CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4425|Reply: 62

Zizie Izette Terkejut Terima Wang Penghargaan RM2.8 Juta, Tak Maklum Ke Suami

[Copy link]
Post time 6-3-2026 09:36 AM | Show all posts |Read mode




Datin Seri Zizie Izette memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini wang berjumlah RM2.8 juta yang diterimanya adalah sah dan diberikan secara sukarela sebagai ‘wang pengenalan’.

Memetik Harian Metro, balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin itu berkata dia terkejut akan menerima wang pengenalan itu kerana memperkenalkan FELCRA kepada perunding unit amanah Public Mutual.

Sementara itu, Zizie menafikan bersubahat dengan suaminya serta mengakui tidak memaklumkan Bung mengenai wang tersebut.

“Ia kerana kami menguruskan hal ehwal kewangan berasingan, dan suami saya tidak terbabit dalam urusan perniagaan ataupun pelaburan saya.

“Saya menguruskan perkara itu sendiri. Oleh kerana bayaran pengenalan ini berkaitan dengan urusan peribadi saya, saya rasa tidak perlu untuk memaklumkan kepadanya.

“Saya tidak memberikan mana-mana wang daripada jumlah itu kepada suami saya, dan saya juga tidak menggunakan sebarang wang itu untuk suami saya.

“Saya tidak memaklumkan perkara ini kepada beliau dan saya sama sekali tidak bersubahat dengan beliau dalam sebarang salah laku,” katanya.

Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, memperoleh suapan RM2.2 juta daripada Madhi, bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk lembaga itu membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Mengikut pertuduhan kedua, beliau didakwa bersubahat dengan Bung Moktar memperoleh suapan RM262,500 daripada Madhi, sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan sama.

Sumber: Harian Metro, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya 2.8 juta. Tido atas duit
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edisi Tanjat gegirl
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 10:36 AM | Show all posts
rasa2 die on mode acting tak dlm court tu


aduhai laaa esah



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 10:46 AM | Show all posts
kalau kita terkejut terus report polis
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut tergezut tapi duit ambik jugak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2026 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut duit masuk?
Nok, arwah laki kau tu tika tu pengerusi felcra nok.
Ko ghaser ejen public mutual tu nak ke bergesel kopek dgn kau kalu laki kau tu kerja kait sawit saja?
Yg introduce ejen tu kat laki kau, utk felcra labur rm150 juta dlm public mutual tu...kau
Yg kecek menteri kewangan utk lulus pelaburan tu...laki kau

Last2 kau terkejut duit introductory fee tu masuk akaun kau
Para beruk dan siamang kat hutan kinabatangan sana pun gelak sampai jatuh pokok nok
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 11:13 AM | Show all posts
Membongaklah tak cerita kat laki kau dapat 2.8juta walhal hasil sama2 berganding bahu untuk deal ni kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
OOOO TAK KASITAU LAKIIIII

OOOOOOOOOOHHHHHHH
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 02:54 PM | Show all posts
maaf lah bulan baik bulan mulia ni...
cuma aku nk bgtau apa aku dgr la lama... dah benda ni... mmg ermmm arwah ermmmm guna duit felcra kalau nk ke kasino.. wallah uklam.. ni dari staff felcra la.. dorang pening klu arwah nk g kasino sb dia akan arah je sedia duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:01 PM | Show all posts
Sib baik terkezut....tak kena heart attack macam laki dia. Kejung terus almarhummm

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:16 PM | Show all posts
ngoknya lahai. alangkan nk masuk pertandingan bodoh dlm newspaper pun siap ada soalan kita ada famili tak yg bekerja dlm syarikat sponsor pertandingan tu. kau rekemen, pastu laki kau big boss. pastu acah2 terkejut dpt duit upah berjuta?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:35 PM | Show all posts
Mujurlah dapat pi Paris, heret sekeluarga ngan bibik. Rasa nasi ayam Paris Kak Light sambil sedekah2kan duit haram kat anak Kak Light tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
samssi replied at 6-3-2026 06:54 AM
maaf lah bulan baik bulan mulia ni...
cuma aku nk bgtau apa aku dgr la lama... dah benda ni... mmg e ...

Hahaha aku cuma nak gelak aaaaaaa yang sedih tersedu sedan sangat masa dia mati kunun dimuliakan meninggal masa hari Jumaat la, ntah hapa la semua amalan baik dia bla bla kepercayaan semua keluar masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang kat porum masa Bung mati pun kemain soh cakap baik2 kan. Cih. Tanak aku, tanakkkk be it bulan Romadhan tiba sekalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 04:01 PM | Show all posts
Bulanbaru replied at 6-3-2026 03:35 PM
Mujurlah dapat pi Paris, heret sekeluarga ngan bibik. Rasa nasi ayam Paris Kak Light sambil sedekah2 ...

yaampun rimasnya dengar si kmlight ni bahasakan diri dia daku daku..macam skema betul bunyinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
yeke taktau nii...hahahaahha..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, madhi tu kalu tak silap, forumer juga, lamaaaaaa dulu la, masa awal2 dia join public mutual, aktif dkt bod pelaburan sana, ntah wujud
ke tidak lagi ntah bod tu
La dah ada agensi sendiri la kut
Aku ingat sbb aku (ie nick lama aku) pernah gaduh besar dgn bos dia kat CI sana, pastu dia mai bekap bos dia....ntah hapa2 jantan gaduh dgn pompuan kena panggil jantan lain nak kasi bekap
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
laki kau dah masuk dlm tanah, mahkamah dah xdakwa dh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
NuansaBiru replied at 6-3-2026 11:06 AM
Terkejut duit masuk?
Nok, arwah laki kau tu tika tu pengerusi felcra nok.
Ko ghaser ejen public mutu ...

Betul ke lakinya regular kt kasino chuols? Katanya kemain warak arwah ni ramsi org selalu terserempak dkt surau mne2 jd imam solat,wiriid panjang2,tasbih pun xlekanggg dr tgn....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.073408 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list