Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

JoyahMengayah Lv.14

Fav
Fighter | Credits 23428   
2.6K

Browse the number

44

The number of votes

44

Cumulative votes

Edited by JoyahMengayah at 26-4-2026 01:06 AM


Sambungan drama khas Kilaun Emas....



KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular dengan lagu Teringin, Shima mengakui masih terdapat segelintir pihak yang cuba menawarkan bayaran tidak masuk akal untuk sesebuah persembahan.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 57, berkata dia pernah ditawarkan bayaran serendah RM1,500 bagi menyanyikan banyak lagu dalam satu majlis istimewa.

"Jangan terkejut, masih ada lagi (tawaran harga tidak munasabah). Dia minta banyak lagu dengan bayaran RM1,500 untuk hari istimewa," katanya.


Katanya, dia tidak teragak-agak untuk menolak tawaran sedemikian kerana menganggap ia sebagai satu penghinaan terhadap nilai seseorang artis lama.

"Kalau ada orang panggil untuk persembahan, insya-Allah jika harganya berpatutan saya akan pergi. Tetapi kalau mahu bayar macam zaman fun fair dulu, saya tidak akan terima.

"Saya tolak dengan cara yang baik dan beritahu mereka, ini bukan awal tahun 90-an lagi, ini sudah tahun 2026. Jangan pandang rendah pada kami," katanya.

Menurut penyanyi yang mula menceburkan diri dalam bidang seni sejak 1988 ini, bayaran itu tidak berbaloi apabila turut mengambil kira kos pengangkutan, pakaian dan jurusolek.

Walaupun menyedari perbezaan layanan terhadap artis veteran di negara ini berbanding lebih dihargai di luar negara, Shima memilih untuk bersikap realistik dengan situasi industri muzik di Asia.

"Di Amerika Syarikat, semakin lama artis itu, semakin tinggi nilainya. Tetapi kita tidak boleh samakan dengan negara Asia kerana pemikiran kita berbeza.

"Saya bersikap realistik dan hidup dalam dunia yang nyata. Saya dalam bidang ini bukan baru, sudah lama," katanya.

Terbaharu, Shima bakal terbabit dalam Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang akan berlangsung di Saloma Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026.

BH






This is aSingle Polls

Voting project
1. Teringin
2. Luka diluikai
3. Bayangan Suram
4. Setelah Aku Kau Miliki
5. Kelkatu Gugur Sayapnya
6. Apa Ku Rasa
Count down : 9927 Days 3 Hours 35 min.
You need to Login for vote the poll
2.6K Views
658 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Kangkung1M Lv.12 Top From 2#

Defender | Credits 13786   
Edited by Kangkung1M at 13-4-2026 08:28 AM
Quote: supernaturalee replied at 13-4-2026 04:35 AM
dah produser yg x jemput

apo nk dikato

Beberapa penggiat seni dari Singapura akan buat kutipan derma dan menyerahkannya kepada Chichi Bamba apabila jumlah yang diperlukan sudah mencukupi.

Rakan gerakkan inisiatif bantu ringankan beban Norish Karman

KUALA LUMPUR: Sahabat handai dan beberapa penggiat seni dari Singapura kini mengumpul dana sumbangan untuk membantu pelakon, Norish Karman yang kini diuji dengan masalah kesihatan kritikal.

Pemuzik Singapura yang juga sahabat Norish, Mohamad Yazid Mohd Fami, ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menghubungi anak pelakon itu, Manda dan akan datang ke Kuala Lumpur bagi menyerahkan kutipan sumbangan itu kepadanya.

"Saya dah hubungi Manda dan sudah berbual mengenai keadaan terkini ibunya. Kami di Singapura turut terkesan apabila mendapat tahu mengenai keadaan kesihatannya yang kini dalam keadaan kritikal.

