Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210975   




Pelakon Siti Saleha berkata dia memilih untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan ini kerana menyusukan anaknya Indra Mateen Fitton.

Memetik Harian Metro, Saleha berkata dia perlu makan untuk pengeluaran susu yang banyak untuk anaknya.

“Memang saya yang pilih untuk tidak berpuasa sebab penat dan kena banyak makan bagi memastikan pengeluaran susu banyak untuk Indy.

“Juruterapi perbidanan atau Confinement Lady (CL) pula  selalu masak nasi dan saya makan saja menu disediakan. Tapi, saya juga tidak tahu, kita akan berasa sangat penat bila menyusukan anak,” katanya.

Dalam pada itu, Saleha memberitahu dia mengamalkan cara berpantang mengikut tradisi Melayu serta mengelakkan pengambilan makanan sejuk.

“Walaupun berdarah campuran, saya tetap memilih cara berpantang mengikut adat dan tradisional masyarakat Melayu. Selepas habis pantang pun, saya masih lagi menjaga makan termasuk mengelakkan makanan sejuk dan berangin,” katanya.

Untuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Joshua Fitton yang juga pereka fesyen pada 15 Februari 2025. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung pada Januari lalu.


Sumber: Harian Metro, Rotikaya
5078 Views
73 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sayawifenikmie Lv.16 2#

Conqueror | Credits 48214   
hmmmm
memudaratkan sangat ke menyusukan baby ni ?
tak puasa pun .. tak perlulah announce

Kancilkering Lv.12 3#

Defender | Credits 11636   
dia ni lps jadik mummy
melangit gorgeous dia

cempakaa Lv.8 4#

Honour | Credits 2194   
Kalau tak larat takpela. Nanti ganti balik
Follow Us

ninja boy Lv.16 5#

Conqueror | Credits 46480   
Korang acikpor ada susu sendiri ka

arffa Lv.9 6#

Adventurer | Credits 4379   
Itu pun nak Kasi tau public, diam - diam je sudah sebab pilihan sendiri. Malu pulak bagitau satu Dunia tak puasa

jejaka_hensem Lv.12 7#

Defender | Credits 10912   
Bagus dia ni,tahu ruksah2 dalam Islam.

ADVERTISEMENT


scha1008 Lv.10 8#

Survivor | Credits 5096   
Abes laaa lepas ni berduyun2 gen Z taknak puasa sbb nak susukan baby. Dah lah sekarang jd trend asal pregnant je tak puasa sebulan. I wonder diorang yg tak puasa sebulan tu sempat ke nak ganti balik before raya next year? Iols yg jenis period lama & selalu kena awal hujung puasa pun jenuh nak ganti puasa sampai 2 minggu.

Dodod Lv.6 9#

Pioneer | Credits 828   
Larat nak ganti xpela.. korang yg menyusu kalau rasa xlarat nk ganti baik pose. Minum air garam sblm makan. Makan tetap la makanan yg ada nutrisi. Protein kena lebih. In syaa Allah x rasa dahaga sgt2. Rasa nk pitam pun xde. In syaa Allah. Tp rasa kes saleha ni xperlu la announce kot. Mcm nk claim siap2 kalau ternampak dia mkn ke apa. Mesti mkn kt rumah je kan. Pregnant pun boleh amal salt loading namanya. Guna celtic salt atau garam pink je. Campur secawan air suam. Kalau acik por nak amal boleh tambah cuka epal dgn ascorbic acid(vit c yg mudah larut)

TomyamPuteh Lv.13 10#

Challenger | Credits 17216   
Pon boleh jadi gossip?

Bedak_Carrie Lv.5 11#

Minder | Credits 704   
OK lah tu demi baby...
Org gini, jenis yg jaga badan ni hari2 biasa pun akan puasa so nanti dah sihat, boleh ganti puasa.

kechikchomel Lv.12 12#

Defender | Credits 11494   
Kalau macam ni fidyah + ganti puasa la kan?

azimodin Lv.13 13#

Challenger | Credits 18344   
Ramai je ibu2 menyusu yang tak berpuasa. Bukan tak cuba nak puasa tapi tak larat. Iouls masa mengadung pon sebulan tak puasa.. bila puasa je rasa nak pitam. Sampai satu kali tu heartbeat baby turun.. seram oiii. Ganti slow2.. tak sempat?bayar fidyah & sambung puasa bila larat. Bukan sengaja tak nak puasa

sukanyanyi Lv.10 14#

Survivor | Credits 6171   
Edited by sukanyanyi at 7-3-2026 09:27 PM
Quote: kechikchomel replied at 7-3-2026 10:18 AM
Kalau macam ni fidyah + ganti puasa la kan?


