CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1024|Reply: 4

Dua Tahun Puasa Seorang Diri, Harun Hashim Setiap Hari Ziarah Kubur Arwah Isteri

[Copy link]
Post time 2-3-2026 09:46 AM | Show all posts |Read mode





Menyambut Ramadan tanpa isteri tercinta buat tahun kedua, pelakon Harun Hashim berkata dia tidak pernah terlepas menziarahi pusara arwah isterinya setiap hari.

Memetik Astro Gempak, Harun berkata disebabkan itu rumahnya berdekatan dengan pusara arwah isterinya kerana mudah untuk datang setiap hari.

“Dah dua tahun saya berpuasa seorang diri dan saya lagi sanggup berseorang di rumah daripada pergi berjalan ke luar.

“Kubur dia, hari-hari saya pergi dan sebab itulah rumah saya dekat dengan kawasan kubur.  Kecuali kalau saya keluar tidur rumah kawan atau ada penggambaran hingga lewat malam, itu tidaklah ke kubur. Orang nak kata apa, katalah tapi saya sayang dia sangat-sangat,” katanya.

Sementara itu, Harun berkata kehilangan isterinya amat dirasai meskipun sudah dua tahun pemergiannya apatah lagi mereka sentiasa bersama ke mana-mana.

“Sebelum ini kalau pergi mana-mana saya dengan dia berdua saja. Saya memandu, dia akan duduk di sebelah sambil tengok aplikasi Waze.

“Saya ini pelupa orangnya jadi dia kena selalu ada bersama saya. Jadi, amat terasalah kehilangan dia,” katanya.

Isteri kepada Harun iaitu Allahyarhamah Sakinah Ganjali menghembuskan nafas terakhir pada 21 November 2024 akibat kanser payudara tahap empat.

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2026 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem dia ni time muda..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 02:53 PM | Show all posts
dia xda anak2 ke..kesian nya kalau melalui hari tua berseorangan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak tua sangat dah ye
masa muda2 can do jugak la saing2 hilal azman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2026 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039199 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list