CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2415|Reply: 18

[Tempatan] ‘Mak suruh buat loan, untuk bayar hutang abang ipar’

[Copy link]
Post time 4-3-2026 06:13 PM | Show all posts |Read mode
‘Mak suruh buat loan, untuk bayar hutang abang ipar’
Oleh KOSMO!
4 Mac 2026, 4:04 pm

Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Ada ke patut mak aku suruh aku buat loan (pinjaman) sebab nak suruh bayar hutang abang ipar aku?”

Itu antara perkongsian seorang individu yang mendedahkan permintaan ibunya supaya dia membuat pinjaman wang bagi melangsaikan hutang orang lain.

Individu berkenaan menambah, alasan yang diberikan ibunya adalah kerana dia sudah bekerja dan tidak mempunyai banyak komitmen.

“Dia cakap aku kerja tak ada komitmen lain, setakat bayar bil telefon dengan rumah sewa je.

“Aku terkejut sebab bukan aku yang hutang. Bila aku cakap tak nak, mak aku merajuk pula dengan aku. Apa patut aku buat?,” soalnya.

Persoalan individu berkenaan meraih perhatian pakar kewangan dan hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, yang berkongsi semula tangkap layar hantarannya itu di media sosial.

“Buat hutang untuk bayar hutang orang, adalah tindakan kurang bijak.

“Dah banyak kali tulis bab ini, mohon sampaikan nasihat sikit adik-adik,” katanya yang turut meminta pandangan para pengikutnya.

Rata-rata pengikut Azizul mengecam dan meninggalkan komen tidak bersetuju dengan permintaan ibu individu tersebut.

“Orang lain hutang, kita pula nak kena tanggung. Pelik betul,” ujar @Cg Norizan Ismail.

“Abang ipar? Mak kau tu okey ke tak? Sayang betul dia dekat abang ipar kau,” soal @Zheila Bakri.

“Abaikan ja kehendak mak tu. Pelik-pelik perangai mak kau dik,” komen @Nazni Ghazali. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2026 06:16 PM | Show all posts
Nasihat oleh Google AI

Ini adalah satu situasi yang sangat berat dari segi emosi dan kekeluargaan, tetapi dari segi kewangan, jawapannya amat jelas: TOLONG JANGAN BUAT.

Ramai orang yang masa depannya hancur, muflis (bankrap), dan kemurungan bertahun-tahun kerana membuat pinjaman (loan) untuk ahli keluarga.

Berikut adalah sebab mengapa awak perlu menolak, dan cara bagaimana nak berdepan dengan mak awak secara halus.

1. Kenapa Awak TIDAK PATUT Buat Loan Tersebut?
  • Awak 100% Bertanggungjawab: Bank tidak peduli siapa yang guna duit itu. Kalau abang ipar awak tak bayar (atau liat bayar), bank akan cari awak.

  • Rekod Kewangan (CCRIS/CTOS) Awak Akan Rosak: Kalau ada tunggakan, nama awak yang akan disenaraihitamkan. Kesannya, awak takkan boleh beli kereta, beli rumah, atau buat pinjaman untuk masa depan awak sendiri.

  • Hubungan Keluarga Tetap Akan Hancur: Sekarang mungkin mak akan marah kalau awak tolak. Tapi bayangkan nanti bila abang ipar tak bayar hutang, awak terpaksa menanggungnya. Awak akan berdendam dengan abang ipar, berdendam dengan kakak, dan akhirnya berdendam dengan mak yang memaksa awak.

  • Masalah Dia, Bukan Awak: Abang ipar awak orang dewasa. Dia yang berhutang, dia mesti selesaikan sendiri. Mengapa masa depan kewangan awak yang perlu digadaikan untuk kesilapan dia?


