CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 51271|Reply: 2

Kenapa isteri terima bahagian faraid paling kecil?

[Copy link]
Post time 19-2-2026 12:08 AM | Show all posts |Read mode





Hidup bersama suami selama puluhan tahun, berkongsi susah senang membina keluarga, namun apabila pasangan meninggal dunia isteri hanya menerima bahagian faraid paling kecil.


Dalam keadaan suami meninggalkan anak, isteri menerima satu perlapan (1/8) daripada keseluruhan harta pusaka yang ditinggalkan.


Situasi ini bukan sahaja mengejutkan ramai balu, malah terus menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat tentang keadilan pembahagian harta pusaka.


Hakikatnya, pembahagian tersebut bukan dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya berpaksikan hukum Islam yang menetapkan peranan dan tanggungjawab berbeza antara lelaki dan wanita, khususnya dalam soal nafkah serta kebajikan anak-anak selepas kematian ketua keluarga.


Perunding pewarisan harta Islam, Mohamad Izat Izham Mohd. Zawawi berkata, perkara itu berpunca daripada pembahagian tanggungjawab nafkah dalam Islam.


“Bahagian faraid yang diterima isteri adalah 100 peratus untuk kegunaan isteri sendiri kerana wanita tidak dipertanggungjawabkan menyara anak-anak selepas kematian suami,” katanya kepada Muslimah.


Sebaliknya, tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak terletak kepada wali arwah suami, kebiasaannya bapa arwah atau saudara lelaki sebelah suami.


Bagaimanapun, beliau mengakui realiti hari ini menunjukkan tidak semua waris melaksanakan tanggungjawab tersebut.


“Ada yang tampil menuntut bahagian faraid masing-masing, tetapi soal kebajikan anak-anak pula diabaikan. Banyak kes seperti ini berlaku,” katanya.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan para suami supaya membuat perancangan awal demi memastikan kebajikan isteri dan anak-anak terjamin sekiranya berlaku kematian.


Antara langkah yang disarankan ialah menyediakan hibah takaful kerana wang hibah tersebut tidak tertakluk kepada pembahagian faraid dan akan terus dimasukkan ke akaun penerima yang dinamakan.


Selain itu, bagi yang mempunyai harta atau aset juga digalakkan menyediakan hibah harta kepada individu yang dikehendaki seperti isteri dan anak-anak.


“Harta yang telah dihibahkan semasa hidup tidak lagi dikira sebagai pusaka dan tidak perlu diagihkan mengikut faraid kerana ia sudah sah berpindah milik,” katanya.


Tambahnya, perancangan awal amat penting bagi mengelakkan konflik keluarga serta memastikan masa depan isteri dan anak-anak lebih terpelihara, tanpa bergantung sepenuhnya kepada ihsan waris lain.


Sumber -Muslimah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2026 02:43 PM | Show all posts
patutnya kita jgn persoal benda mcm ni. dah tertulis perempuan akan dpt sikit dari lelaki. itu Allah dah tetapkan. kalo persoal lagi nmpk mcm kita ni yg x percaya dgn keputusan allah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 01:58 PM | Show all posts
sephiroth761 replied at 28-2-2026 02:43 PM
patutnya kita jgn persoal benda mcm ni. dah tertulis perempuan akan dpt sikit dari lelaki. itu Allah ...

Kau register username baru ke seph?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.113020 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list