CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1190|Reply: 7

Bukan kejar jawatan presiden, Didie Alias bantu ikhlas daripada hati... “Saya pernah susah, tak mahu orang lain lalui nasib sama”

[Copy link]
Post time 26-2-2026 10:57 AM | Show all posts |Read mode





PELAKON Didie Alias tampil memberi respons terhadap pujian netizen yang menyifatkannya sebagai antara individu terawal tampil menghulurkan bantuan dan sokongan kepada rakan artis yang berdepan kesusahan.

Didie atau Nur Fadzilah Ali, 55, berkata tindakannya itu bukanlah sesuatu yang luar biasa, sebaliknya lahir daripada pengalaman hidupnya sendiri yang pernah melalui detik sukar tanpa bantuan sesiapa.

"Saya pernah alami perkara sama (kesusahan) tapi masa itu saya tunggu hingga tiada orang datang bantu.

"Waktu itu saya dah rasa agak sukar untuk dapatkan sumbangan dan bantuan. Saya cuba untuk buat orang lain tidak alami nasib yang sama seperti saya.

"Saya cuba ringankan beban semua walaupun saya bukanlah kaya. Sekadar membantu bagi kelangsungan hidup mereka," katanya ketika dihubungi mStar.






Di sebalik keprihatinannya yang konsisten terhadap kebajikan rakan-rakan industri seni, ada segelintir pihak mencadangkan agar Didie dilantik sebagai presiden persatuan artis.

Bagaimanapun, Didie menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk memegang sebarang jawatan kerana baginya apa yang dilakukan adalah tanggungjawab bersama dan bukannya platform untuk meraih kedudukan.

"Saya rasa tak perlu jawatan-jawatan itu semua sebab ini dah memang tanggungjawab kita. Saya datang membantu bukan nak berlawan dengan sesiapa untuk jawatan presiden dan sebagainya.

"Itu bukan saya. Pada saya kalau tiada orang membantu pun, saya boleh buat seorang diri. Saya ada cara sendiri untuk ikhtiar bagaimana nak cari bantuan.

"Kalau ada yang tak suka cara saya itu terpulang kepada mereka. Saya bukan nak menunjuk, apa yang saya lakukan ini semuanya seikhlas hati," ujarnya.

Mengulas lanjut, Didie berkata segala usaha yang dilakukan hanyalah demi mencari keberkatan dan bekalan akhirat.

Malah, pelakon drama Seribu Tahun itu tidak pernah mengharapkan balasan dalam bentuk wang ringgit.

"Mungkin asbab pertolongan ini semua dapatlah saya sedikit pahala untuk akhirat nanti. Saya pun tak tahu bila waktu saya pula.

"Kalau saya sakit ada ke yang nak tengok saya? Saya bukan mahu balasan orang hantar duit tetapi cukuplah sekadar ada yang menziarahi saya nanti," katanya.

Sebelum ini, Didie sering dilihat komited dalam membantu rakan seperjuangan yang ditimpa musibah.





Terbaharu tindakan Didie yang hadir menemani Amyza Aznan di hospital ketika pelakon itu diuji dengan pemergian anaknya, Andre Mikhail pada Isnin mendapat perhatian ramai.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat sokongan yang diberikan Didie dan menyifatkannya sebagai seorang sahabat yang setia serta berhati mulia.

Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2026 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka Acik Didie ni, baik betul dan disenangi dalam kalangan retis. Semoga yg baik-baik jugak utk Acik Didie
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 06:56 AM | Show all posts
Salute mami Didie....ada ja orang2 yg membantu mcm mami Didie cuma memilih xguna media sosial ja untuk tunjuk....moga sifat mami Didie jadi contoh buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 09:01 AM | Show all posts
Dia ni mmg dari dulu suka tolong org. If jd presiden lepas ni mmg ok je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 09:37 AM | Show all posts
Kalau tgk artis2 yg kurang sihat or meninggal dunia, Didie Alias mesti ada. Yang baik2 je dengar pasal Didie ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2026 10:11 AM | Show all posts
Respect ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2026 09:44 PM | Show all posts
Semoga yg baik2 datang berbalik pd acik didie..

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2026 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Didie istiqomah dalam membantu orang yg ditimpa musibah.
Betul...bila ada pengalaman hidup susah dan perit dan kemudiannya stabil (walaupun tak kaya), mmg ada manusia yg akan terbuka hati utk bantu org lain sebab tak mahu org lain rasa perit tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037832 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list