Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69756   





Selebriti terkenal, Neelofa berkongsikan mengenai kehidupan selepas mendirikan rumah tangga daripada dunia glamor ke kehidupan yang lebih tenang.

Menerusi podcast bersama Zayyan, Neelofa berkata transformasi kehidupan meninggalkan dunia glamor bukan perkara mudah.

“Untuk switch pada kehidupan berkahwin dan duduk di sini, buang dunia glamor ini bukan satu perkara mudah. Kebanyakan orang yang melalui semua ini mereka akan mengalami depresi, tak boleh terima hakikat dan sebagainya.

“Namun diawal perkahwinan kami, waktu itu PKP, tak ada anak lagi kami banyak belajar tentang hadis-hadis Nabi tentang kemasyhuran dan dunia.

“Jadi perkara itu banyak membentuk persepsi dan fikiran saya untuk membuang semua kehidupan glamor dengan baik,” katanya.

Menurut Neelofa, ketika di tahun 2020 perjalanan kariernya ketika itu berada di puncak dengan pelbagai peluang mengembangkan kerjaya ke luar negara.

“Saya terfikir juga sebab waktu tahun 2020 sebelum PKP, kehidupan saya sebagai artis berada di puncak.

“Dengan undangan luar negara, saya cuba bina kerjaya di Eropah, Indonesia dan sebagainya. Saya dah bercadang nak sewa apartment di Perancis dan rumah di Indonesia. Saya dah mula buat survey sebab sudah ada agensi di sana,” katanya.




Bagaimanapun, Neelofa berkata selepas dia mendirikan rumah tangga dengan pendakwah PU Riz, eutamaan hidupnya berubah.

“Selepas berkahwin walaupun saya sudah kurang berada di hadapan kamera dan menjadi perhatian ramai tapi memang jauh berbeza rasa tenangnya hidup ini.

“Saya cuba sedaya upaya untuk mengimbangkan dunia dan akhirat. Jadi kehidupan yang Haris bawa dalam gaya hidup kami bersama anak-anak, kami cuba seimbangkan semua.

“Kejar dunia juga tetapi kalau terlalu banyak dunia kita akan serabut, namun kalau ada dunia dan akhirat hidup kita akan okay insya-Allah,” katanya.

Sumber: Podcast Zayyan, Rotikaya
2812 Views
39 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


helicornia Lv.12 2#

Defender | Credits 11228   
Tetap pakai baju fendi..

Peaches113 Lv.8 3#

Honour | Credits 2591   
dah sendu ye jah skrg kurang gosip.

emera Lv.14 4#

Fighter | Credits 21491   
Gigih upkan diri sana sini.
Follow Us

kucingitam Lv.14 5#

Fighter | Credits 26529   
bukan kata dulu nak pindah arab ke?

NuansaBiru Lv.6 6#

Pioneer | Credits 934   
"Kerjaya"? What kerjaya? Pelakon? Pengacara? Model? Businesswoman? Yg org nampak, waktu itu, yg konon2 berada di puncak kerjaya itu, kau berposing2 ambik gambar kat merata obersi (yg mostly, if not all, sendiri bayar, bukan atas jemputan sapa2 pun) saja, tanpa tau apa tujuan, kecuali utk syok sendiri, konon2 hidup serba mewah serba berjenama penuh glamer. Sebijik2 mcm apa yg si LMK tu duk buat la ni. Dan kita semua pun tahu, mek paki tu bukan ada apa kerjaya mau pun bakat utk di offer pun.
So, again, kemuncak kerjaya sbg apa?

alexandria_iz Lv.12 7#

Defender | Credits 14617   
aku x mnat si Lofa nie. tapi aku salute gak dia. ingat senang ke nk tinggalkan kemewahan/ fame / popularity bila dia dipuncak.

aku still x berkenan ngan cara dia berniqab & berfesyen. tapi maybe itu dugaan untuk dia jugak. still nak melawa & melaram & at the same time - nak gak menjadi niqabi. semua org diduga ngan cara lain2.

kurang2 nampak laa apa saja dia buat, dia buat full effort. walaupun x sempurna. then again - mana ada manusia yg sempurna pun


ADVERTISEMENT


sfrnna Lv.10 8#

Survivor | Credits 5601   
Benikab tp tetap berbaju fendi yer...akhirat la sgt..