Edit sbb jwpn meols td salah. Rasenye aah chuols betul. Meols kopipes jwpn ai:

Wanita menyusukan anak wajib bayar fidyah dan qada' puasa jika tidak berpuasa semata-mata kerana bimbangkan keselamatan atau kesihatan bayi (contoh: susu kurang, bayi lemah). Jika tidak berpuasa kerana bimbangkan kesihatan diri sendiri, hanya wajib qada' puasa sahaja.

sukanyanyi Lv.10 15#

Survivor | Credits 6171   
Quote: scha1008 replied at 7-3-2026 07:00 AM
Abes laaa lepas ni berduyun2 gen Z taknak puasa sbb nak susukan baby. Dah lah sekarang jd trend asal ...

Mmg kena cuba dulu. Meols rase ikot stage, takyah la dh azam sampai sbulan tamau pose kan. Mase meols preg time 2nd trimester, tinggal 4 ari je—2 bcos tak larat coz tak mkn byk sahur, 2 bcos riso anak gerak slow takot2 sbb meols tak cukup minum air. Ari2 lain alhamdulillah mampoo bcos mual pon dh tak, sarat pon belom.

Tp yg second ni time sarat, tak mkn minum baru bape jam je rase nk angkat tgn pon tak larat, apetah lg nk berjalan, sdgkn kena keje. Nasib meols lah kena ganti byk ari. InsyaAllah nanti usahakan ganti. Kalo tak sempat, bayo n sambung ganti next year.

ADVERTISEMENT


doubleA Lv.16 16#

Conqueror | Credits 42998   
Quote: kechikchomel replied at 7-3-2026 10:18 AM
Kalau macam ni fidyah + ganti puasa la kan?

Fidyah dan ganti puasa. Bayar fidyah selama 2 tahun. Utk confirm better p tanya pejabat zakat

silampumeja Lv.12 17#

Defender | Credits 13095   
Tapi mungkin juga dia pun belum habis suci kan.... Tambah anak nk menyusu, dan dia faham ada kebenaran dalam islam. Oklah.. yg penting ganti... Mesti comey baby

Chah21 Lv.9 18#

Adventurer | Credits 4194   
Quote: scha1008 replied at 7-3-2026 07:00 AM
Abes laaa lepas ni berduyun2 gen Z taknak puasa sbb nak susukan baby. Dah lah sekarang jd trend asal ...

Klu menyusukan kira uzur berpanjangan jd xperlu rushing utk ganti x kena fidyah klu x sempat ganti.. atas tahap kesihatan masing2 la u..mana boleh paksa..i yg puasa penuh sebulan pun x paksa ibu pregnant yg lain utk puasa penuh sbb kesihatan x sama.. ada yg ada problem kesihatan..ada yg risau kt baby.. jgn sulitkan hal agama yg membolehkan..kita bkn pakar

Shayang Lv.10 19#

Survivor | Credits 5325   
Setau aku mana boleh terus tak puasa mcm org period tu
Kena puasa dulu bangun sahur gak cam biasa
Rasa tak larat baru la berbuka
Melainkan ko kena makan ubat sekian2 waktu tp tetaplah berpuasa gak dulu cth kena makan ubat kul 7am so bangun la juga sahur sblm tu. puasa la sejam dua dulu.

asfaz Lv.16 20#

Conqueror | Credits 49816   
Quote: scha1008 replied at 7-3-2026 07:00 AM
Abes laaa lepas ni berduyun2 gen Z taknak puasa sbb nak susukan baby. Dah lah sekarang jd trend asal ...

Ai aritu 31 hari tak period, puasa ni 15 hari beb...
Ai period ramadhan 4 tpi lepas berbuka. Kalau dah awal mesti kena penghujung pulak kan.
Matilanakk nak ganti banyak
Dah 3/4 tahun ain5@6 aje tak puasa.
1234Next