CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1678|Reply: 6

Lim Guan Eng didakwa terima beg RM1 juta – Saksi

[Copy link]
Post time 27-2-2026 11:17 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu Lim Guan Eng memang menerima beg mengandungi wang berjumlah RM1 juta walaupun ketika itu memakai seragam Ketua Menteri Pulau Pinang.


Saksi pendakwaan ke-37, ahli perniagaan, Datuk Seri G. Gnanaraja menafikan dakwaan peguam bela Ramkarpal Singh semasa perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut melibatkan Guan Eng.


Ramkarpal: Saya katakan beg itu tidak pernah diserahkan kepada Guan Eng seperti didakwa (Gnanaraja).
Ini kerana, tidak masuk akal untuk beliau selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, pergi ke Publika pada masa yang sibuk iaitu hari Ahad, dengan memakai pakaian seragam Ketua Menteri sambil memegang sebuah beg yang kononnya mengandungi RM1 juta. Ini satu perkara yang tidak pernah berlaku, betul?


Gnanaraja: Memang tak masuk akal, tapi sudah berlaku.


Pada 27 Ogos tahun lalu, Gnanaraja memberitahu mahkamah dia menyerahkan sebuah beg berwarna hitam berisi wang RM1 juta kepada Guan Eng semasa menghantar beliau ke Publika, Hartamas pada 20 Ogos 2017.


Guan Eng kemudian dikatakan telah mengambil beg berkenaan serta menepuk bahu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang ketika itu Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) yang berada di tempat duduk pemandu.


Ramkarpal: Itupun kali pertama awak berjumpa Guan Eng, betul?


Gnanaraja: Betul, saya setuju.


Ramkarpal: Adakah anda bersetuju semasa perjumpaan tersebut Guan Eng (mengikut versi anda) keluar dari kereta dan tiada mana-mana pegawai berjumpa dengan beliau, betul?


Gnanaraja: Betul.


Ramkarpal: Adakah awak tahu ke mana beliau pergi?


Gnanaraja: Saya tidak tahu.


Rampkarpal: Boleh beritahu secara khusus di mana awak berjumpa dengan beliau?


Gnanaraja: Saya tak ingat.


Rampkarpal: Di tempat beli-belah atau di luar?


Gnanaraja: Di luar (pusat beli-belah), di pekarangan jalan raya.


Rampkarpal: Jadi pada masa itu, Zarul (individu dilantik melaksanakan projek tersebut) boleh mengesahkan tiada sesiapa di sana yang bertemu dengan Guan Eng?


Gnanaraja: Betul.


Ramkarpal: Adakah anda bersetuju selepas itu anda tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Guan Eng?


Gnanaraja: Tiada sebarang hubungan.


Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 3 Mac ini.


Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta.


Ia dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.34 juta antara Januari 2011 hingga Ogos 2017, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.


Bagi pertuduhan pindaan kedua pula, Guan Eng didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.


Selain itu, Ahli Parlimen Bagan itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.


SUMBER  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2026 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan beg Kak Mah yang paling mahal..  Macam avatar aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2026 10:32 AM | Show all posts
tebal nya laptop tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2026 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawyer yg jadi saksi pon dorg boleh ayam2kan.. pusing kona itu ini. Sb tu kalau org biasa tau baik diam je. Tak pasal2 kita pulak yg kene
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 09:03 AM | Show all posts
ada kad OKU.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 10:15 AM | Show all posts
Ayooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2026 10:25 AM | Show all posts
Masuk la nyonya... malu apa @Dwdrum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049726 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list