CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 5286|Reply: 44

[Tempatan] Kelompok Zionis terkemuka terbabit rancangan jatuhkan kerajaan - PM

[Copy link]
Post time 3-3-2026 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Kelompok Zionis terkemuka terbabit rancangan jatuhkan kerajaan - PM

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Mac 3, 2026 @ 10:49am



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan cubaan menjatuhkan kerajaan yang kini dalam siasatan polis bukan hanya membabitkan pihak luar negara yang bersekongkol dengan warga tempatan, malah pembabitan secara langsung kelompok Zionis terkemuka.

Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memberi sedikit lagi masa untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatannya, sebelum maklumat itu dapat dikongsi kepada umum, jika bersesuaian termasuk kepada Ahli Parlimen.

"Dan kalau esok tahu orang yang nak dipertahankan oleh Yang Berhormat Arau itu, itu di antara kelompok Zionis terkemuka. Digunakan dalam program, projek ini dan nanti tunggu... sabar, seminggu atau dua minggu, bila keadaannya terbongkar, boleh diceritakan.

"Apakah kita pilih nak pertahan? Tak ada orang lain dalam dunia untuk pertahankan kedudukan kita. Selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis yang memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza dan apalagi dengan kenyataan kita semalam (mengenai Iran)," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, PDRM memaklumkan sedang menyiasat seorang individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, konspirasi terancang membabitkan penggunaan agensi pelobi asing, jurubank dan agensi media antarabangsa itu bermula sejak Ogos 2024 dan akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

"Berdasarkan maklumat yang sampai dan dalam siasatan PDRM kerana dalam laporan, rekod dengan syarikat, badan-badan dan tokoh-tokoh berkenaan itu sudah ada enam kali perjumpaan pada tahun 2025 di dalam dan di luar negara.

"Kemudian yang mendorong kegiatan ini adalah kerana siasatan rasuah oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang berskala besar. Itu yang menyebabkan mereka terpanggil untuk bertindak menggunakan kekuatan pengaruh luar dan dalam negara.

"Strategi mereka seperti mana disebut sebahagiannya tadi, dari rekod syarikat antarabangsa berkenaan, yang menyebut umpamanya untuk menghubungi semua media asing dengan strategi mempertikai usaha kerajaan khususnya SPRM.

"Kemudian menggunakan kekuatan dan 'contact' dengan negara-negara luar dengan tujuan beri naratif mempertikai kewibawaan Malaysia dan kerajaan serta mengatur gerakan melalui Parlimen Malaysia. Ini yang membimbangkan kita," katanya.

Beliau berkata, kerajaan tentunya memandang serius cubaan ini dan jika diizinkan, Jabatan Peguam Negara, agensi penguatkuasaan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN), boleh berkongsi maklumat mengenainya kepada wakil rakyat.

"Sebaik ada maklumat tambahan dan diizinkan Jabatan Peguam Negara, PDRM dan badan-badan penguatkuasaan, kalau perlu saya boleh memanggil untuk MKN boleh selaraskan satu perjumpaan dengan wakil-wakil kerajaan dan pembangkang.

"Kerana bagi saya ini tidak terikat dengan parti, tetapi soal keselamatan atau 'national security'. Kita tahu Malaysia, seperti mana yang Yang Berhormat pembangkang bersama semalam dalam kes seperti kecaman kita terhadap Israel dan Amerika Syarikat (AS), itu satu-satu negara. Saya teliti seluruh liputan media, Malaysia di antara yang paling keras," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2026 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih confused aku.. zionist mahu jatuh PHBN untuk support lobai pas untuk jadi pro zionist..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 01:11 PM | Show all posts
Edited by Paiya at 3-3-2026 01:12 PM

ayuh
sokong PMX tumpaskan zionist
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeker? Ke sebenar nye papa yang link dengan Zionist? Saja create narrative.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 03:06 PM | Show all posts
motif zionist nk jatuhkan PH?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 03:18 PM | Show all posts
Zionist plak..??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2026 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 selalu dengar papa je yg terkait dgn Zionist ni. Skrg tiba2 org lain lak kena petik... Menarik ni nak tahu lbh lanjut sblm percaya sapa yg betul sapa yg Salah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 03:26 PM | Show all posts
so lepas ni sape2 yang benci madani boleh la dicop sebagai agen zionis kankankan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2026 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ari tu senyap aje lepas kena mentioned dengan Epstein
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 04:24 PM | Show all posts
Blu3butter replied at 3-3-2026 03:19 PM
Dulu2 selalu dengar papa je yg terkait dgn Zionist ni. Skrg tiba2 org lain lak kena petik... Menarik ...

