CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1425|Reply: 1

TPM, Ahmad Zahid Hamidi tanggung sepenuhnya pendidikan dua beradik mangsa kebakaran di Raub

[Copy link]
Post time 27-2-2026 11:15 PM | Show all posts |Read mode





RAUB – Dua anak mangsa tragedi kebakaran yang meragut lima nyawa ahli keluarga mereka di Kampung Pamah Kulat di sini, menerima sinar baharu apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengambil mereka sebagai anak angkat serta menanggung sepenuhnya keperluan pendidikan hingga ke peringkat universiti.


Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Megat Zulkarnain Omardin, ketika meninjau lokasi kejadian dan bertemu dua beradik berkenaan di balai raya kampung tersebut selepas solat Jumaat, hari ini.


Menurut beliau, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri diharap dapat menjadi pemangkin semangat buat dua remaja itu untuk meneruskan kehidupan meskipun diuji dengan kehilangan besar.
Dalam lawatan berkenaan, Megat Zulkarnain meluangkan masa bertemu Ruby Adalia Balqis Mohd. Alawi, 19, dan adiknya, Ahmad Balia Murqam, 15, yang terselamat dalam tragedi menyayat hati tersebut kerana berada di asrama dan matrikulasi.


Pertemuan ringkas itu berlangsung dalam suasana penuh emosi apabila beliau menyampaikan kata-kata semangat serta menegaskan komitmen kerajaan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung mereka.


“Musibah ini bukan sahaja menguji keluarga mangsa, malah menyentuh hati seluruh masyarakat. Kita berharap mereka terus kuat menghadapi dugaan ini dan segala bentuk bantuan yang diperlukan akan disalurkan secara berperingkat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi semalam, sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini musnah terbakar sehingga mengorbankan Mohd. Alawi Muhammad, 56, dan isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka, Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10.


SUMBER  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2026 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
The godfather of anak2 yatim..  Berkat doa dorang la yang dapat NFAA tu ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.122856 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list