CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11909|Reply: 94

Aktivis, Arun Dorasamy persoal adakah kerajaan akan berlembut jika surau dirosakkan

[Copy link]
Post time 25-2-2026 10:27 AM | Show all posts |Read mode





Aktivis Arun Dorasamy mempersoalkan amalan "dwi standard" pihak berkuasa dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang cuba merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran, sambil menyoal adakah tindakan serupa akan diambil jika ia melibatkan masjid atau surau.

Arun turut mempersoalkan mengapa individu yang mendakwa dirinya sebagai aktivis, Tamim Dahri, yang cuba merobohkan sebuah kuil Hindu di Rawang Perdana pada 11 Februari lalu, "terlepas begitu sahaja" manakala ahli jawatankuasa kuil pula berdepan ancaman pengusiran dan pertuduhan menceroboh.

“Jika kita terbalikkan senario ini, fikirkanlah... Jika isu ini berlaku kepada surau atau masjid, adakah situasinya akan jadi begini?

“Jadi, kita semua berhak untuk marah dan kecewa. Namun kita masih menunggu penyelesaian dengan tenang,” kata Arun kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

‘Langsung tidak boleh diterima’


Tamim dan tiga individu lain ditangkap pada 11 Februari selepas merosakkan kuil tersebut, namun dibebaskan sehari kemudian selepas Mahkamah Tinggi membatalkan perintah reman selama dua hari.

Kuil itu dikatakan berada di atas tanah persendirian milik Yayasan Kubra, dan yayasan tersebut didakwa mengupah Tamim untuk merobohkan rumah ibadat berkenaan.

Arun, yang mewakili NGO Pasukan Bertindak Pemeliharaan Kuil (Tepat), bercakap kepada media selepas menemani R Ahrindran, ketua jawatankuasa kuil terlsebut, untuk membuat laporan polis terhadap pihak berkuasa.

Ketua jawatankuasa kuil itu mendakwa seorang pegawai polis dari Gombak telah mengancam untuk mendakwanya di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh jika kuil tersebut gagal dikosongkan menjelang 23 Februari.

Di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, hukuman bagi pencerobohan termasuk penjara maksimum enam bulan, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

Arun menyifatkan ancaman sedemikian oleh pihak polis sebagai "langsung tidak boleh diterima" dan menyatakan bahawa ia menetapkan preseden yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dalam pertikaian tanah melibatkan rumah ibadat.

Arun juga menegaskan bahawa mereka berharap untuk menyelesaikan perkara itu secara baik, namun bersedia untuk ke mahkamah jika keadaan meruncing.

Dia mengingatkan bahawa kuil tersebut telah wujud sejak tahun 1990-an dan berkata mereka bersedia untuk menunjukkan bukti di mahkamah mengenai kewujudan kuil itu sebelum pertikaian bermula.





'Buli dan intimidasi'

Secara berasingan, menyentuh mengenai ancaman pertuduhan menceroboh, peguam Rajesh Nagarajan menegaskan bahawa dari sudut undang-undang, isu ini harus dilihat sebagai pertikaian antara pihak persendirian, dan polis tidak mempunyai kuasa untuk membuat ancaman sedemikian.

Dia menggesa pihak berkuasa dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyiasat perkara itu dan berkata tindakan serupa turut diambil terhadap pengerusi sebuah kuil Hindu di Dengkil minggu lalu.

Rajesh mengingatkan bahawa pemilik tanah secara sah wajib mendapatkan writ milikan jika mereka berhasrat untuk mengusir Ahrindran dan kuil tersebut, sambil menyifatkan taktik polis sebagai satu bentuk buli, intimidasi, dan "sama sekali tidak sah".

Selain itu, peguam Sachpreet Singh memberi amaran kepada ahli politik agar tidak mengeluarkan kenyataan yang berpotensi mencetuskan kebencian kaum, sambil menyifatkan tindakan Tamim sebagai "bahaya kepada masyarakat berbilang kaum kita".

“Ini bukan cara isu agama harus diselesaikan di Malaysia. Kita mengamalkan toleransi. Kita tidak mengambil tindakan sendiri. Ahli politik kita, dan terutamanya perdana menteri, mempunyai peranan dalam kenyataan yang mereka keluarkan.

“Mereka mesti sangat berhati-hati dalam menangani isu sebegini. Mereka harus mendekati perkara ini dengan minda untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mewujudkan permusuhan lanjut antara kaum.

“Tindakan mesti diambil terhadap Tamim. Dia tidak boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.

Pada 13 Februari, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata bagi rumah ibadat tanpa kebenaran yang dibina di atas tanah milik persendirian, proses sedia ada memerlukan pemilik tanah melantik peguam dan mendapatkan perintah mahkamah sebelum sebarang pengusiran atau perobohan boleh dilakukan.

Mengambil kira faktor keselamatan, Amirudin berkata Majlis Keselamatan Selangor memutuskan bahawa pemilik tanah yang mendapati berlaku pencerobohan, termasuk pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan, mesti membuat laporan polis.

