|
View: 3551|Reply: 26
|
[Tempatan]
Dewan Rakyat tidak luluskan RUU pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan PM
[Copy link]
|
|
|
Dewan Rakyat tidak luluskan RUU pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan PM
Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Mohd Nasaruddin Parzi - Mac 2, 2026 @ 6:51pm
Proses undian belah bahagi untuk RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.
Ia selepas RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali.
Keputusan undi belah bahagian itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas ia dibahaskan oleh seramai 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.
Ia sekali gus menyaksikan RUU yang pertama kali dibentang, membabitkan pindaan kepada Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan gagal dibawa untuk bacaan kali ketiga dan kemudiannya diluluskan.
RUU ini dibentang bagi bacaan kali pertama pada minggu lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Bacaan kali kedua pula dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, diikuti sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen.
Kegagalan meluluskan RUU itu sekali gus memberi petanda tidak menentu kepada satu lagi RUU pindaan penting esok iaitu berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang turut memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
Azalina ketika menggulung RUU itu menegaskan, pindaan ini dirangka dan dibentangkan sepenuhnya dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan dengan penghormatan yang tidak berbelah bagi terhadap institusi Raja-Raja.
Katanya, perlembagaan sendiri sudah diperuntukkan secara jelas kategori pindaan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 1595 dan Perkara 38(4).
"Pindaan ini tidak termasuk dalam mana-mana kategori itu dan tidak menyentuh kedaulatan prerogatif atau kedudukan Raja-Raja. Justeru itu, kerajaan bertindak selaras dengan prosedur ditetapkan oleh Perlembagaan iaitu melalui mekanisme Perkara 159(3)," katanya.
Beliau berkata, menetapkan had tempoh tidak menyentuh prerogatif baginda, sebaliknya mentakrifkan parameter kelayakan individu yang boleh dipertimbangkan, justeru tidak timbul soal mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
"Ia soal memperkemaskan prinsip akauntabiliti dalam jawatan eksekutif tertinggi tanpa mengubah struktur pelantikan. Kuasa melantik kekal kepada baginda. Sokongan majoriti kekal pada Dewan Rakyat. Had tempoh hanya menentukan bahawa kuasa itu tidak boleh dipegang tanpa batas.
"Had 10 tahun dipilih kerana ia ukuran masa yang objektif, seragam dan selaras dengan struktur perlembagaan yang tidak mengikat jawatan Perdana Menteri kepada penggal tetap memandangkan Parlimen boleh digubal lebih masa.
"Pendekatan ini mengelakkan ketidakpastian tafsiran mengenai penggal di samping mengekal ruang yang mencukupi untuk kesinambungan dasar dan kestabilan pentadbiran tanpa membenarkan penumpuan kuasa yang terlalu lama," katanya.
Katanya, pindaan kepada Perkara 43 berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri juga tidak menyentuh mana-mana perkara dinyatakan di bawah Perkara 159(5), Perkara 70, Perkara 71, Perkara 72(4), Perkara 152 serta Perkara 153.
"Ia ada antara lain tidak mengubah keutamaan Raja-Raja. Tidak menjejaskan jaminan Perlembagaan Negeri. Tidak menyentuh Bahasa Kebangsaan. Tidak menyentuh Perkara 153 dan tidak melibatkan kewarganegaraan.
"Oleh itu dari sudut teks yang nyata, pindaan ini tidak termasuk dalam lingkungan Perkara 159(5). Pindaan had tempoh jawatan Perdana Menteri adalah mengenai kelayakan dan tempoh memegang jawatan dalam cabang eksekutif. Ia tidak mengubah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
"Tidak meminda kuasa pelantikan di bawah (Perkara) 43(2)(a) dan tidak menjejaskan budi bicara baginda di bawah Perkara 42(a). Oleh itu ia tidak jatuh dalam ruang lingkup Perkara 38(4)," katanya.
Terdahulu Anwar ketika membentangkan RUU berkenaan untuk bacaan kali kedua berkata cadangan pindaan RUU terbabit tidak mengubah asas demokrasi berparlimen dan tidak menjejaskan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
Cadangan pindaan itu, katanya yang dirangka selaras dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan tidak mengurangkan peranan Dewan Rakyat dalam menentukan kepercayaan kepada kerajaan.
Sebaliknya, cadangan itu, kata Perdana Menteri, memperkukuh struktur perlembagaan melalui satu peruntukan yang jelas bagi mengukuhkan sistem semak dan imbang negara.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sandiwara radio..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang MP2 yang ponteng tu takut sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Atok masih ada peluang jadi PM.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Position Agong pun 5 tahun aje ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peluang utk jd diktator eh, PM for life terbuka luas lah ya 
Ia selepas RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali.