2. Cara Menolak Permintaan Mak Secara Halus (Tanpa Kurang Ajar)

Menolak permintaan ibu memang serba salah, jadi awak boleh gunakan "alasan teknikal" supaya ibu tak rasa awak sengaja tak nak tolong:

  • Gunakan alasan bank / "Bank Reject": “Mak, saya dah check dengan bank, bank cakap komitmen saya dah tinggi (DSR tinggi). Gaji saya tak lepas untuk buat loan tu. Kalau buat pun kompom bank reject." (Kalau mak suruh cuba juga, buat-buat pergi bank dan beritahu kemudian bahawa permohonan ditolak).

  • Gunakan alasan masa depan: “Saya tengah rancang nak beli rumah/kereta tak lama lagi. Kalau saya buat loan ni, nama saya sangkut, saya tak boleh beli rumah sampai bila-bila.”

  • Alasan majikan (kalau sesuai): “Syarikat tempat kerja saya ada polisi ketat pantau rekod CTOS pekerja. Kalau sangkut hutang, boleh kena tindakan atau susah nak naik pangkat.”


3. Cadangkan Penyelesaian Lain untuk Abang Ipar

Bantu dari segi idea, bukan wang ringgit:

  • Suruh dia ke AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit): Jika abang ipar berhutang dengan bank/kad kredit dan tak mampu bayar, suruh dia pergi ke AKPK. AKPK adalah agensi Bank Negara Malaysia yang boleh tolong susun semula hutang dia mengikut kemampuan gajinya. Ia percuma!

  • Jika dia berhutang Ah Long: Lebih bahaya jika awak buat loan untuk bayar Ah Long. Ah Long selalunya akan cari jalan untuk "korek" lagi duit selepas dibayar. Ini kes polis. Jangan sesekali babitkan diri dalam hutang Ah Long orang lain.


Nasihat Akhir

Penting untuk awak bertegas (set boundaries). Biarlah mak nak terasa hati atau merajuk selama seminggu dua sekarang, daripada awak hidup merana, tertekan, ikat perut, dan diisytihar muflis selama 10 tahun akan datang sebab hutang orang lain.

Jaga diri dan masa depan awak dahulu. Awak berhak untuk berkata TIDAK.


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm dah pernah baca citer mcm ni dua tiga tahun lepas..sejenis citee hasanah pun ye jugak...
hai wartawan ni dah x de idea nak cari berita ke adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 4-3-2026 09:11 PM
mcm dah pernah baca citer mcm ni dua tiga tahun lepas..sejenis citee hasanah pun ye jugak...
hai war ...

Samada wartawan kering idea , atau memang masalah setiap keluarga di sini. Very common situation
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 10:14 PM | Show all posts
wirazam replied at 4-3-2026 09:11 PM
mcm dah pernah baca citer mcm ni dua tiga tahun lepas..sejenis citee hasanah pun ye jugak...
hai war ...

kak lid pun rasa gituu .... nak engagement jer tu .... banyak citer2 hasanah kat threads tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:50 AM | Show all posts
bagi nama as guarantor even kat adik beradik sepupu sepapat pun haku tak hinggin , ini kan pulak buat loan utk settle hutang org lain

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2026 10:03 AM | Show all posts
Dah kenapa nak tolong bayar hutang, abg ipar pulak tu, lpstu jadi ipar adalah maut

Sbb terhutang budi, makin panjang cerita nya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 10:08 AM | Show all posts
Edited by A-Are at 5-3-2026 02:10 AM

bg nama utk adik beradik pon bahaya...iols jd penjamin pinjaman belajar MARA adik perempuan iols..bila iols xnak jd guarantor, adik iols dok merajuk siap ckp xkan lah dia xbayar lepas kerja...ternyata selepas 10tahun habes belajar dia terus kawen sampai sekarang betul dia xbayar...asek dapat msg je iols nk kena blacklist la apela...carik pasal sungguh...untuk adik lelaki pon kes yg sama, sampai bawak iols nk dtg rumah suruh sain jugak, iols mmg keras xnak bg dah..lantakla dorang nak pikir apa..naseb masa tu iols da kawen, iols jawab je laki xbagi..mmg ternyata adik lelaki iols kerja pon on off..yer sgt la nak byr hutang belajar tu..naseb iols xsain kalini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2026 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 4-3-2026 10:14 PM
kak lid pun rasa gituu .... nak engagement jer tu .... banyak citer2 hasanah kat threads tu ...

