Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





Selebriti terkenal, Neelofa berkongsikan mengenai kehidupan selepas mendirikan rumah tangga daripada dunia glamor ke kehidupan yang lebih tenang.

Menerusi podcast bersama Zayyan, Neelofa berkata transformasi kehidupan meninggalkan dunia glamor bukan perkara mudah.

“Untuk switch pada kehidupan berkahwin dan duduk di sini, buang dunia glamor ini bukan satu perkara mudah. Kebanyakan orang yang melalui semua ini mereka akan mengalami depresi, tak boleh terima hakikat dan sebagainya.

“Namun diawal perkahwinan kami, waktu itu PKP, tak ada anak lagi kami banyak belajar tentang hadis-hadis Nabi tentang kemasyhuran dan dunia.

“Jadi perkara itu banyak membentuk persepsi dan fikiran saya untuk membuang semua kehidupan glamor dengan baik,” katanya.

Menurut Neelofa, ketika di tahun 2020 perjalanan kariernya ketika itu berada di puncak dengan pelbagai peluang mengembangkan kerjaya ke luar negara.

“Saya terfikir juga sebab waktu tahun 2020 sebelum PKP, kehidupan saya sebagai artis berada di puncak.

“Dengan undangan luar negara, saya cuba bina kerjaya di Eropah, Indonesia dan sebagainya. Saya dah bercadang nak sewa apartment di Perancis dan rumah di Indonesia. Saya dah mula buat survey sebab sudah ada agensi di sana,” katanya.




Bagaimanapun, Neelofa berkata selepas dia mendirikan rumah tangga dengan pendakwah PU Riz, eutamaan hidupnya berubah.

“Selepas berkahwin walaupun saya sudah kurang berada di hadapan kamera dan menjadi perhatian ramai tapi memang jauh berbeza rasa tenangnya hidup ini.

“Saya cuba sedaya upaya untuk mengimbangkan dunia dan akhirat. Jadi kehidupan yang Haris bawa dalam gaya hidup kami bersama anak-anak, kami cuba seimbangkan semua.

“Kejar dunia juga tetapi kalau terlalu banyak dunia kita akan serabut, namun kalau ada dunia dan akhirat hidup kita akan okay insya-Allah,” katanya.

Sumber: Podcast Zayyan, Rotikaya
3026 Views

ADVERTISEMENT


zeitabaei Lv.9 40#

Adventurer | Credits 3868   
weh lofa ..supupu ko jual biskut bayar gaji rendah gila 8 jam kerja rm47 jer  ot wajib bayar rm7 . ot lagi mahal dari waktu kerja wajib. giler ke puak ni .xda sapa perasan or report ke mcm mana

Bedak_Carrie Lv.6 39#

Pioneer | Credits 817   
Quote: MatDeghem replied at 6-3-2026 06:34 AM
gambar lejen dari acik dukun....



Makcik ni apa cerita?
Sihat ke?
Bertambah kemakcikan or ke remajaan?
Or dah beralih defend retis lain pulak?

Bedak_Carrie Lv.6 38#

Pioneer | Credits 817   
Seronok betul hidup bila dia ni x buat kontroversi murahan...
Kurang sikit ai nak mengecam dan mengata dia... Kalau dulu, letihhhh hahaha
Follow Us

noor2 Lv.20 37#

Legenderer | Credits 164896   
Dari sehari ke hari...berubahlah menjadi lebih baik dari hari semalam..bila niat seiring dengan perbuatan, insyaAllah kita akan diberkati Allah..hidup akan jadi lebih mudah dan tenang..jangan lupa juga untuk menegur kemungkaran yang kita nampak disekeliling kita...

epuepy Lv.11 36#

Highlander | Credits 7151   
Eh, per citer kelas agama 800 dia laki bini tu? Senyap je. Ke aku yg tertinggal mrt

Capt.bal Lv.4 35#

Keeper | Credits 411   
Quote: nuhanis replied at 6-3-2026 04:18 PM
Bila sebut diana amir, aku teringat lagi sorang pelakon faralyna idris. Dia pun tak berlakon dah sek ...

wahh sheols pun dah berniqab. girl crush dulu time Kisah Qaisara famous

ADVERTISEMENT


Capt.bal Lv.4 34#

Keeper | Credits 411   
Quote: boudinniA replied at 6-3-2026 10:17 AM
Rancangan bella tu apa?
Sama macam seorang aktres tu, yang kurus2 tu. Bila bercakap suka campur2 b ...

