|
View: 3078|Reply: 18
|
[Tempatan]
Beraya Atas Hiway Jugak Ke Tahun Ni? #tibatibarayalagi
[Copy link]
|
|
|
IPOH: Umat Islam dinasihatkan tidak membuat spekulasi awal berhubung 1 Syawal dan menunggu pengumuman rasmi pihak berautoriti.
Jabatan Mufti Negeri Perak dalam kenyataan menasihatkan masyarakat bertenang serta memahami bahawa perbezaan daripada jangkaan adalah perkara yang boleh berlaku dalam disiplin falak.
"Takwim Hijrah yang diedarkan kepada umum disusun berdasarkan data hisab sebagai panduan perancangan tahunan.
"Walau bagaimanapun, penetapan rasmi 1 Syawal adalah tertakluk kepada proses rukyah hilal pada petang 29 Ramadan serta pengisytiharan pihak berautoriti dan sebarang perbezaan antara jangkaan takwim dan keputusan rasmi bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem penentuan awal bulan Islam," menurut kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi jabatan itu.
Menurut kenyataan tersebut, Malaysia mengamalkan pendekatan rukyah dan hisab secara bersepadu, secara prinsip falak apabila hilal (anak bulan) berada di atas ufuk ketika matahari terbenam, ia mempunyai potensi untuk dilihat.
Bagaimanapun, dalam konteks di Malaysia tahap kebolehlihatan hilal bergantung kepada beberapa parameter teknikal seperti ketinggian hilal (altitud) dan jarak antara bulan dan matahari (elongasi).
"Hilal yang terlalu rendah atau hampir dengan ufuk mempunyai potensi kenampakan yang sangat lemah walaupun secara teorinya ia telah wujud. Oleh itu, kewujudan hilal di atas ufuk tidak semestinya menjamin kenampakan secara fizikal," menurut kenyataan itu.
https://vt.tiktok.com/ZSmWfBTLM/
Selain itu, Jabatan Mufti Negeri Perak memaklumkan, keadaan cuaca seperti awan tebal, jerebu atau gangguan atmosfera adalah cabaran utama dalam proses cerapan.
Menurut jabatan itu, walaupun secara hisab hilal dijangka mempunyai potensi untuk dilihat walaupun tidak memenuhi kriteria, faktor cuaca boleh menghalang penampakan sebenar.
"Sebaliknya, dalam keadaan atmosfera yang sangat baik dan ia merupakan satu perkara yang jarang berlaku di Malaysia, hilal kadangkala berjaya dicerap. Ini menunjukkan keputusan penetapan tidak hanya bergantung kepada data kiraan tetapi juga realiti cerapan di lapangan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menjelaskan parameter hilal setiap tahun adalah berbeza dan pada tahun ini kedudukan hilal Syawal didapati lebih rendah dan lebih sukar untuk dicerap berbanding 2022, maka secara teknikal tahap kebolehlihatannya juga adalah lebih sukar.
Namun, keputusan rasmi tetap bergantung kepada dapatan cerapan sebenar, proses pengesahan yang ditetapkan dan pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Jabatan Mufti Negeri Perak juga menggalakkan agar persiapan Aidilfitri dibuat secara terancang dan lebih awal, demi mengelakkan sebarang kesulitan di saat akhir.
Tular di media sosial, kebimbangan masyarakat bahawa 1 Syawal pada tahun ini akan jatuh pada 20 Mac (Jumaat) berbanding jangkaan pada 21 Mac (Sabtu).
Ia bakal mengulangi situasi pada 2022 apabila hari pertama Aidilfitri disambut secara 'terkejut' apabila jatuh sehari awal daripada jangkaan.
-- BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Be ready. Dengan pertambahan pendaftaran kenderaan baru tahun lepas sudah pasti makan jem dengan lemang atas highway |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yg korang kelam kabut nak balik juga malam raya dah knapa. kalau dah terkejut tu, rilek2 je la..pagi raya esok pagi baru balik dari hadap jem tak ketahuan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
i tetap beraya pada 1 syawal..
tak terkesan hari apa pun 1 syawal tu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
klu raya jumaat lagi tak best... jumaat cuti sabtu ahad mmg cuti xde cuti isnin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apply cuti je spt raya hari Sabtu...so sampai waktunya kalau raya Jumaat pun sistem akan tolak sewajarnya ..x perlu nak beratkan kepala fikir ...yg penting ada baki cuti yg mencukupi... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 5-3-2026 10:10 AM
klu raya jumaat lagi tak best... jumaat cuti sabtu ahad mmg cuti xde cuti isnin
Kalau raua jumaat perlu solat jumaat juga ke since dah solat aidilfitri pg tu? Iols x ingat dulu mufti ada inform. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 7-3-2026 03:47 PM
Kalau raua jumaat perlu solat jumaat juga ke since dah solat aidilfitri pg tu? Iols x ingat dulu m ...
Kome solat jumaat tu wajib terutama utk kaum adam..tinggal saja2 pun berdosa..kenapa pula bila hari raya, tetiba jd xperlu solat jumaat..(den xmrh ye, ni den tulis dgn berhemah..kehkehkeh)...sedangkan solat aidilfitri tu sunat jer..so kesimpulannya tetap kena solat jumaat...xkirala pagi tu solat aidilfitri ke solat dhuha ke..pernah kan aidilfitri hari jumaat..so beraya je la tp tghari tu, pergila solat jumaat utk kaum adam..lps tu sambung beraya semula smp tgh malam buta sampai sebulan lg...over tak over rakyat Msia kadang smp abis syawal pun ada je majlis aidilfitri... kehkehkeh ngarut sungguh.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Goodluckdontcry replied at 8-3-2026 01:32 PM
Kome solat jumaat tu wajib terutama utk kaum adam..tinggal saja2 pun berdosa..kenapa pula bila har ...
Haha baik2... Kami kaum hawa kena menasihati kaum adam...gitu . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Goodluckdontcry replied at 8-3-2026 01:32 PM
Kome solat jumaat tu wajib terutama utk kaum adam..tinggal saja2 pun berdosa..kenapa pula bila har ...
Sebulan syawal pun xcukup hari nak smbut
Puasa sunat syawal entah kemana???? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bbalik replied at 2-3-2026 07:25 AM
raya jemahat ke sabetu
Lebih kepada jemaat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah je hari raya yg jatuh hari jumaat
so, 2x kena pi masjid/surau
cuma of kos la, solat raya, kena solat dulu baru dgr khutbah
jumaat plk kena dgr khutbah dulu baru naik solat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
credit: jeluagrofarm_property
" 02/26/26
Berikut rekod jumlah hari puasa Ramadan (Malaysia) dari tahun 2010 hingga 2025 — sama ada 29 atau 30 hari:
2010 – 30 hari
2011 – 29 hari
2012 – 30 hari
2013 – 29 hari
2014 – 30 hari
2015 – 29 hari
2016 – 30 hari
2017 – 29 hari
2018 – 30 hari
2019 – 29 hari
2020 – 30 hari
2021 – 29 hari
2022 – 30 hari
2023 – 29 hari
2024 – 30 hari
2025 – 29 hari
Secara umum, Ramadan memang bergilir antara 29 dan 30 hari bergantung kepada cerapan anak bulan. 2026 - 30 hari? Ikut calendar kuda. " |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kensel beraya kat jalanraya sbb krisis minyak  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
trend bani melayu selang2...
maknanya 2026, posa akan jadi 30 hari
k pahammmmmmm
k bai
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|