Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210975   




Pelakon Nabila Huda meminta bapanya, Datuk Amy Search memainkan peranan untuk selesaikan kemelut keluarga antara mereka yang semakin berpanjangan.

Memetik BH Online, Nabila tau mesra disapa Abil turut meminta bertanyakan kepada bapanya mengenai ruang untuk berbaik.

“Mungkin sebagai ketua keluarga dan seorang ayah, dia yang perlu selesaikan apa yang patut diselesaikan.

“Soal ruang untuk berbaik itu mungkin boleh tanya dia. Saya sudah banyak kali jawab soalan sama, tetapi setakat ini memang tiada jalan,” katanya.

Sementara itu, Abil seolah reda mengenai apa yang akan berlaku serta mengatakan seandainya mereka bertemu dia meluahkan rasa syukur.

“Mungkin hidup saya tidak akan sempurna sampai bila-bila. Saya reda dan akan teruskan hidup dengan melakukan perkara yang menggembirakan saya.

“Saya terima apa pun takdirnya. Kalau sampai waktu itu untuk kami bertemu, Alhamdulillah. Kalau tidak pun tidak mengapa, mungkin kita bertemu pada ‘kehidupan’ yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Abil berkata sebagai ibu dia tidak membayangkan jika terpaksa berpisah dengan anaknya sendiri, Kiesha Lemaire, namun tidak tahu bagaimana perasaan bapanya.

“Kalau saya kehilangan anak dan tak dapat jumpa Kiesha, saya rasa saya tidak mampu teruskan kehidupan.

“Saya mungkin tidak akan gembira dan akan menangis setiap hari sebab itu darah daging saya, anak yang membesar bersama saya.

“Tapi saya tidak tahu bagaimana dengan papa. Mungkin dia juga rasa, cuma tidak tahu bagaimana hendak lakukan,” katanya.

Sumber:  BH Online, Rotikaya
1374 Views
17 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


BoongaKertas Lv.14 2#

Fighter | Credits 22626   
sebenarnya apa punca pergolakan depa dua ni? haritu mcm ok kejap dgn mak tiri tu kan?

adeqbun Lv.12 3#

Defender | Credits 10837   
xleh setel sendiri2 ke..xde sape tnye rsnye kalau die x stat canang..ke abil ni ego sgt ..blagak sgguh ke mak tiri die tu

wadiunong Lv.12 4#

Defender | Credits 10306   
Quote: BoongaKertas replied at 6-3-2026 03:03 PM
sebenarnya apa punca pergolakan depa dua ni? haritu mcm ok kejap dgn mak tiri tu kan?




kannn. gaduh psl harta ke? Amy hidup lg kalau nak faraid harta.

kalau gaduh psl emosi/ pertalian ayah -anak , elokla move on je. takyahla nak hadap perhatian ayah tu. kalau redha mesti aman2 je hidup. buat apa berharap dengan manusia? Allah kan ada.

tapi mmg wujud org mcm Abil ni masih berharap validation dari org yg dia berharap tu
Follow Us

BoongaKertas Lv.14 5#

Fighter | Credits 22626   
Quote: wadiunong replied at 6-3-2026 07:11 AM
kannn. gaduh psl harta ke? Amy hidup lg kalau nak faraid harta.

kalau gaduh psl emosi/ pertal ...

amy bukan bankrap eh? ke iols yg salah ingt?

babycc Lv.14 6#

Fighter | Credits 24087   
Quote: adeqbun replied at 6-3-2026 03:09 PM
xleh setel sendiri2 ke..xde sape tnye rsnye kalau die x stat canang..ke abil ni ego sgt ..blagak sgg ...

i dgr cerita dr org terdekat bini amy ni mmg azab sungguh perangainya..

cm_vungtau Lv.12 7#

Defender | Credits 12842   
Ler pehal lak bapak ko yang kena selesaikan. Ko la pergi jumpa dia

ADVERTISEMENT


mawarberbisa Lv.4 8#

Keeper | Credits 458   
dia ni sama mcm xila. self centered

Duta lover Lv.14 9#

Fighter | Credits 22303   
Abil..cuba lah pergi kaunseling. Kalau segan nak jumpa yg melayu, cari cina ke india yg x kenal sgt ko n bapak ko sapa.luah puas2 kat sana.

Abil ni typical millenial yg ada trauma, ptsd sebab parents. Kena sembuhkan diri.

cempakaa Lv.8 10#

Honour | Credits 2194   
Oh gaduh lagi ke

epuepy Lv.11 11#

Highlander | Credits 7143   
Dh la. Nk wat cmne kalo apak ko ikut Sgt ckp bini baru. BTW, mak abil ni ada lagi kan? So, raya je la ngn mak.
Nnti dh tua, atau sakit n bini tak nak jaga, time tu la apak carik anak balik.

arffa Lv.9 12#

Adventurer | Credits 4377   
Quote: epuepy replied at 6-3-2026 11:26 PM
Dh la. Nk wat cmne kalo apak ko ikut Sgt ckp bini baru. BTW, mak abil ni ada lagi kan? So, raya je l ...

Mak abil dah migrate ke oversea kawen lain dah. Mmg Dari kecil abil duduk dengan Amy. Agaknya bonding lebih dengan Amy bila Amy buat macam ni mmg sedih la dia.

belilies Lv.14 13#

Fighter | Credits 20723   
Bezanya amy tu ada anak lain. Ramai pulak tu. Sebab tu heols tak kisah. Ko anak sorang je abil. Move on je lah. Reputs pun, udah2 le nak tanya sheols

Bedak_Carrie Lv.5 14#

Minder | Credits 690   

Dia ni jadi rebel gini since kecik x de full support institusi keluarga keliling dia...
Kesian juga dari kecik sampai tua mengharap kasih sayang...

Mamajiyem Lv.7 15#

Revolutioner | Credits 1042   
Rasanya abil ni syg sgt kat apak dia...

ADVERTISEMENT


Incanto Lv.17 16#

Superior | Credits 53694   
Quote: arffa replied at 7-3-2026 03:53 AM
Mak abil dah migrate ke oversea kawen lain dah. Mmg Dari kecil abil duduk dengan Amy. Agaknya bond ...

bukan ke masa kecil abil dgn mak dia, atau nenek dia?

lepas cerai dgn mak abil amy kawin dua tiga kali sebelum mak tiri skrg

aku ingat abil pernah tinggal dgn rocker lefthanded tu...lupa siapa nama. Anak dia besfren abil. Lama juga dia tinggal dgn family tu

senang cakap amy tu sbg bapa takde lah bonding sgt dgn abil



mummycomel Lv.4 17#

Keeper | Credits 546   
Kenapa citer family kena canang kat media? Kenapa amy diam?

arffa Lv.9 18#

Adventurer | Credits 4377   
Quote: Incanto replied at 7-3-2026 01:43 PM
bukan ke masa kecil abil dgn mak dia, atau nenek dia?

lepas cerai dgn mak abil amy kawin dua tiga ...

Tinggal dengan nenek kat kelang. Pastu dia duduk dengan man kidal sebab anak man kidal bff dia. Tapi sebab Amy je dekat dengan dia compare nak dia so sebab tu dia sayang Amy lebih kot. Tapi tu lah air di cincang tak kan putus

All contents are displayed