Musibat 32 ekor tak hadir tu atas alasan apa? Kalo saja jah sesuka bijik kerandut ko tak datang, baik pegi mereput jah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalu tak datang keje kat office kena perambat hr dept.
Depa ni boleh buat suka hati nak datang or tak? Ini ke yang pengundi nak?
To pm tak payah sedih la. Kalu depa nanti jadi pm pun mungkin tak sempat 5 taun sebab kena kudeta juga. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kut terbalik.. dalam hati munge munge |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak cukup jumloh..
Anthony Loke minta pengundi 'menghukum' MP yang tak hadir untuk vote.
Di Malaysia ni ramai rakyat bodoh. Mereka cuma ambil kisah pasal subsidi, sentimen agama dan perkauman dan nak isi perut mereka sahaja. Tak tercapai di akal untuk fikir benda-benda macam ini. Kalau MP datang hulur beras dan datang majlis kenduri cukup dah bagi mereka. Memang expectation sangat low level.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda camni pon madani gagal
Tak pastikan betul2 kehadiran dan jumlah undi yang bakal diterima ke
Cincai sungguh madaniberakje ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka jugak yg cadangkan alih2 tak lulus so siapa yg pening kat sini? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
selingan
---
MP DAP tuntut jawapan jelas KDN mengenai notis merah Interpol Jho Low
jho low.. nik faisal.. masih belum nampak kerajaan bersungguh2 nak cekup dua ekor ni.. menantu muhyiddin yassin pun sama
sekarang ni walanon2 buat2 lupa pulak pasal org2 yg diorg nak tangkap ni 
walanon2 sekarang meraikan kerjasama anwar ibrahim dgn zahid hamidi dan zafrul aziz yg walanon2 bersungguh2 nak tangkap dulu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sj je tu.. drama romadhon
walhal nak je jd peeyem seumur idop |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 3-3-2026 08:54 AM
Tidak cukup jumloh..
Anthony Loke minta pengundi 'menghukum' MP yang tak hadir untuk vote.
berkemungkinan ni sebahagian drpd mainan politik oleh sesetengah geng politikus.. acah2 nak hadkan tempoh pm, tapi sebenarnya takde plan pun.. mungkin ni pun anthony loke bagi hint pasal sifat acah2 sesetengah geng politikus ni.. dia pun nampak mcm bagi hint je yg dia cakap semua mp dap hadir buat undian menyokong 
mungkin la kot kan.. kena check dua vote yg tak cukup tu drpd mp kawasan mana
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di Malaysia wakil rakyat itu kerjanya untuk jadi tempat mengadu rumah bocor, jalan berlubang, sokong anak nak masuk asrama. Mana dia kisah wakil dia buat apa di parlimen. Memang beza lah expectation pengundi.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapikan pendapat palatao aku rasa RUU ni dah terlambat.sesuai masa zaman kerajaan kuat 2/3 melalui PRU maksudnya zaman2 atok saka.skrg ni mcm x praktikal je sbb since 2018 bila pru je parlimen tergantung sbb xde parti atau parti gabungan dapat majoriti.UG ni sebenarnya rapuh.byk backstabbing jadi dlm satu penggal tu xde jaminan pun seorg pm tu boleh pegang jawatan walau hanya satu penggal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 2-3-2026 10:44 PM
Peluang utk jd diktator eh, PM for life terbuka luas lah ya
Yg x hadir tu dah satu hal.
Tapi geng yg hadir tapi undi abstain tu apahal? Nampak sangat hampa tahu RUU tu bagus, tp sebab keja nak membangkang shj, so pilih berkecuali. Korok mu.
Sekrg PH boleh tunjuk bahawa depa dah cuba nak tunaikan janji pilihanraya, tp MP parlimen yg gagalkan.
Hari ni ada satu lg RUU berkaitan pemisahan kuasa peguam negara. Klu hampa tolak juga yg ni, jangan dok pekik melolong kata kuasa AG terlalu besar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak sokong? 10 tahun dah cukup jadi PM supaya kita ada pelapis pemimpin yg berwibawa. Sebab parti ni ikut seniority selagi tk nak turun, auto presiden jadi PM.. cth wak jahid tak sedar diri buat parti kalah teruk masih nak jadi presiden. Undi BN dia la next PM |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 3-3-2026 05:16 PM
Yg x hadir tu dah satu hal.
Tapi geng yg hadir tapi undi abstain tu apahal? Nampak sangat hampa t ...
Yang bantah GST, Lynas, ECRL, HSR, TRX etc tu acaner pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 2-3-2026 10:44 PM
Peluang utk jd diktator eh, PM for life terbuka luas lah ya
32 malaun tu blok kjn ke pembangkang sis? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|