|
View: 1553|Reply: 4
|
Polis terima laporan dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, siasatan melibatkan seorang individu berpengaruh yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi media antarabangsa.
“Laporan polis mengenai perkara ini diterima pada 26 Februari lalu dan polis sedang giat melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan dilaksanakan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Khalid, siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.
SUMBER – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg nk jatuh kan kerajaan? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Babi la politician ni..tak menyempat2 ko nak berkuasa..TUNGGU LA NEXT PRU ..BODOO
Mohon jgn jd pencacai mana2 parti yach..takde faedah kat kita yg marhaen ni pun..mana2 yg baik kita puji..yg teruk kita kritik..takde politician yg maksom ye..sekian
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|