CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Alex Yoong dilantik jurulatih skuad e-Racing negara

[Copy link]
Post time 5-3-2026 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-3-2026 10:08 PM

Alex Yoong dilantik jurulatih skuad e-Racing negara

Oleh Helmi Talkah - Mac 5, 2026 @ 2:09pm





Alex Yoong dilantik jurulatih skuad e-Racing kebangsaan. - Foto IG alexyoongf1



KUALA LUMPUR: Bekas pelumba Formula Satu (F1) negara, Alex Yoong Hanifah dilantik sebagai jurulatih skuad e-Racing kebangsaan dalam usaha memperkukuh persiapan menghadapi temasya sukan antarabangsa akan datang.

Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Muhammad Naim Al Amin Saharudin, berkata pengalaman luas dimiliki Alex Yoong dalam sukan permotoran dilihat mampu membantu meningkatkan tahap prestasi pasukan negara dalam disiplin berkenaan.

Beliau berkata, pelantikan itu juga adalah sebahagian daripada perancangan awal badan induk berkenaan bagi menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 serta Sukan SEA 2027.

"Alex Yoong memiliki pengalaman dan kepakaran yang amat bernilai khususnya dalam e-Racing.

"Beliau akan memulakan tugas secara sepenuh masa bermula April ini bagi memastikan program latihan skuad negara dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dan berkesan," katanya selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Naim memaklumkan buat pertama kali atlet e-sukan negara disenaraikan dalam Program Podium MSN, sekali gus memberi pengiktirafan rasmi kepada atlet dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, bagi kategori sepenuh masa, beberapa judul permainan sudah dimuktamadkan termasuk eFootball, Identity V dan e-Racing.

"Sementara itu, skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita ditempatkan dalam kategori separuh podium manakala pasukan lelaki berada dalam kategori berfasa," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/03/1517289/alex-yoong-dilantik-jurulatih-skuad-e-racing-negara





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044790 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list