kan kak lid ..threader ni org yg suka attention seeker ke...adoiii gen z ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 11:13 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 5-3-2026 08:50 AM
bagi nama as guarantor even kat adik beradik sepupu sepapat pun haku tak hinggin , ini kan pulak bua ...

sama...meols siap pesan kat adik meols psl nie..lantaklah org nak ckp apa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 5-3-2026 10:08 AM
bg nama utk adik beradik pon bahaya...iols jd penjamin pinjaman belajar MARA adik perempuan iols..bi ...

rasanya pihak kerajaan nak kena ubah rule..takperlu penjamin penjamin ni semua...org yg buat pinjaman kena bertanggungjawab  dgn diri sendiri...nak kena blacklist pun..biar diri sendiri kena tanggung..esok lusa time anak anak peminjam ni nak pinjam loan efu tak voleh..pi salahkan mak bapak diaorg srndiri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 11:19 AM | Show all posts
wirazam replied at 5-3-2026 03:14 AM
rasanya pihak kerajaan nak kena ubah rule..takperlu penjamin penjamin ni semua...org yg buat pinja ...

yer..mmg akan effect anak iols akan dtg nk msk uni xboleh apply mara da...now kira ok la juga kebanyakan loan da xda penjamin, dulu2 beli kereta ramai kena buat loan pki penjamin...rami jugak pakcik meols yg blacklist disebabkan jd penjamin sesama dorang...iols masa br kerja ada jugak makcik iols nak pinjam nama buat loan beli kereta...katanya 3tahun je...terus iols book kereta dgn alasan beli utk bapak meols even masatu xda lesen kereta....hahha
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 11:38 AM | Show all posts
lain mcm pulak mak dia eh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 01:15 PM | Show all posts
wirazam replied at 5-3-2026 11:09 AM
kan kak lid ..threader ni org yg suka attention seeker ke...adoiii gen z ni

...... kannn sangattt
kak lid paling panas hati bila depa buka thread pasai
- mak mertua jahat
- mak bapak jahat
- b40 marah t20 sebab anak2 t20 mohon scholarship

hehehe ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 02:39 PM | Show all posts
hindarkan diri dari ambik personal loan untuk diri sendiri, apatah lagi untuk orang lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2026 03:54 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 5-3-2026 01:15 PM
...... kannn sangattt
kak lid paling panas hati bila depa buka thread pasai
- mak mertua jahat

Kenapa kak lid nampak topik sebegitu? Saya buka threads keluar topik public transport,lrt,mrt,city planning,financial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2026 04:22 PM | Show all posts
A-Are replied at 5-3-2026 10:08 AM
bg nama utk adik beradik pon bahaya...iols jd penjamin pinjaman belajar MARA adik perempuan iols..bi ...

pakcik aku dulu bukan suruh jadi guarantor, suruh aku buat loan utk kereta dia. sebab dia takde keje, makan hasil kebun je.  opkosla aku tolak. skali tu menantu pakcik aku tu plak yg buat loan tu. tanya gak pakcik aku sbb pendapatan pakcik aku tak tetap kan kalau tak dpt bayar camne? sedap je pakcik aku cakap pulang balik la kat menantu tu, loan nama dia. fuh selamat aku tolak.  skali tu dengar citer, tak smpi 3 bulan kereta baru tu rosak. rupa2nya dok lenjan tak penah servis smpi kering minyak itam.  kesian plak menantu tu sbb kereta tu bawah nama dia, loan baru gerak 2 thn kereta dh mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg ipar dia dh jd oku ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 12:57 AM | Show all posts
ultra78 replied at 5-3-2026 03:54 PM
Kenapa kak lid nampak topik sebegitu? Saya buka threads keluar topik public transport,lrt,mrt,city ...

mungkin bila dia lalu kak lid baca dan klik utk baca 2-3 komen ...
macam mana nak tukar fyp kita ye ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061915 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list