CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1914|Reply: 15

Chegu Bard nyaris maut terlibat kemalangan, cuba elak binatang melintas

[Copy link]
Post time 26-2-2026 04:06 PM | Show all posts |Read mode





REMBAU – Aktivis  politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard nyaris maut selepas terlibat dalam kemalangan gara-gara cuba mengelak binatang di Kilometer 7.3, Jalan Chengkau – Pilin – Lubuk Cina di sini tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika mangsa, Badrul Hisyam Shaharin, 47, memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan dapat perjalanan dari arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau menuju Kampung Lada Chengkau melalui Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba terdapat seekor binatang yang tidak dikenal pasti melintas dari arah sebelah kanan ke kiri. Pemandu cuba mengelak ke kiri namun telah hilang kawalan dan kenderaan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri serta terlanggar tiang jambatan lebuh raya.

“Akibat kejadian, tayar hadapan kiri pecah, rim hadapan kiri rosak, bumper hadapan pecah, bonet hadapan kemek, cermin hadapan pecah, lampu hadapan kiri pecah dan fender hadapan kiri kemek. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Sementara itu, Chegu Bard dalam perkongsian di media sosialnya meluahkan kesyukuran tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berakhirnya kisah “anak gajah” jentera tempur yang pernah beri khidmat dalam banyak aksi massa dan kerja kebajikan selama 13 tahun,” kongsinya.

Sumber :-KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2026 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan puasa byk kes kemalangan dan rumah terbakar.. hati2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2026 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 26-2-2026 10:38 PM

Peringatan dari Allah.  Betol dia betol sebab dedahkan kesalahan orang.  Tapi ada yang merayu mintak dia take down certain2 posting dia.  Ye la kan, aib..  Espesyeli panglime sekor lagi yang ade kes capmelan dalam videocall tu.  Orang2 yang dah didedahkan aib ni siang malam misti berdoa kat tuhan mintak ditutop aib2 dorang tu.

Aku memang penyokong Chegu Bard.  Tapi insiden ni konfem Allah nak bagi dia beringat.  Dalam ghairah mendedahkan aib2 orang, boley jadi orang2 tu dah bertaubat..  Solat tahajud tiap malam sape tau.

Allah masih sayangkan Chegu Bard sebab dia insan yang baek..  Masih diberi nafas untok berkhidmat.  Tapi dalam menslamdunk orang Allah kata berpade2 la..  Jangan hingge zolim.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2026 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Remuk , tapi pemandu tak cedera pun. Bagus nya hilux
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2026 11:16 PM | Show all posts
ragazza replied at 26-2-2026 11:06 PM
Remuk , tapi pemandu tak cedera pun. Bagus nya hilux

Bagus lagi Allah swt.  Kalau orangnya yg remuk spt itu tapi terus bernafas, terbayangkan tak?
However, Syukur Alhamdulillah, masih ada nasib baiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2026 11:35 PM | Show all posts


secara tiba-tiba terdapat seekor binatang yang tidak dikenali


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2026 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 26-2-2026 11:16 PM
Bagus lagi Allah swt.  Kalau orangnya yg remuk spt itu tapi terus bernafas, terbayangkan tak?
Howe ...


Omg ... kenapa ada ayat "Bagus lagi Allah swt"

Bunyi macam judge . Ada tuhan lain yang tak bagus ke

Sorry saya tak bersetuju ayat ni. Allah Maha Pencipta sekelian makhluk. Tkde istilah bagus ke tak ke. Kalau macam tu kes kemalangan maut atau terbakar rentung nak buat ayat macamana pulak ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 09:18 AM | Show all posts
nnt ade lak kata konspirasi madanon haiwan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2026 09:48 AM | Show all posts
Be careful la semua
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 09:49 AM | Show all posts
brila video dashcam sbg bukti..xknla bawa kete bsr xde dashcam
bukn bawa kancil 660cc pn

klu dlm fb,byk dedah video bukti bagai kes lain bole pula
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 09:53 AM | Show all posts
Nape x kenal cikgu bard ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cekgu bard ni dulu pernah nak tangkap pelakon yang menyerupai anwar dalam video china doll tu

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 02:35 PM | Show all posts
ragazza replied at 27-2-2026 06:01 AM
Omg ... kenapa ada ayat "Bagus lagi Allah swt"

Bunyi macam judge . Ada tuhan lain yang tak bagus ...

Jgn cepat salah faham Sdr.  Yg saya maksudkan ialah sebegitu bagus dah Allah berikan sedikit saja imbasan kifarahnya dn jgn berlebihan manusia  bertindak. Allah ada dn Allah sentiasa memerhati.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 04:25 PM | Show all posts
tumpanglalu74:    Edited by tumpanglalu74 at 26-2-2026 10:38 PM  Peringatan dari Allah.  Betol dia betol sebab dedahkan kesalahan orang.  Tapi ada yang merayu mintak  ...


Sapa yg capmelan tu cuolls.. cer bagi tau.. ekekek

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 04:26 PM | Show all posts
kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam..

kalau jalan bukit putus lagi hardcore kalau time camnih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 27-2-2026 04:25 PM
Sapa yg capmelan tu cuolls.. cer bagi tau.. ekekek

Soldadu tuwe manetah..  Bukan yang bini 3 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2026 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054155 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list