CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 997|Reply: 7

Fasha Sandha Reda Keguguran, Anggap Belum Rezeki Timang Cahaya Mata

[Copy link]
Post time 26-2-2026 01:40 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Fasha Sandha berkata dia reda apabila sekali lagi diuji mengalami keguguran baru-baru ini.

Memetik Astro Gempak, Fasha berkata kehamilan tersebut sebenarnya tidak dirancang kerana dia dan suami, Aidil Aziz sibuk dengan komitmen kerja.

Malah, sebaik saja mengetahui dirinya hamil dia dan suami turut tertanya-tanya adakah kandungan tersebut dalam keadaan baik berikutan sejarah keguguran.

“Untuk kehamilan kali ini, kami memang tidak merancang kerana saya dan Aidil masing-masing sedang sibuk dengan projek drama. Segalanya berlaku tanpa dirancang.

“Ketika saya dan suami tahu tentang kehamilan ini, kami pun tertanya-tanya sama ada kandungan ini akan okay atau tidak? Kerana sebelum ini, saya sudah beberapa kali mengalami keguguran.

“Saya pun kata dengan suami, kita jangan terlalu meletakkan harapan. Saya juga sedang sibuk dan kita memang tidak bersedia dengan kehamilan ini.

“Kami pun tidak terlalu menunjuk keterujaan itu atau berkongsi di media sosial. Hanya keluarga sahaja yang tahu,” katanya

Sementara itu, Fasha menyedari dirinya berbadan dua ketika usia kandungan sembilan minggu dan ketika itu degupan jantung bayi masih namun pada minggu berikutnya degupan sudah tiada.

“Ketika saya sedar yang diri saya hamil, usia kandungan itu sudah pun sembilan minggu dan ada degupan jantung. Namun, pada minggu berikutnya pula, degupan jantung itu sudah tiada lagi.

Sumber : Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2026 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..dah 8w mmg boleh dengar dah heartbeat baby..risiko jugak yaa pregnant lewat mcm ni.. FS & AA try nak dapatkan baby boy ka? Kalau gitu mmg kena plan betul2 laaa.. FS buat d&c laa kn sbb 9W makan ubat ni mmg emosi xstabil nk tgu keluar.. kadang xkelaur habis pun darah tu..kena p scan pulak nk check.. moga masih ada rezeki utk next baby
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2026 07:20 PM | Show all posts


kalau tau nak peknen ambil lah cuti, jgn kerja back to back
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 12:55 AM | Show all posts
“Saya pun kata dengan suami, kita jangan terlalu meletakkan harapan. Saya juga sedang sibuk dan kita memang tidak bersedia dengan kehamilan ini.

Haa apa punya pemikiran? Tuhan dah bagi boleh pula ckp tak bersedia. Patutla diambil balik. Padan muka!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 27-2-2026 12:55 AM
“Saya pun kata dengan suami, kita jangan terlalu meletakkan harapan. Saya juga sedang sibuk dan kit ...

Tak cukup duit kot...banyak commitment...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 10:01 AM | Show all posts
faktor usia kot susah lekat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2026 01:29 PM | Show all posts
Dia ni dah berapa kali keguguran kan? Lasak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 27-2-2026 12:55 AM
“Saya pun kata dengan suami, kita jangan terlalu meletakkan harapan. Saya juga sedang sibuk dan kit ...

Tulah kan. Dia ni mmg  lawa tapi bimbo, apa keluar dari mulut dia semua statement makan diri. Maybe jenis tak pandai susun ayat, dan tak berpikir sebelum cakap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2026 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038348 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list