|
View: 1690|Reply: 6
|
PM rai tujuh hero Tasik Biru, terima sumbangan di Seri Perdana
[Copy link]
|
|
|
PUTRAJAYA – Perdana Menteri menzahirkan penghargaan terhadap keberanian dan pengorbanan tujuh pemuda yang berjaya menyelamatkan seorang ibu dan dua anaknya yang nyaris lemas di Tasik Biru, Kundang di Rawang, Selangor baru-baru ini.
Penghargaan itu dizahirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media dan Pempengaruh di Kompleks Seri Perdana di sini sebentar tadi.
Mereka ialah Mohd. Shahrizal Jarami, 40, Mohamad Fahmi Ismail, 33, Adam Syah Reza Hendri, 19, Mohamad Zulfadhli Mohd. Nasir, 23, Muhammad Aiman Hakimi Mohd. Rosnizam dan Muhammad Nor Haiqal Abd. Karim masing-masing 23 tahun serta Hariz Ismat Ruzaiizan, 26.
Dalam majlis sama, Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada tujuh pemuda tersebut sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kerajaan terhadap jasa mereka.
Beliau turut meluangkan masa selama 15 minit bersama kumpulan pemuda tersebut bagi mendengar sendiri pengalaman dan detik cemas yang dilalui semasa kejadian tersebut.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan jeritan dan tangisan mangsa yang terperangkap dalam kereta terjunam ke dalam Tasik Biru mendorong sekumpulan pemuda bertindak pantas terjun untuk menyelamatkan mangsa.
Dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, wanita berusia lingkungan 40-an bersama dua anak perempuan berusia tiga dan enam tahun berjaya diselamatkan sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.
SUMBER – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow, dpt brp sumbangan? Untung dpt diraikan makan best². Ramai menteri pulak tu. Tp kan msti keluarga yg terselamat trauma dgn kete. Masuk tasik kot. Terbabas agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PMX ni suka meet people in the news in person. Dari ustad Abd Somad, hero muay Thai, hero tamil, sampai lah hero dari kalangan marhaen didendang or not.
btw, tindakan 7 wira ini memang harus dipuji tapi kalau siapa2 nak tiru tu jgn lupa ukur dulu baju dibadan sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pantang maut sebelum ajal. Terperangkap dalam kereta yg jatuh dalam air, ikutkan mmg tipis peluang nak survive. Tp 7 org hero ni dpt bantu keluarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tau sgt how it happened dan mcm mana diorg dapat selamatkan. Apa kaedahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"kita selamat itu worang renang itu hari paip gas meletup..kita bukan hero ka...IC bagi la"???-Pakis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap boleh dijadikan movie..iols suka movie based on true story..very inspiring! |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|