Prickford Lv.12 9#

Defender | Credits 10132   
Bullshit! Kau masih lagi menyibuk nak kan spotlight dunia entertainment.

ekselen Lv.12 10#

Defender | Credits 13437   
Quote: alexandria_iz replied at 5-3-2026 04:40 PM
aku x mnat si Lofa nie. tapi aku salute gak dia. ingat senang ke nk tinggalkan kemewahan/ fame / pop ...

maksudnya dia x berjaya la melalui ujian tu.. sbb masih lg x tinggalkan dunia glemer sepenuhnya.. artis yg betul2 iols salute is Diana Amir.. pas berhijrah hilang terus dr segala media sosial dan penyiaran tv.. ni betul2 dia tinggalkan bidang glemer..

Lucy20 Lv.4 11#

Keeper | Credits 424   
so lemak continue cita2 jah lah kan sekarang. nasib baik jah kawen cepat. kalau tak, mungkin kita berpeluang nampak jah pakai granny panties dengan lace hitam.

shernazz Lv.17 12#

Superior | Credits 58769   
Sampai skang iols ingat neelofa cakap bahasa melayu dalam rancangan Bella...
Padahal sebelum tu elok je cakap english dalam temubual.mana2 kan..mix2 gitchu
Tiba2 dalam Bella ntv7 cakap melayu full okeh..hahaha...
Iols ingat sampai bila2

ninja boy Lv.16 13#

Conqueror | Credits 46479   
Dah pi haji niqab berbungkus terkawen ustaz beranak dah x boleh gostan

Tinot7 Lv.22 14#

Moderator | Credits 141411   
Dua2 udah mok2 now..

LaskarHijayu Lv.6 15#

Pioneer | Credits 992   
Quote: Tinot7 replied at 6-3-2026 12:54 AM
Dua2 udah mok2 now..

Suami tu nmpk ketara la kan. Ye la bini masak sedap hari2.

ADVERTISEMENT


cempakaa Lv.8 16#

Honour | Credits 2194   
Quote: Tinot7 replied at 6-3-2026 12:54 AM
Dua2 udah mok2 now..

Laki dia je. Lofa tu sebab suka pakai besar gobos tu nampak besar. Kalau dia pakai abaya satin nampak je masih kurus

MatDeghem Lv.14 17#

Fighter | Credits 22248   
Quote: NuansaBiru replied at 5-3-2026 04:12 PM
"Kerjaya"? What kerjaya? Pelakon? Pengacara? Model? Businesswoman? Yg org nampak, waktu itu, yg kono ...









gambar lejen dari acik dukun....



ngko ado?




Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

Joysparta Lv.9 18#

Adventurer | Credits 3625   
Quote: ninja boy replied at 6-3-2026 12:39 AM
Dah pi haji niqab berbungkus terkawen ustaz beranak dah x boleh gostan

I pun pikir yg sama. Takkan nak gostan bukak niqab pulak kan

lasagna Lv.12 19#

Defender | Credits 13615   
Quote: NuansaBiru replied at 5-3-2026 04:12 PM
"Kerjaya"? What kerjaya? Pelakon? Pengacara? Model? Businesswoman? Yg org nampak, waktu itu, yg kono ...

kemain fendi nyahh..
lerrr tu semua duit sndri kaa?
ciss iols igt ada 'brand' yg mengantar dia time tu.

sarah_ary2 Lv.12 20#

Defender | Credits 14001   
aiols suka pulak tgk podcast dina dgn mark adam, tenang je hati dgr
Last Replies
More Gosip Tempatan
12Next