CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3485|Reply: 39

“Saya Diberi Arahan Tegur Iddin” – Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Masa Doa

[Copy link]
Post time 25-2-2026 03:58 PM | Show all posts |Read mode





Sejak semalam tular video memaparkan cef selebriti, Chef Wan mencuit pendakwah selebriti, Iddin Ramli ketika bersiaran langsung di sebuah program televisyen.

Tampil menjelaskan perkara itu, Chef Wan berkata dia menerima arahan daripada pengurus lantai (floor manager) supaya menegur Iddin yang ketika itu sedang membaca doa terlalu panjang.






Menurut Chef Wan ketika itu azan bakal berkemundang dan dia berpendapat mungkin itu merupakan pertama kali Iddin ke rancangan siaran langsung.

“Iddin disuruh baca doa sebelum azan berkumandang dan untuk kita berbuka puasa. Hos ada bertanya, doa yang dibaca panjang atau pendek sebab sudah nak azan.

“Saya rasa selepas itu Iddin ada kata dia tak perasan sebab pertama kali datang ke program siaran langsung. Dia pun baca doa yang berjela panjangnya, matanya pun tertutup.

“Di hadapan kami, floor manager dan kru produksi dah bagi isyarat berkali-kali untuk wrap up. Iddin tak nampak.

“Saya diberi arahan oleh floor manager untuk tegur Iddin wrap up doanya. Jadi, saya takut sama ada nak beritahu dia atau tidak, risau nanti viral pula. Nanti saya pula yang disalahkan.

“Akhirnya saya cuit juga kerana floor manager dan pengarah semua sudah tidak sabar lagi. Saya cuit dia dan terbukalah matanya,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan berkata perlu peka dengan masa lebih-lebih lagi dalam program siaran langsung tambahan pula melibatkan waktu azan dan berbuka puasa.

“Selalunya bila kita buat program siaran langsung, kena prihatin dengan masa..tak boleh lebih. Apa lagi waktu azan dan masa orang nak berbuka puasa.

“Satu Malaysia menunggu waktu berbuka ketika itu. Azan tidak boleh lewat, program itu juga tidak boleh dipanjangkan masanya. Ya, doa yang panjang tidak boleh kerana sudah nak masuk waktu azan dan ia juga adalah program siaran langsung,” katanya.

Bagaimanapun, Chef Wan berkongsikan ianya pengalaman menarik dapat bersiaran langsung di program berkenaan.


Sumber : Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2026 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah ustaz iddin sebab tak peka
Betul lah satu Msia tunggu azan nak berbuka.
Jenuh tertunggu².
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 04:15 PM | Show all posts
mengekek i tengok hari tu..
over sangat doa nya pun..
agak-agak la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye betul bab azan ni jgn buat main.. abis kne menjawab smua yg kt situ nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mamat ni bkn ade isu skem gak ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 04:25 PM | Show all posts
sejenis syok sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2026 04:26 PM | Show all posts
tv director tu tak check ke doa yg ustaz nak baca?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Common sense ustaz ni kurang..kat rumah pun masa berbuka dia doa panjang macam ni ke? Lupa terus nak makan. Doa panjang2 ni buat masa bersendirian je ustaz..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz ckp dia doa 2 minit je. Tak salah pun doa 2 minit tu tp tgk keadaan juga. Waktu biasa org tgh lapar pun nabi suruh makan dulu baru solat. Bygkan kepentingan berbuka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan kenmamat yg ada kena mengena dgn scammer laki bini tu? Dia pun semcm. Org yg sama kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah chef wan awal2 dah jelaskan pasal ni kat ig hari yg sama lepas dia live tu
Masa tu dia risau gak dan rasa bersalah kalau cuit masalahnya dpn dia FM dah bergulung2 dh tgn

Aku tgk gak live ni sbb mmg hari2 akan buka rancangan ni sementara nk tunggu azan.
Siap sama2 angkat tgn gak aminkan doa.
Dia baca doa dah mcm bercerita dah tu pejam mata plak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 25-2-2026 04:42 PM
Ni bukan kenmamat yg ada kena mengena dgn scammer laki bini tu? Dia pun semcm. Org yg sama kan?

Ya dia laa tuh
Aku kan serba salah je nak aminkan doa dia sbb teringat kes tu huhu tp aku abaikan jelaa
Btw sblm ni tak penah kenal dia gara2 dulu dia bertekak ngn PW tu aku kenal


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 25-2-2026 06:02 PM
Lah chef wan awal2 dah jelaskan pasal ni kat ig hari yg sama lepas dia live tu
Masa tu dia risau gak ...

Doa dia sikit lagi nak jadi mcm bersajak. Tu doa mcm personal dia bkn mana² standard dia dlm surah apa² kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang perasan doa nya macam ala2 ebit liew. Tone suara pon ala2 juga
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
vender replied at 25-2-2026 04:29 PM
Ustaz ckp dia doa 2 minit je. Tak salah pun doa 2 minit tu tp tgk keadaan juga. Waktu biasa org tgh  ...

Mmg kena mkn dulu baru doa.. sbb lakusumtu tu past tense.. benda dh jadi.. ni spesies lewatkn berbuka kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara dia berdoa macam bibird lew..  Betul ke dia ni ostaz? Meols ingat sekadar influencer agama je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2026 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
iddin ramli ni siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Chah21 replied at 25-2-2026 08:34 PM
Mmg kena mkn dulu baru doa.. sbb lakusumtu tu past tense.. benda dh jadi.. ni spesies lewatkn berb ...

Betul3. Mesti stress siapa yg berbuka dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org ckp, pi konsert 2 jam boleh tahan, doa 2 minit dah menggelupur..speechless iols dgn pemikiran diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz pon baca doa nak berbuka mcm baca doa penutup solat taubat. Agak2 jugak la kena tgk waktu, tempat dan keadaan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2026 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.522701 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list