CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5477|Reply: 69

Kamal Adli, Uqasha Senrose cerai talak satu

[Copy link]
Post time 12-1-2026 02:20 PM | Show all posts |Read mode
JODOH tak panjang, rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya bernoktah apabila pasangan selebriti itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, tadi.

Lafaz cerai dibuat Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40, di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd. Ali secara tertutup kira-kira pukul 12.56 tengah hari.

Prosiding tersebut berlangsung selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sebelum prosiding berlangsung, Kamal dilihat sudah bersedia menerima hakikat apabila menyifatkan proses hakam sebagai fasa terakhir hubungannya bersama Uqasha.

Difahamkan, kedua-dua pihak telah melalui pelbagai usaha perdamaian namun gagal mencapai kesepakatan, meskipun keinginan mempertahankan rumah tangga masih wujud pada peringkat awal.

Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menasihatkan Kamal supaya melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat.

Bagaimanapun, peguam mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, memaklumkan lafaz cerai tidak dilaksanakan ketika itu kerana Kamal masih berharap rumah tangga dapat diselamatkan.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia setahun lapan bulan.

Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman dan pergolakan rumah tangga berpanjangan, sekali gus mengakhiri kisah cinta pasangan popular itu di sisi syarak dan undang-undang. – HIBGLAM



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2026 03:11 PM | Show all posts
Nak oot dulu ada satu cerita kat rtm
Uqasha berlakon masa tu dia dah pakai tudung
Best giler wei
Tak silap jihan kot sorang lagi
Dia mcm jadi orang gaji ke cmna
Kalau ada forumer yang ingat cita tu tolong gitau tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 03:18 PM | Show all posts
baca kat mstar kamal ni harap boleh rujuk.. semoga berjaya la ek. hati uqa dah mmg tak nak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Nmpk kamal sedih n cengkung. Moga ini yg terbaik utk kedua2nya. Move on jelah kamal bila org dah taknak. Moga bertemu pasangan yg lebih sesuai utk kedua2nya
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 05:12 PM | Show all posts
NazRysha replied at 12-1-2026 07:11 AM
Nak oot dulu ada satu cerita kat rtm
Uqasha berlakon masa tu dia dah pakai tudung
Best giler wei

https://youtu.be/ZVuyupCbys8?si=upYsiiSdPudnPnRJ
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke Deli harap boleh rujuk, ntah ntah tak sampai setahun si duda sudah bertemu pengganti.Jantan, chuols.. jangan la percaya mulut dorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2026 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu ye benang serai uqamal.. maknanye org tak kesah sgt ke deme duorang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jom mal.. mlm yinnih kita henjoyyyy
ajak skali aktor2 the dud club ..kita lepak jemaah smbil muhasabah haha

salam sayam,
achik hoola jando
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2026 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu sbb dh bosan pasal berita ni…hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 09:04 PM | Show all posts
coach cerai dapat komisyen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoola replied at 12-1-2026 08:55 PM
jom mal.. mlm yinnih kita henjoyyyy
ajak skali aktor2 the dud club ..kita lepak jemaah smbil muhasab ...

Kamal dh Selamat smpi langkawi dah kot. Dok tanya makan tmpt makan sedap kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga bermuhasabah dan ada jalan yg terbaik lpsni utk kedua2…
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat ungqa, tempoh masa nk berlakon jadi heroin akan expired soon, job akan mula kurang.. income dah tak lebat. Jangan pulak lepas 6 bulan nanti meroyan, claim dicerai tanpa rela… Contohhh….
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah. semoga redha dgn ketentuan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgk video yg lalulalang kt tiktok pasal 2 org ni, kemal nampak sedih. Uka plak statement memang bimbo habis kalau iols jadi jantan iols turn off dengan pompuan bimbo walau lawa. Tapi tula pompuan bimbo tu la yg buat kemal huru hara hidup. Iols nak tengok jela camana life deme dua ni beberapa tahun akan datang. Till then, iols reserve komen
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punca si uqasha ni nk cerai ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2026 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dok meroyan kt threads pulak si unka..nk cerai,dah cerai apa lagi weh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:10 AM | Show all posts
kmbg replied at 12-1-2026 11:36 PM
Dia dok meroyan kt threads pulak si unka..nk cerai,dah cerai apa lagi weh

Tepek lah sini apa yg meroyan sgt tuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
makcun14 replied at 12-1-2026 07:56 PM
Ye ke Deli harap boleh rujuk, ntah ntah tak sampai setahun si duda sudah bertemu pengganti.Jantan, c ...

Tapi kamal ni selalu nya bercinta lama...tak selang setahun bercinta nye...maybe payah sikit la move on nye...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kmbg replied at 12-1-2026 11:36 PM
Dia dok meroyan kt threads pulak si unka..nk cerai,dah cerai apa lagi weh

Meroyan apa pulak tu..kan dah BEBAS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.070749 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list