CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1377|Reply: 2

Mengaku buang puntung rokok, Pemandu E-Hailing didenda RM500

[Copy link]
Post time 26-2-2026 01:51 PM | Show all posts |Read mode





Langkawi: Seorang pemandu e-hailing didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, tadi, selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, awal Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Faisal Endan, 39, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mirza Mohamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam dan bukannya ke dalam bekas disediakan di Jalan Pantai Chenang, kira-kira jam 2.10 petang pada 1 Januari lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 dan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu, Mohd Azmir Admi yang juga Pembantu Penguat Kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Langkawi, menjalankan operasi penguatkuasaan sampah kecil di kawasan terbabit ketika kejadian.

Pasukan operasi kemudian melihat tertuduh dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan awam sebelum satu laporan aduan dibuat terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SWCorp, Muhamad Shukor Bakar dan Muhammad Syarihul Mohd Dzahir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal termasuk perintah khidmat masyarakat sebagai pengajaran kepada orang ramai agar tidak membuang sampah sesuka hati.

Dalam rayuannya, tertuduh yang menetap di Kuala Lumpur memohon hukuman ringan atas alasan bekerja sendiri serta menyesal dan berjanji tidak mengulangi perbuatannya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM500 atau penjara dua minggu jika gagal membayar.

Tertuduh membayar denda berkenaan di kaunter Kompleks Mahkamah Langkawi.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2026 06:01 PM | Show all posts
Belajar dr kesilapan dik..jgn dimaki pulak penguasa yg buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2026 11:31 PM | Show all posts
Kene ada jurubahasa tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2026 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055524 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list