Amirudin berkata pemilik tanah juga mesti mengeluarkan notis kepada pihak yang menceroboh dan memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada pejabat daerah.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan orang ramai bahawa mereka bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing asalkan ia mengikut lunas undang-undang.

Anwar memetik kes sebuah surau di Perak yang telah dirobohkan kerana gagal mematuhi peraturan.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa kumpulan vigilante tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri dan hanya pihak berkuasa yang boleh merobohkan bangunan.





Sumber : Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2026 10:29 AM | Show all posts
bila bodo pergi sekolah....surau ada geran tanah...kuil duk kat tanah org...

BAAAANYAAAAKKKK beza nya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 10:38 AM | Show all posts
dia ni makin merepek2..kuil tu da selamat diroboh ikut undang2 pun. berhala pun pun dorang tak pecahkan, dialih elok2..pemilik kuil pun dah move brg2

sebenarnya org2 kuil tu ada yg dah siap2 nak move barang2 dorang, NGO2 gila cari duit tepi ni sibuk menghasut. hujung2 habuk pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
surau atau masjid ada geran tanah hakmilik... bukan pacak atas tanah org

ni nak tegak benang basah ... play victim

susah cakap/deal dgn org camni... dia punya twist cakap dia jer betol...

skrg ni, byk kuil2 hindu  dibina atas tanah org lain... nak rampas tanah org gak... suh beli tanah taknak
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 10:44 AM | Show all posts
memang style dorang camtu, guna cara psychology untuk gaslight dan takut-takutkan kita

dalam forum ni pon dorang cuba takut-takutkan kita kunun2 kalau kita kacau kuil haram, kita akan kena belasah, kena ganggu hantu etc

ada la beberapa kerat orang melayu yang sangkut/terpedaya, biasa nya yang jenis bodo2 alang la
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa muslim redho saja if built structure di tempat yang salah ... Maybe hindu believers percaya if demolish temple boleh roboh kan gods and goddesses home depa...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2026 11:06 AM | Show all posts
makin naik tocang.. lepas tu acah playvictim dan main isu robohkan rumah agama. tapi dalam masa sama dok pacak lagi yg baru atas tanah ceroboh.terang2 jenayah dan boleh burukkan nama negara kalau media luar twist kejadian sebenar...

bahaya dorang ni patut kena tangkap dah lama sebelum isu jadi lagi besar
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:08 AM | Show all posts
ni dulu2 org tua2 dulu pernah ckp...klu jumpa depa ni dgn ular...jgn bunuh ular dulu..
dulu2 x fahamm..skrg mmg sgt2 faham...

udah atas tanah org...apa ke cerdik benor....
surau pun klu duk atas tanah org...mmg tetap kena roboh jua...

tp biasanya muslim klu tanah dia org bina masjid...depa dah siap2 wakafkan dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2026 11:08 AM | Show all posts
https://www.youtube.com/watch?v=wS0NhLfVJQ0



patut kaum hindu buat sekolah agama hindu , wajibkan anak2 dorg belajar kitab balik lar
ni rata2 datang dari kasta yang diharamkan pegang kitab sendiri tu yang jadi cmni,
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:20 AM | Show all posts
Jadi ja lah negara secular lagi aman.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:25 AM | Show all posts
klu dulu2 mcm ni pny statement, tak lama dah rasanya dia ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:25 AM | Show all posts
Arun ni masa kecik2 banyak makan taik rasanya. Bodoh dia tu pekat, tak campur air langsung. Surau kalau orang Islam bina semberono, pastu kena roboh dek PBT pon takleh buat apa, redhoooo je la sebab dirikan atas tanah yg bukan hak kita. Inikan korang keling dah terang2 pacak kuil atas tanah orang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:41 AM | Show all posts
Bukan ke geng2 lawyer yg expose Arun ni lawyer haram tak authorize amik case sbb tak register kat Bar council?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 11:52 AM | Show all posts
Tempat ibadat tu bina di atas tanah yang sah ada hak.

Amende ibadat nak dibuat kalau tapaknye pun haram.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat saya ada je surau kena roboh. Sebab atas tanah wakaf , tapi location tak sesuai. Skrg tempat tu dah jadi jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 12:17 PM | Show all posts
bodoh tu simpan sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2026 12:19 PM | Show all posts
pelik sungguh kenapa masih tak kena tangkap siasatan 3R, skmm..bebas bethol dia berkata kata..yihh
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 12:23 PM | Show all posts
dia tak pernah check ke ada je surau/masjid kena roboh..
plus, pernah ke dia jumpa surau/masjid main pacak?
ingat bina surau/masjid tu macam dia lilit kain terus jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 12:35 PM | Show all posts
geng2 liberal or etis sapot x kuil haram ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2026 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
negara ni majoriti org Islam..majoriti melayu Islam.  kalau berani buatlah mcm2..nnti dgn ko sekali 'disappeared'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.084708 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list