CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 58345|Reply: 0

[Pulau Pinang] Terpaksa sambut Tahun Baharu Cina dalam penjara selepas gagal bayar jaminan RM10,000

[Copy link]
Post time 16-2-2026 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Terpaksa sambut Tahun Baharu Cina dalam penjara selepas gagal bayar jaminan RM10,000

Nur Izzati Mohamad[email protected]





GAMBAR HIASAN




Butterworth: Dua lelaki berdepan pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan membakar sebuah kereta milik seorang wanita bulan lalu terpaksa menyambut Tahun Baharu Cina di dalam penjara selepas masing-masing gagal membayar jaminan RM10,000 yang ditetapkan.

Terdahulu, tertuduh, Loo Choon Hwa, 37, dan Liew Kuo Seng, 47, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini ketika kertas pertuduhan dibacakan terhadap mereka berdua di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan khianat menggunakan bahan api petrol dengan niat mengakibatkan kebinasaan iaitu dengan cara membakar sebuah kereta jenis Proton X70 bernombor pendaftaran PPW 926.

Susulan perbuatan itu mengakibatkan seorang wanita berusia 51 tahun yang juga pemilik kenderaan terbabit mengalami kerugian RM100,000.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan di alamat 26, Medan Muhibbah, Taman Alma, Bukit Mertajam dalam daerah Seberang Perai Tengah, kira-kira jam 5 pagi, pada 17 Januari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadhirah Abdul Rahim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, Nadhirah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh, namun tertuduh merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula dan lantikan peguam.

Kedua-dua tertuduh kemudian dibawa ke penjara selepas didapati gagal membayar jaminan terbabit.

Difahamkan, dua lelaki itu adalah ahli sindiket Along yang berpangkalan di Singapura.



Disiarkan pada: Februari 16, 2026 @ 2:10pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323480/terpaksa-sambut-tahun-baharu-cina-dalam-penjara-selepas-gagal-bayar-jaminan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.176683 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list