Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

batman76 Lv.1

Fav
Beginner | Credits 25   
Edited by batman76 at 5-2-2026 02:50 PM

saya tau menyambut valentine day ni mmg haram tapi kalau mempromosikan menu valentine day ni apa hukum ye? bknnya haram jugak ke? lagi sekali dari gentlemanscodes ni yang diterajui oleh mamat raja izz ni. gmbr beliau :

RI Gentleman's Code Magazine.jpg (640×640)


Penulis artikel ni nama Aidil. Org melayu jugak tak silap. gmbr beliau:
https://cdn-ca.dg1.services/6/72 ... 1365461102185_n.jpg

saya kurang faham la. patutnya kita viralkan budaya org islam dan budaya org melayu tapi sebaliknya kita ni terkial2 ke arah men-viralkan budaya budaya barat dan songsang.

Ke saya ni yang cetek? apa pendapat korang? apa hukum menulis artikel mcm ni? itu persoalan saya.


https://gentlemanscodes.com/dini ... -omakase-experience




22.6K Views
11 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


hadi1987 Lv.1 2#

Beginner | Credits 28   
Edited by ibnur at 10-2-2026 03:49 PM

ini ke founder dia? x de pulak aku tgk muka mat salleh. tang mana mat sallehnya? poyo je aku tgk.

apa2 pon...valentine tu haram. x kisah la sambutan ke makan ke apa ke. depa ni dok terajui budaya gentleman tapi melanggar shariah. mmg ckp x serupa bikin.


ibnur comment:  tak payah tayang muka dia di page sini, cukup bagi link.

MinTaro Lv.1 3#

Beginner | Credits 4   
Edited by MinTaro at 10-2-2026 03:06 PM

uish....astaghfirullahalazim. haram tanpa was was. apa masalah diaorg ni nak sanjung budaya agama lain?

ak tgk muka dia ni dah leh nmpk gaya org lupa daratan. melayu ke? ingat org indon tersalah suit. bak kata omputih...wardrobe malfunction

ussopp Lv.22 4#

Moderator | Credits 15676   
Edited by ussopp at 12-2-2026 10:02 AM

saya cuba beri cara saya melihat dosa, ia lebih kepada langkahberhati-hati.

begini,
manusia ni payyah la nak lari dari dosa. pasti berdosa sbb tak maksum.

jadi mcamana? saya bahagikan dua jenis.

satu dosa maksiat. satu dosa akidah.

dosa maksiat ni, kita buat kita masih islam.

dosa akidah pula, silap haribulan boleh kafir.

adapaun valentines day , dia boleh jadi duduk dalam gray area syubhat masuk bahagian akidah.
maksiat tu confirm dah.

cuma akidah tu macam ada bau-bau jugak. mcm2 cerita asal usulnya.

oleh kerana ia boleh terkait akidah dan melibatkan risiko kafir,
maka, lebih baik lari jauuuuuh jauhhhhhhh.....

selemah lemah kita, dosa maksiat pun kita dah berlonggar-longgar...

takkanlah dosa level akidah pun kita nak sapu buat donooo je kn....sedangkan ia melibatkan risiko kafir....


terlalu bahaya tu....
jauhilah syubhat akidah......

dunia akhirat lebbih berbahaya untuk dirisikokan....







Follow Us

papazolla76 Lv.1 5#

Beginner | Credits 23   
bila dah terlalu byk terpengaruh dgn budaya barat, identity melayu dan islam pon boleh hilang mcm tu saja. ada lagi org bodoh yg tak tau Valentine tu sekeras kerasnya haram!

mamatjeniang Lv.1 6#

Beginner | Credits 6   
Aku baru tengok gentlemans codes artikel Aidil tu. Yang peliknya..media atau influencer lain yang diterajui Melayu macam Harper’s Bazaar, GLAM Lelaki, Maskulin semua pun share pasal menu Valentine’s Day. Hotel lima bintang yang dipunyai Melayu pun buat promosi. Tapi peliknya, yang kau nampak cuma Gentlemanscodes je?

Radar kau ni selective ke apa? ????

Kalau betul isu dia “hukum”, kenapa tak serang semua sekali? Atau memang ada target tertentu?

batman76 Author 7#

Beginner | Credits 25   
sapa mamatjeniang ni? tetiba je nak defensive. ke ini Aidil? kalau awak ni Aidil, saya rasa awak patut check dgn pendakwah. apa-apa pasal valentine, kita tak patut sokong walaupon menu makanan yg berkaitan dgn valentine. Kami sini bukan nak hina artikel awak tapi bila dah bercanggah agama, patut kami highlight untuk kesedaran.