"Jadi, saya dan beberapa belas penggiat seni termasuklah pemuzik dan dramatis di sini mengambil inisiatif untuk mengumpul dana sumbangan bagi meringankan bebannya

"Saya sendiri akan ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan hasil kutipan itu apabila semuanya sudah mencukupi," katanya kepada Harian Metro.

Yazid, 59, yang sudah mengenali Norish sejak awal 1990-an juga berharap agar orang ramai sudi untuk menghulurkan bantuan kepada sahabatnya itu.

"Saya kenal Norish sejak 1990-an, sebelum dia berhijrah ke Malaysia dan memulakan karier lakonan di sana. Saya kenal keluarga dan juga anak-anaknya.
"Jadi, sebagai sahabat dan kenalan rapat, ujian yang dihadapinya kini turut menyentuh emosi saya serta rakan-rakan lain dalam kumpulan WhatsApp kami.

"Saya berharap agar lebih ramai rakan-rakan penggiat seni di Singapura yang akan turut serta menyumbang bagi membantu Norish serta meringankan beban anak-anaknya," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai keadaan kesihatan Norish yang kritikal selepas dimaklumkan anaknya, Manda.
Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/04/1533215/rakan-gerakkan-inisiatif-bantu-ringankan-beban-norish-karman

ragazza Lv.7 Top From 3#

Revolutioner | Credits 1249   
Norish Karman ni bukannya tua sgt. Tua lagi ella, ziana zain, shafinaz, camelia, tiara jaquelina, sheila majid

Dia share tahun birthday ngan ning baizura, erra fazira, atilia haron (anak salamiah hassan) , sh shahira, kak pora (sh shahora) etc

Dgn ritrud/ifa raziah pun beza 2 tahun je

Tapi NK nampak terlalu moyang2 berbanding  nama2 yang disebut di atas

lolipopmanish Lv.10 Top From 4#

Survivor | Credits 5618   
Masa aku tgk Nona tu aritu guest si azar ni

Ntah lah sepanjang iv tu ak rase macam fake gile pompuan ni
Follow Us

ragazza Lv.7 Top From 5#

Revolutioner | Credits 1249   


Is it me? Obvious mata lebam fake macam dalam drama ... bukan real punya lebam ... make up macam sakit
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

JoyahMengayah Author Top From 6#

Fighter | Credits 23428   

Kangkung1M Lv.12 Top From 7#

Defender | Credits 13786   
Edited by Kangkung1M at 21-4-2026 11:59 AM
Quote: ragazza replied at 19-4-2026 10:57 PM
So anak2 angkat 4 org tu props acik sikin nak sucikan diri di mata netizen lah ye

Masa live NK cerita rumah dia tak ada tv, sofa.

  

Video bawah tunjuk rumah NK masa dia sambut birthday ke -50 dua tahun lepas. Ada je tv & sofa kat rumah dia.


ADVERTISEMENT


selipar_hijau Lv.13 8#

Challenger | Credits 15930   
eh haritu bukan kata dah kembali? harini kembali lagi?

supernaturalee Lv.17 9#

Superior | Credits 56666   
Quote: selipar_hijau replied at 28-2-2026 10:10 AM
eh haritu bukan kata dah kembali? harini kembali lagi?

tak menjadi la tu

no one cares

so why kembali lagi edisi lagi 1 .... hahaha


btw die nyanyi pun dh ala2

MMG faktor usia x mungkin blh nyanyi mcm masa mudah, tp ni die dh tahap i-kennot yach

Mana mungkin org nk bayar mhl

ada yg pgl dan allocate lbh seribu, utk 1 show quite ok kot

anggeriklatifah Lv.10 10#

Survivor | Credits 6311   
Kalau suara tak sedap...Tak sampai..tak cukup nafas...semput..memg berbaloi laa rm1500 tu

asamfish Lv.12 11#

Defender | Credits 12339   
jgn la bandingkan dgn american music industry...jauhhhh sgt...rm1500 lebih baik daripada meminta2 bila kita berada didalam keadaan terdesak...