bella tu talk show. daphne iking one of the pengacara kalau tak silap

makcun14 Lv.9 33#

Adventurer | Credits 4005   
lama tak dengar khabar niqabi terpaling ingatkan dah terkubur bertapa beribadat 24 jam. Lega bila tau sheol masih layan interview picisan dan barang branded .

ninja boy Lv.16 32#

Conqueror | Credits 46588   
Bagus tak rebel setengah org nak pi travel oversea nak travel oversea nak shopping nak shopping nak berfesyen nak cikcur kawan2 serata dunia

Tinot7 Lv.22 31#

Moderator | Credits 141537   
Quote: cempakaa replied at 6-3-2026 06:14 AM
Laki dia je. Lofa tu sebab suka pakai besar gobos tu nampak besar. Kalau dia pakai abaya satin nam ...

Ntah la.. iols nampak cikpah pun dah mok2

Tinot7 Lv.22 30#

Moderator | Credits 141537   
Quote: LaskarHijayu replied at 6-3-2026 06:00 AM
Suami tu nmpk ketara la kan. Ye la bini masak sedap hari2.

Cikpah tak obvious sbb baju labuh

KiahFansuri Lv.4 29#

Keeper | Credits 466   
Tengok Lopa ni teringat kat Edlyena. Aku baru stalk dia minggu lepas. Berdekah tengok konon masuk megazine yang top. Kahkahkah.

nuhanis Lv.10 28#

Survivor | Credits 6803   
Bila sebut diana amir, aku teringat lagi sorang pelakon faralyna idris. Dia pun tak berlakon dah sekarang. Niqab jugak.

Tgk ig dia simple2 je nampak happy and bahagia dia dgn husb and anak2. Sweet la nampak family dia. Tetiba aku. Hahah

boudinniA Lv.7 27#

Revolutioner | Credits 1259   
Quote: Incanto replied at 6-3-2026 10:47 AM
aku ingat masa Meletop, guest dia Lisa Surihani

jah sebelum tu cakap campur melayu- English dgn g ...

Macam tu pula. Memang english LS lagi fasih dari sheols.
Komen iols tu maksudkan aktres lain bukan lisa.

ADVERTISEMENT


Gianna111 Lv.8 26#

Honour | Credits 2654   
yang betul betul berhijrah adalah diana amir..terus hilang dari radar..
sikip terpuji jah. dia macam akur dan syukur dengan apa yang suami dia berikan. tak ada percutian mewah, hidup tak berapa nak gah.

NuansaBiru Lv.6 25#

Pioneer | Credits 941   
Tapi apa pun, iols agak kagum juga dgn jah ni, sbb dia mampoooo utk hidup 100% atas kemampuan laki dia saja. Laki dia cuma mampu bagi dia duduk rumah gitu, makan2 tempat gitu, cuti2 kat tempat gitu, dia mampu utk ikut tanpa banyak songel

Incanto Lv.17 24#

Superior | Credits 53982   
Quote: boudinniA replied at 6-3-2026 10:17 AM
Rancangan bella tu apa?
Sama macam seorang aktres tu, yang kurus2 tu. Bila bercakap suka campur2 b ...

aku ingat masa Meletop, guest dia Lisa Surihani

jah sebelum tu cakap campur melayu- English dgn guest lain

time Lisa dia cakap 100% melayu sbb tahu English Lisa lagi power

selipar_hijau Lv.13 23#

Challenger | Credits 15935   
seriusly dia tinggalkan kemewahan? tinggalkan dunia glamour?

yang nmpk jelas & nyata dia just pakai niqab je dan baju2 islamik saja

boudinniA Lv.7 22#

Revolutioner | Credits 1259   
Quote: shernazz replied at 5-3-2026 11:23 PM
Sampai skang iols ingat neelofa cakap bahasa melayu dalam rancangan Bella...
Padahal sebelum tu elok ...

Rancangan bella tu apa?
Sama macam seorang aktres tu, yang kurus2 tu. Bila bercakap suka campur2 bahasa, bila ditanya dalam full english terus tak berapa lancar nak jawab.
Last Replies
More Gosip Tempatan
12Next