CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 312|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hakim Danish yakin tampil lebih positif

[Copy link]
Post time 28-2-2026 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Hakim Danish yakin tampil lebih positif

Oleh Sukhairi Thani - Februari 28, 2026 @ 5:56pm





Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli berjaya menembusi sesi kelayakan kedua (Q2) pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Thailand, hari ini. - Foto Hakim Danish



KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli melaungkan keyakinan untuk tampil lebih kompetitif pada hari perlumbaan esok selepas menembusi sesi kelayakan kedua (Q2) pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Thailand, hari ini.

Beraksi di Litar Antarabangsa Chang, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu mempamerkan peningkatan meyakinkan apabila mengungguli sesi kelayakan pertama (Q1) dengan catatan terpantas 1 minit 41.476 saat (s).

Mengulas sesi Q1, Hakim Danish berkata, persaingan semenangnya cukup sengit namun peningkatan keserasian bersama jentera membolehkannya mencatat masa lebih baik.

"Dalam kelayakan pertama tadi memang agak sengit. Ramai pelumba laju dan saya cuba 'push' sehabis mungkin.

Saya rasa lebih baik dengan tetapan jentera dan keyakinan diri juga semakin meningkat," kata Hakim Danish.

Dalam sesi Q2, pelumba berusia 18 tahun itu mencatat 1:41.761s untuk berada di kedudukan ke-15 dan bakal memulakan perlumbaan dari barisan kelima.

"Di Q2 memang ramai lagi pelumba laju.

Saya cuba ikut mereka, tetapi ada beberapa perkara yang perlu saya perbaiki lagi seperti dari segi tunggangan dan juga tetapan jentera.

Esok saya yakin akan berusaha dengan lebih baik dan beri saingan terbaik," katanya.

Petak utama menjadi milik pelumba Liqui Moly Dynavolt Intact GP, David Almansa yang mencatat 1:40.088s, diikuti Alvaro Carpe dari Red Bull KTM Ajo dan Adrian Fernandez dari Leopard Racing.

Sementara itu, rakan sepasukan Hakim Danish, Ryusei Yamanaka akan memulakan perlumbaan dari petak ketujuh.

Berkenaan faktor cuaca, Hakim Danish menegaskan ia bukan kebimbangan utama dan fokusnya kini terarah sepenuhnya untuk memanfaatkan peluang serta memburu keputusan lebih baik pada hari perlumbaan esok.

"Cuaca tidak menjadi masalah buat saya.

Dalam fikiran saya, hanya fokus dan mahu berusaha sehabis baik dalam perlumbaan nanti," tambahnya.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/02/1515087/hakim-danish-yakin-tampil-lebih-positif





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2026 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.657733 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list