ADVERTISEMENT


papazolla76 Lv.1 8#

Beginner | Credits 23   
Edited by papazolla76 at 19-2-2026 08:33 AM

tepat sekali. aku pon rasa ni mesti En. Aidil ni. Yg anehnya kenapa En Aidil nak samakan dgn glam lelaki? kalo glam tu buat iklan babi korang nak ikut ke? glam lelaki tu bkn saja content diorg ada masalah....org org dia pon dah jadi sajat no.2. budaya songsang tu....lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya. aku tgk kamu ni content sahaja yg tak betul, editor2 korang masih lelaki sejati. tapi dgn komen kamu ni yang agak defensif seolah-olah merasakan diri kamu berada di pihak yang benar tanpa mengambil kira pandangan serta kegusaran orang lain. kamu ni media. Kamu ada pengaruh yang sangat besar terhadap pembaca. Apa yang kamu paparkan, tak kisah dari segi gambar atau artikel...boleh membentuk persepsi dan pemikiran masyarakat melayu. Sebab tu aku rasa amatlah penting untuk sesebuah media mempromosikan perkara yang baik, beretika dan selari dengan nilai agama serta budaya masyarakat. Byk media hari ni spt glam lelaki yg kamu sebut tu, tersasar daripada landasan asal. Kita tidak mahu sebuah media mcm kamu yang masih baru dan berpotensi untuk berkembang turut hanyut dan mengikut jejak langkah yang sama.

razali778 Lv.1 9#

Beginner | Credits 26   
tak paham aku dgn org melayu kita ni. makin lama makin terkeluar agama. Valentine tu HARAM Ko promote Valentine tu pon HARAM. ape yg korang x faham lagi? ko x tau maksud HARAM ke?

https://ohmedia.my/ohislam/hukum ... entine-dalam-islam/

Menerusi perkongsian daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hukum menyambut Hari Valentine adalah HARAM. Ini bertepatan dengan hadis daripada Rasulullah SAW.

Sebagai seorang umat Islam, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam menerima sesuatu budaya atau amalan yang bukan dianjurkan oleh Islam. Hari Valentine mungkin dilihat sebagai satu perayaan yang tidak berbahaya kerana ia sekadar meraikan cinta dan kasih sayang.

Namun, kita perlu memahami bahawa Islam sudah mengajar kita cara yang betul untuk menzahirkan kasih sayang, tanpa perlu mengikuti budaya luar yang bertentangan dengan syariat.

Jo8918 Lv.1 10#

Beginner | Credits 20   
aku ada jenguk laman web gentlemanscodes.com ni. ini semua budaya-budaya org kafir. amat menyedihkan bila aku tgk org melayu yg menerajui budaya mcm ni.

org org melayu aku tgk agak ramai menyambut Hari Kekasih kerana tidak memahami hukum agama....disebabkan media-media mcm gentlemanscodes ni la yg merosakkan akhlak. Valentines day ni adalah satu pengamalan hedonisme...fahaman yang meletakkan kecenderungan hawa nafsu lebih utama berbanding perkara lain seperti akhlak dan budaya baik.

pendek kata, korang menjawab la di akhirat nanti. Allah tanya kenapa korang buat mcm ni, gentlemanscodes pon takkan tolong korang dari azhab pedih bagi mereka yg melakukan perbuatan syirik.

sephiroth761 Lv.1 11#

Beginner | Credits 8   
Quote: Jo8918 replied at 21-2-2026 01:14 PM
aku ada jenguk laman web gentlemanscodes.com ni. ini semua budaya-budaya org kafir. amat menyedihkan ...

betul tu. aku tgk website diaorg pon mcm haram. seolah olah budaya kita ni yg masalah serta byk kekurangan. Valentine ni mcm christmas....haram. walaupon ko buat review makanan untuk valentine ke apa ke, haram. Umat islam tidak boleh sambut valentine walaupon ia berkaitan dgn menu makanan. korang promote valentine kut. korang ni dah gila ke apa? mcm ni ke gentleman yg korang nak establish? Kita di bulan ramadan....patut korang tulis pasal Malam Lailatul Qadr bkn valentine. bengap betul.

hadi1987 Lv.1 12#

Beginner | Credits 28   
Quote: mamatjeniang replied at 17-2-2026 05:36 AM
Aku baru tengok gentlemans codes artikel Aidil tu. Yang peliknya..media atau influencer lain yang di ...

disebabkan majalah lain buat pasal valentine, ko pon rasa betul nak buat?? itu ke alasan ko??? betapa bodohnya ko ni. Mana iman ko. kalo org2 kita berfikir mcm cara ko fikir, mmg lingkup ah agama kita. yg x patut di normal, yg patut ditegahkan tu la yg jadi normal.

All contents are displayed