CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2167|Reply: 10

[Tempatan] Janda beri alasan tak sihat, 'dijaga' dua lelaki dalam bilik ketika ditahan berkhalwat

[Copy link]
Post time 5-3-2026 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Janda beri alasan tak sihat, 'dijaga' dua lelaki dalam bilik ketika ditahan berkhalwat
Oleh Izz Laily Hussein - Mac 4, 2026 @ 6:59pm


JOHOR BAHRU: Seorang janda ditahan bersama dua lelaki selepas ditemui berada dalam sebuah bilik yang mendatangkan syak atau berkhalwat.

Ketiga-tiga mereka ditahan ketika anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membuat pemeriksaan di rumah teres dua tingkat dekat Bandar Dato' Onn di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas menerima maklumat awam.

JAINJ dalam kenyataan, berkata sebaik tiba di lokasi, penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan dibuka lima minit kemudian oleh seorang lelaki.

Menurutnya, penguat kuasa memperkenalkan diri dan masuk ke dalam rumah sambil meminta lelaki itu memberi kerjasama.

"Tingkat bawah rumah tiada orang, manakala di tingkat atas terdapat tiga bilik yang pintunya bertutup. Bilik pertama dan kedua dihuni lima orang lelaki.

"Penguat kuasa kemudian membuat pemeriksaan di bilik ketiga yang pintunya tidak berkunci, sebelum menemui seorang lelaki sedang tidur di atas tilam bujang dengan hanya berseluar pendek.

"Dalam bilik sama di atas sebuah tilam kelamin, tiba-tiba bangun seorang lelaki yang berseluar panjang dan tidak berbaju dengan di sebelahnya ada seorang wanita di dalam selimut dan menutup muka serta keseluruhan badan," katanya.

JAINJ berkata, hasil soal siasat ke atas dua lelaki dan seorang wanita itu yang semuanya berusia 30-an mendapati mereka bukan suami isteri dan tiada hubungan mahram.

"Kedua-dua lelaki masih bujang dan bekerja di daerah ini, manakala wanita berstatus janda juga bekerja di daerah ini.

"Dua lelaki ini adalah kawan baik dan sama tempat kerja. Apabila disoal penguat kuasa, wanita itu mengatakan dia kurang sihat dan perlu berehat di rumah lelaki berkenaan.

"Rakan-rakan serumah mengetahui lelaki itu membawa kekasih pulang ke rumah dan mereka sebenarnya tidak selesa. Jiran sekeliling juga mungkin nampak rumah bujang lelaki itu membawa balik wanita," katanya.

Mereka kemudian ditahan atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 kerana berkurung dalam bilik sehingga mendatangkan syak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2026 08:21 AM | Show all posts
bulan2 puasa tengah hari kau buat maksiat 3some yer
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 10:46 AM | Show all posts
fuhh.. dah kena malam tadi tu yang tak sihat tu.. korang ni punnn
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pompuan tu pon x fikir ke bulan puasa ko g umah jantan waktu tengah hari pulak tu sah2 la org rasa curiga,dhtu sebilik pulak ngan 2 org lelaki...x pasal org dengar berita camni terus org fikir lain...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 3 orang kena tangkap khalwat juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 5-3-2026 09:09 PM
Kalau 3 orang kena tangkap khalwat juga ke?

takkan kaloo bertiga tu...KAWAD...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2026 12:51 PM | Show all posts
Skuau replied at 5-3-2026 09:19 PM
takkan kaloo bertiga tu...KAWAD...
"Penguat kuasa kemudian membuat pemeriksaan di bilik ketiga yang pintunya tidak berkunci, sebelum menemui seorang lelaki sedang tidur di atas tilam bujang dengan hanya berseluar pendek.

"Dalam bilik sama di atas sebuah tilam kelamin, tiba-tiba bangun seorang lelaki yang berseluar panjang dan tidak berbaju dengan di sebelahnya ada seorang wanita di dalam selimut dan menutup muka serta keseluruhan badan," katanya.


penat kawad mlm td kot


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
3 some la tu eh.mmf
korg mmg normal ke 3some skrg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 03:31 PM | Show all posts
Adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa tu td,2 laki kwn baik saling kenal. Sma tmpat keje. Bujang.Siapa yg ajak siapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko trisamkah makjans.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053994 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list