Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287428   





Penyanyi dan pelakon Erra Fazira berkongsikan anak perempuannya, Engku Aleesya menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang psikiatri.

Memetik mStar Online, Erra berkata Aleesya kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat A Level di sebuah kolej.

Menurut Erra, anaknya dilihat seorang yang pendiam namun gemar memerhati karakter orang sekeliling dan baginya bidang tersebut sesuai dengan Aleesya.

“InsyaAllah tahun depan baru kami buat keputusan sama ada dia akan melanjutkan pelajaran di luar negara atau dalam negara saja.

“Cita-cita Aleesya nak jadi psikiatri kerana dia minat membaca. Saya rasa kenapa dia minat bidang ini adalah Aleesya seorang pemerhati.

“Dari dulu dia memang diam tapi memerhati karakter orang lain. Tiba-tiba dia nak pilih bidang psikiatri ini saya rasa memang sesuai dengan dirinya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kehidupannya sebagai anak selebriti terkenal, Erra berkata Aleesya pernah rasa kurang selesa dikaitkan dengan populariti namun kini anaknya lebih matang.

“Saya tahu kadang-kadang reaksinya tidak selesa bila orang selalu mengaitkannya dengan ‘Erra Fazira’. Saya tahu dia pernah melalui fasa tidak selesa tapi sekarang dia lebih terbuka dan matang. Sekarang tak rasa kekok jika berada di khalayak ramai. Dia dah boleh handle situasi itu,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya
32.8K Views
35 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


KamikuP Lv.12 2#

Defender | Credits 11675   
Moga berjaya dekk

marchikobonzo Lv.11 3#

Highlander | Credits 9649   
All the best!!

babelina Lv.10 4#

Survivor | Credits 5156   
Moga berjaya mencapai impian Aleesya..amin yra..
Follow Us

borrow Lv.12 5#

Defender | Credits 14819   
Siapa ada beli buka alisya ni? Neway ai think  klo jd pakar kanak2 pun ok. Terbang tinggi dik!

prince_marhaen Lv.11 6#

Highlander | Credits 8639   
Meols terkejut dia berani, nak & sanggup keluar berlakon cameo jadi Erra/Wati dalam konsert Sembilu dengan anak Awie & surprisingly anak Ziana yang dia simpan rapat tu... nampak macam ada bakat natural juga walaupun kayu2....tapi serious semua muka sama dengan mak/pak masing2...esp anak Ziana tu..

Incanto Lv.17 7#

Superior | Credits 54026   
Semoga berjaya capai cita cita

ADVERTISEMENT


lasagna Lv.12 8#

Defender | Credits 13818   
Quote: prince_marhaen replied at 10-2-2026 09:14 AM
Meols terkejut dia berani, nak & sanggup keluar berlakon cameo jadi Erra/Wati dalam konsert Sembilu  ...

jer btul, tp mlm tu Aleesya pya debor kita mana nak tau..
masa dia kayuh beskal, crowd dah mula riuh (trmasuk iols).
dia tetap kayuh smp ke depan, muka dia ada cuak juga,
smp laa si Merrah start script bercakap.
baru dia rilex and start acting..
cuma si Kaseh jer laa tak berapa nk brckp mlm tu sgt,
tp persis kakGee sungguh dgn rambut gitu.

BungaKencana Lv.12 9#

Defender | Credits 10008   
Quote: lasagna replied at 10-2-2026 09:48 AM
jer btul, tp mlm tu Aleesya pya debor kita mana nak tau..
masa dia kayuh beskal, crowd dah mula ri ...

iols tak blh move on lg dgn sembilu... suara dorang mmg padu betul, kak gee punya tarik smpai melentik badan, yg ktorg kt atas da skt tekak kekejap mnom air hahahah

prince_marhaen Lv.11 10#

Highlander | Credits 8639   
Quote: lasagna replied at 9-2-2026 03:48 PM
jer btul, tp mlm tu Aleesya pya debor kita mana nak tau..
masa dia kayuh beskal, crowd dah mula ri ...

Kaseh skrip dia sebaris je.... "Aku Ziana!"  terus tok selam cutttt? haha

lasagna Lv.12 11#

Defender | Credits 13818   
Quote: BungaKencana replied at 10-2-2026 10:17 AM
iols tak blh move on lg dgn sembilu... suara dorang mmg padu betul, kak gee punya tarik smpai mele ...

sama ler kita.. dah hari selasa pun xleh move on lagik..
3-3 artis mmg paduuu!! erra nananera pun confident.
awie plak fuhhhhh brgegar axiata nyanyi sma,
kGee jgn ckp mmg manjang padu menarik

lasagna Lv.12 12#

Defender | Credits 13818   
Quote: prince_marhaen replied at 10-2-2026 11:24 AM
Kaseh skrip dia sebaris je.... "Aku Ziana!"  terus tok selam cutttt? haha

hahhaha.. yer laa tok sop plak tetiba masuk.
xpe toksop ckp kalau bleh berlakon bleh laa buat Sembilu 3.

cm_vungtau Lv.12 13#

Defender | Credits 13206   
Naper sawie boleh dapat dato tapi Erra tak boleh? Siti pun dapat Dato. Erra Miss Malaysia World kot. And juga primadona filem melayu. Apa dato kena penyanyi aje ke?

sharlenetexas Lv.19 14#

Emperor | Credits 95551   
Katyana anak meor (suami sofea jane) jadi child psychologist.


aerara39 Lv.4 15#

Keeper | Credits 512   
Erra ni macam salah faham je, kalau based on ayah Aleesya, Engku Emran, anaknya suka psychology bukan psychiatry. Btw Erra, please hantar Aleesya study overseas kat UK ke Aussie ke, Canada ke, dia pandai kot dan masa live tiktok Ramadhan yg 1 keluarga this year, Aleesya cakap dia rindu Oxford, dia rindu masa dia buat short course kat Oxford last year, maknanya dia ada semangat nak study luar negara tu. Kalian berduit kot and she's the only child, bagi lah anak study tempat bagus2, bukan senang nak dapat anak artis cerdik betul ni, dahlah aleesya ni mmg British education, sayang betul kalau tak fly luar negara untuk degree.

ADVERTISEMENT


emera Lv.14 16#

Fighter | Credits 22003   
Dia nk jd psychiatrist, kena ambik medic dulu laa maknanya. Kalau x, cemana nk prescribe medication.

pujanggacinta Lv.8 17#

Honour | Credits 2597   
rasanya jurusan psychology kot
kalu psychiatrist mmg kena belajar medic
baru specialize dlm psychiatrist

hmmlantakko Lv.7 18#

Revolutioner | Credits 1330   
dah maknya pun spm je kannn… dimaafkan lah if tertukar psychology dgn psychiatrist.. hmmmmmm

makadek Lv.12 19#

Defender | Credits 12779   
tak bestla bidang tu

aerara39 Lv.4 20#

Keeper | Credits 512   
Quote: pujanggacinta replied at 8-5-2026 07:04 PM
rasanya jurusan psychology kot
kalu psychiatrist mmg kena belajar medic
baru specialize dlm psychia ...

Mmg bukan psychiatrist pun cita2 anaknya, Aleesya cakap dia taknak amik medic pun. Erra yg memandai cakap psychiatrist, dia ingt psychiatrist tu ada direct degree agaknya. Erra ni mmg tak tahu banyak pasal education anaknya, masa live hari tu pun dia tak tahu Aleesya ada 2 big exam this year. Nasiblah bapak Aleesya mmg educated dan care soal education ni. What to expect kan, lulusan spm je, luckily genetic bijak anak dpt dr bapaknya.
12Next