CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2328|Reply: 11

[Tempatan] Melalak Nak Tengok Pemijak Quran Kena Hukum Katanya

[Copy link]
Post time 2-3-2026 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ^CUN_GILA~. at 2-3-2026 03:51 PM


https://youtube.com/shorts/uXvmimJaWPE?si=9vwVMBBqb8QkFMMw

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengungkapkan istilah ‘melalak’ sebagai reaksi terhadap kemarahan rakyat Malaysia berhubung kejadian memijak Al-Quran dibidas ramai pihak termasuk pemimpin muda PAS.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tindakan mempertahankan kesucian agama tidak wajar dipandang sinis atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak, apatah lagi oleh pemimpin nombor satu negara.

“Dasar prinsip tidak boleh disamakan dengan retorik politik murahan. Melalak pertahan Al-Quran lebih mulia daripada melalak berbohong berguling atas jalan raya kerana nak jadi Perdana Menteri,” bidasnya.

Ahli Parlimen Alor Setar itu juga menegaskan kebebasan bersuara dan hak untuk menegur adalah sebahagian daripada amalan demokrasi yang tidak boleh disekat dengan sindiran atau label tertentu.

Ketua Pengarah Ameerah Dewan Muslimat PAS Malaysia, Mardhiyyah Johari turut memberikan reaksi dengan menyifatkan istilah ‘melalak’ oleh Perdana Menteri itu ibarat satu tamparan dan simbahan petrol ke atas api yang marak.

Lebih-lebih lagi, katanya perbuatan memijak Al-Quran disebar secara terbuka itu berlaku pada bulan Ramadan dan pastinya  melukakan hati rakyat Malaysia beragama Islam, yang sedang menunaikan ibadah berpuasa.

“Tetapi bagi saya tak pelik  bila istilah ‘melalak’ tu boleh keluar dari mulut PMX (Perdana Menteri ke-10), kerana sesiapa yang biasa dengan ucapan dan respon PMX terhadap soalan dan isu, memang begitulah dia.


“Kadang-kadang tertanya-tanya juga, tak boleh ka jawab baik-baik?  Berikan sahaja jawapan yang diminta, bukan sindiran atau karut. Dia (Anwar) itu pemimpin negara,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur itu lagi.

Walaupun ujar Mardhiyyah, sikap Perdana Menteri itu mungkin boleh diabaikan kerana faktor usia yang menghampiri 80 tahun, tetapi dalam soal melibatkan Islam, kenyataan sedemikian amat menyakitkan hati.

Dalam masa sama, beliau juga amat terkilan dan marah dengan kata-kata pemimpin berkenaan yang sering mengaitkan identiti Muslim dengan elemen buruk.

“Jubah dan serban adalah pakaian yang pernah dipakai oleh Rasulullah SAW. Di Malaysia, jubah dan serban dipakai oleh orang Islam khususnya orang-orang yang beragama.

“Jika perbuatan buruk dikaitkan dengan pakaian dan identiti orang agama selain Islam, agak-agak mereka terasa hati atau tidak?” soal beliau.

Katanya lagi, sama ada penasihat gagal menasihat atau sememang itulah sikap sebenar pemimpin PKR tersebut, perlu diingatkan, jika tiada sempadan diletakkan untuk memperlecehkan identiti sesuatu pegangan, maka itulah punca terlajak kata dan perbuatan.

“Rakyat Malaysia ini baik. Namun keharmonian boleh rosak dan parah jika dirasakan keadilan tidak dilaksanakan,” tegasnya lagi.

Anwar semalam mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan awam yang marah dan melihat tiada tindakan sewajarnya diambil terhadap pelaku perbuatan memijak al-Quran dan kesan daripada sikap melampau itu.

“Melalak ‘tiada tindakan’ tidak menjadikannya benar. Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi di ruangan komen,” ujarnya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, media melaporkan seorang penuntut universiti tempatan di Pahang direman bagi membantu siasatan berhubung kes menghina agama Islam dengan memijak al-Quran.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2026 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Melalak salah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts


Salah perkataan ke cemana

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 2-3-2026 10:55 PM
Salah perkataan ke cemana

Inilah yang dikatekan terlajak perahu boley undor..  Terlajak ciap??
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 11:52 AM | Show all posts
bangnon selalu ayat kemain puitis
ni kenapa
koyak ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 11:59 AM | Show all posts
apa salah dgn perkataan melalak? kalau guna melolong tu boleh la sakit hati sbb dah macam bunyi anjing. macam lah kau tak pernah cakap anak kau melalak2 .. yih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2026 12:09 PM | Show all posts
kucingitam replied at 3-3-2026 11:59 AM
apa salah dgn perkataan melalak? kalau guna melolong tu boleh la sakit hati sbb dah macam bunyi anji ...

melalak lebih ______ ketimbang melolong
isi tempat kosong




Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Reason ada guna nya dual citizenship...dari india... China... Bangla... Indonesia etc.. If ada salah moral conduct cancel saja citizenship..

Malaysia tidak severe religion issue.. But lead jadi negara radical if tidak control
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2026 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Non melalak melolong sejak zaman reforBASIIIIII guling guling atas jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Anwar Ibrahim dulu melalak nak demontrasi di Dataran Merdeka.. tapi tak berjaya.

Kasihan Ambiga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 3-3-2026 11:11 PM
Non melalak melolong sejak zaman reforBASIIIIII guling guling atas jalan.

Dia tok guru melalak semalaya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 02:31 PM | Show all posts
YB rupanya minah ni.  Lawaaa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.307693 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list