca jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:51 PM | Show all posts
HelgaPataki replied at 6-3-2026 03:32 PM
Kannn? Rasa mcm dia pernah buat statement taknak jumpa Ajai dah???

yes, sheols kata ajailah orang yang paling sheols taknak jumpa..maybe like sampai bila2 lah kot? tak berapa ingat..maybe sekarang dia dah moved on, sheols pun nampak happy dengan kehidupan baru...tak kisahlah dia berbaik untuk lariskan jualan tiket ke apa, but its a good start lah jugak for both of them gichew..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
acikbajuhijau replied at 6-3-2026 03:46 PM
bukan dia ke yang tak nak duet etc dengan ajai before??? kenapa ni uturn? are you ok kak?

Tiket tak laku le tuuuuu
Hingga kena patah balik nyanyi dgn ajai semula
Padahnya lagu solo seketul jer yg popular, gigih nak berkonsert makcik ni

Aku langsung tak sokong perbuatan ajai kat dia dulu, dlm hal personal depa, mmg betul2 bulih koyak mental
Tapi dari segi kerjaya, dia kena sadar diri, kemuncak karier dia time berduet dgn ajai, tapi bila nak buat concert feeling2 gagah ramai peminat tak perlukan ajai   
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 04:10 PM | Show all posts
NuansaBiru replied at 6-3-2026 08:03 AM
Tiket tak laku le tuuuuu
Hingga kena patah balik nyanyi dgn ajai semula
Padahnya lagu solo seketul ...

hehehehe bagi i dia kena professional before this. if tak nak just cakap je no comment atau tak plan pun nak collab dengan ajai lagi. begitu. if jawab mcm ni of cos org boleh track.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 04:28 PM | Show all posts


https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... erduet-dengan-ajai/


acik lupa ingatan ker?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 6-3-2026 04:28 PM
https://www.kosmo.com.my/2024/10/15/saya-tak-mahu-jumpa-dah-nurul-enggan-lagi-berduet-dengan-ajai/ ...

Ceh. Pastu buat statement kalau ajai setuju. Kau la propose dulu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ye yang buat dia rasa konsert dia akan meletup?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ye la tu kak..



https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5375762

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dua tiga ketul ja yg ok pastu ada lagu raya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm ada sikit "kureng" kan?...sama mcm abby abadi. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 6-3-2026 02:51 PM
yes, sheols kata ajailah orang yang paling sheols taknak jumpa..maybe like sampai bila2 lah kot? t ...

Dia sebut sekarang dah wiser, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
NuansaBiru replied at 6-3-2026 03:03 PM
Tiket tak laku le tuuuuu
Hingga kena patah balik nyanyi dgn ajai semula
Padahnya lagu solo seketul ...

Ajai buat apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061475 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list