CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 282|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Marquez kena penalti, Acosta menang pecut

[Copy link]
Post time 28-2-2026 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Marquez kena penalti, Acosta menang pecut

Februari 28, 2026 @ 6:12pm





Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta memenangi perlumbaan pecut pembukaan musim MotoGP 2026 di Buriram, Thailand. - Foto REUTERS



BURIRAM: Pedro Acosta memenangi perlumbaan pecut pembukaan musim MotoGP 2026 di Buriram selepas juara dunia, Marc Marquez dikenakan penalti pada pusingan terakhir.

Pelumba Ducati itu pada awalnya melintasi garisan penamat di hadapan, namun diturunkan satu anak tangga selepas didapati menunggang secara berbahaya.

Keputusan tersebut menghadiahkan kemenangan perlumbaan pecut pertama kepada pelumba KTM, Acosta, dalam saingan 13 pusingan yang turut menyaksikan pemegang petak utama Marco Bezzecchi terjatuh di pusingan kedua.

Marquez, yang memulakan perlumbaan di petak kedua, menerima keputusan itu dengan terbuka.

"Pada pandangan saya, pihak pengarah perlumbaan yang membuat keputusan, jadi saya ikut sahaja peraturan," kata Marquez.

Acosta menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 0.108 saat di hadapan Marquez, manakala Raul Fernandez dari pasukan Trackhouse melengkapkan podium di tempat ketiga.

Marquez, 33, sebelum ini mengakui masih merasai kesan kecederaan bahu yang menyaksikan beliau terlepas empat perlumbaan terakhir musim lalu.

Namun beliau tetap mempamerkan aksi agresif apabila beberapa kali bertukar posisi dengan Acosta sepanjang perlumbaan.

"Setiap kali Pedro memotong saya, saya cuba balas di selekoh berikutnya.

Malangnya saya dapat penalti itu, tetapi sembilan mata, perlumbaan yang adil, selepas kecederaan, bukan sesuatu yang buruk.

Saya gembira," katanya.

Acosta, 21, yang bermula di petak keenam, tampil sebagai pencabar utama selepas Bezzecchi tersingkir awal.

"Sangat hebat berlumba seperti ini menentang Marc.

Mungkin saya tidak rasa seperti pemenang sepenuhnya kerana dia lepaskan posisi itu, tetapi esok kami ada peluang lagi," kata Acosta menjelang perlumbaan utama esok.

Bezzecchi sebelum itu berada dalam prestasi terbaik selepas mendominasi sesi latihan dan kelayakan, namun kemalangan berat ketika penghujung kelayakan menjadi petanda awal cabaran sukar di Buriram.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/02/1515099/marquez-kena-penalti-acosta-menang-pecut





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 02:09 AM GMT+8 , Processed in 1.199158 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list