Sambung makan popcorn macam pic you tu....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 3-3-2026 02:56 PM
Yeker? Ke sebenar nye papa yang link dengan Zionist? Saja create narrative.

nama sape ada dlm file eipstein? siapa bagi dana time dia opposition? heheheh pls connect the dots
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 3-3-2026 04:25 PM
nama sape ada dlm file eipstein? siapa bagi dana time dia opposition? heheheh pls connect the dots

USaid bagi kat NGO bershit, Suaram semua tu. Close to Epstein confidant pulak tu. Penyokong Papa tengah garu kepala sekarang ni macam mana nak taichi accusation ni. Kang kejab lagi keluar Hadith seksaan kubur pulak. Haha!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba zion la plk........tu ada mp dari Borneo yg ckp kt parlimen nuart ada bank acc kt isrohell bila nk siasat?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 3-3-2026 04:24 PM
Sambung makan popcorn macam pic you tu....

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 05:43 PM | Show all posts
antara media yg dikatakan akan dilibatkan dalam aktiviti propaganda bini ex muntri ni adalah :

Finonciol Tiemes, London yg dimiliki oleh Rothscheld

Rothscheld ni founder negara haram Zioneh Yisreal



Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 05:44 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 3-3-2026 05:43 PM
antara media yg dikatakan akan dilibatkan dalam aktiviti propaganda bini ex muntri ni adalah :

Fino ...

so...

kalo korang sokong propaganda bini ex muntri ni

indirectly korang sokong Zioneh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2026 05:48 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 3-3-2026 05:44 PM
so...

kalo korang sokong propaganda bini ex muntri ni


'Tahukah Najib, perunding yang diupah sokong Israel?'

Ahmad Fadli KC

Diterbitkan:  Mar 6,2013

PKR meminta Perdana Menteri menjelaskan sama ada kerajaanmengetahui bahawa perunding Amerika Syarikat yang diupah untuk menyerangseterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penyokong kuat rejim Israel.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad PKR berkata, Najibjuga perlu mendedahkan jumlah wang rakyat yang digunakan untuk membayar bekaspenulis ucapan George W Bush, Joshua Trevino bagi usaha itu.

Nik Nazmi mendakwa, kerajaan membayar Trevino menggunakanwang rakyat melalui Apco Worldwide.

“Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan yang dilantikadalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

“Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwarsebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultanlain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara,”katanya.

Tambahnya, kerajaan Malaysia sebelum ini didapatimembayar RM 94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010 selain daripadabayaran USD70,000 kepada Apco Worldwide oleh FBC untuk melobi kerajaan AmerikaSyarikat bagi pihak Najib.

Nik Nazmi seterusnya mendakwa para perunding tersebutterdiri daripada golongan yang "terkenal dengan pandangan ekstrem dananti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat IslamAmerika".

Trevino sebelum ini mengaku menerima USD389,724.70 daripadakerajaan Malaysia untuk mengendalikan blog MalaysiaMatter.com danMalaysiaWatcher.com.

Pengakuan itu didapati menerusi pemfailan pendapatan beliaudengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 05:50 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 3-3-2026 05:48 PM
https://www.malaysiakini.com/news/223080
'Tahukah Najib, perunding yang diupah sokong Israel?'
Ahma ...

amacam?

mmg btol lah porumer cari pensokong bini ex muntri ni

dah tua pon bodoh



Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 06:00 PM | Show all posts
Kalau betul zionist terlibat... bersedia semua untuk berperang... real perang bukan online dah






Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada yang letak gambar najib dekat batu caves blom?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2026 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.065073 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list