hyie Lv.15 12#

Gladiator | Credits 39038   
sheols nampak dah tak berapa sihat, buat video clip pon macam mengah2 gitu..rasa kesian dengan acik shima

Bedak_Carrie Lv.6 13#

Pioneer | Credits 806   
Entahlah.. Ramai juga artis2 veteran yg mahal.. ZZ, Anuar Z, Ella, Erra, Amy S, Awie dll...
Rezeki masing2.

muntahijo Lv.4 14#

Keeper | Credits 464   
kembali ke mana?

sukanyanyi Lv.10 15#

Survivor | Credits 6271   
Quote: supernaturalee replied at 28-2-2026 11:23 AM
tak menjadi la tu

no one cares

Itu la.. mmg kenot dah.. skrg imej dh ok sikit drpd yg pakai tudung cam macik2 kita je tu tp nyanyian ade improve kah? Kalo tak, patut terima je 1500 tu drpd tak dpt langsung.. lepas nyanyi, post, org len pun tgk, org len pun rase nk panggil.. kan..

Btw lejen la performance ajl SAKM yg mcm ditepek tu. Mmg persembahan ajl fevret meols of all time.. sheols perfect mase tu. Kdg terpikir jd slip disc sbb suka buat stunt2 gitu ke ek? Nauzubillah

ADVERTISEMENT


sleepandream Lv.12 16#

Defender | Credits 10875   
org bagi rm1500 tu pun sebenarnya kesian nak bagi nenek ni job... tapi disalahertikan....

redz85 Lv.11 17#

Highlander | Credits 7693   
kerja beberapa jam dapat rm1500 kira ok dari tak de rezeki masuk..

tak perlu tukar baju.. pakai aje baju sesuai.. melalak lah sampai habis show..

make up lah sendiri.. tak yah pakai juru solek.. belajar dari tik tok.. banyak tutorial

cuba bayang kan berapa bungkus nasi lemak nak kena jual untuk dapat rm1500..

dubuk Lv.14 18#

Fighter | Credits 29312   
Quote: muntahijo replied at 28-2-2026 07:51 PM
kembali ke mana?

Kembali kepangkuanku

Purestteam1 Lv.7 19#

Revolutioner | Credits 1246   
semput la dah berumur... banyak makan santan plak..haha

slyfynx Lv.14 20#

Fighter | Credits 22765   
MIgraine x ilang lg ke?
Warna rambut tu untuk hilang sakit kepala jg ke

marvelez Lv.5 21#

Minder | Credits 687   
Dia byak lagu hits. Mana berbaloi rm1.5k tu. Jangan la compare dgan kerja rakyat marhaen

shernazz Lv.17 22#

Superior | Credits 58780   
Iols suka lagu ost susuk tu..
Best sangat

espri6006 Lv.11 23#

Highlander | Credits 9019   
lagu shima yang paling aku suka...Serpihan berkaca dan Sedar. Kalau lah shima "sedar" yang dia sudah mengecapi dunia muzik ni sejak muda dulu, pasti dia akan menutup aurat dengan sempurna seperti rakan2 seangkatanya spt Ella, Noraniza Idris, Shila Amin, namun Shima masih lagi terkesima dengan "serpihan Berkaca" dan bukan pada kilaun emas permata.

Pink_Purple Lv.10 24#

Survivor | Credits 6120   
demand sangat nanti xlaku,cari baitulmal balik

imanjannah Lv.12 25#

Defender | Credits 13643   
Pergilah jauh andai itu yg kau mahu
Tidak ku halang jika benar pilihanmu
Tak guna diracun di benak perasaan
Kelak padahnya menyiksakan

azalia72 Lv.7 26#

Revolutioner | Credits 1612   
Aiyo tgk video lama ni kemain daring pulak penari pompuan tu pakai spentot putih.  

Shima ni suara dia sedap... dulu la. sekarang tak tau
Last Replies
More Gosip Tempatan
1234.. 33Next